Mohd Ali Hashim |
GEORGETOWN, 16 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menolak dakwaan Umno yang mendakwa kerajaan negeri telah meluluskan permohonan daripada beberapa institusi pengajian tinggi swasta yang akan dibina di Balik Pulau. Katanya, sehingga ini tiada sebarang permohonan yang telah diterima dari mana-mana institusi seperti didakwa oleh Umno baru-baru ini. "Dakwaan Umno kononnya kerajaan negeri sudah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di Balik Pulau untuk pembinaan institusi tersebut adalah fitnah dan berniat jahat. "Mereka juga cuba memainkan sentimen perkauman dengan mendakwa pembinaan institusi tersebut bagi kaum Cina adalah tuduhan yang tidak benar. Pendidikan adalah untuk semua golongan masyarakat dan tidak hanya kepada kaum tertentu sahaja," katanya semasa sidang media di Komtar, semalam. |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Ahad, Oktober 17, 2010
IPTS: Lagi fitnah Umno Pulau Pinang. FITNAH TERKINI YANG AKAN LENYAP NANTI...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan