Khamis, Oktober 07, 2010

PESANAN KEPADA WAN ROHIMI, PEGUAM PENEROKA FELDA KEMAHANG 3 - oleh Pejuang UMNO atas pagar. MESTI BACA!!!



Inilah individu yang dianggap sebagai wira oleh sesetengah pihak khususnya Mazlan Aliman  yang kononnya telah berjaya membantu mendapatkan keadilan untuk peneroka-peneroka Felda Kemahang 3. Bagi saya, beliau hanya bernasib baik kerana FELDA tidak dapat membela diri seperti kes-kes civil yang lain disebabkan ketidakhadiran peguam yang mewakili FELDA. 

Pada 26 Ogos 2010 lalu, Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan bahawa Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar semakan kehakiman dan ini menyebabkan FELDA diarah untuk melepaskan wang penghakiman berjumlah RM11.2 juta berserta faedah kepada pihak Tetuan Wan Rohimi & Asmadi dan juga 354 orang peneroka Felda Kemahang 3. 

Daripada maklumat yang telah diperolehi, FELDA telah pun menyerahkan wang penghakiman berjumlah RM11.2 juta berserta faedah kepada peguam peneroka iaitu  Tetuan Wan Rohimi & Asmadi pada 27 Ogos 2010. Ini bermakna, semua pembahagian wang kehakiman tersebut adalah tanggungjawab firma guaman tersebut dan bukan lagi menjadi tanggunjawab FELDA.

Saya terbaca satu kenyataan yang dibuat oleh Wan Rohimi pada 26 Ogos 2010 di dalam Utusan Malaysia online yang menyatakan bahawa wang penghakiman tersebut akan diagihkan kepada 354 orang peneroka Felda Kemahang dalam tempoh masa 2 bulan. Pelik tetapi benar.....2 bulan? Sepatutnya sebagai seorang yang membela nasib peneroka Wan Rohimi boleh mengagihkan wang penghakiman tersebut sebelum Aidilfitri yang bakal disambut pada 10 September 2010. Sekurang-kurangnya, dapatlah peneroka Felda Kemahang 3 menggunakan duit tersebut untuk persiapan hari raya yang bakal tiba.

Jika benar wang tersebut masih belum diagihkan dan peneroka terpaksa menunggu 2 bulan lagi, teori saya mudah Wan Rohimi mahu melaburkan wang berjumlah RM11.2 juta tersebut bagi mengaut keuntungan. Katakanlah keuntungan pelaburan tersebut 2% untuk tempoh 2 bulan, ini bermakna Wan Rohimi akan mendapat RM224,000.00 dengan mudah, tidak termasuk 30% bayaran guaman daripada jumlah RM11.2 juta tersebut iaitu RM3.36 juta. Ini bermakna keuntungan yang diperolehi adalah berjumlah RM3.58 juta (jika benar teori saya ini).

Saya juga mendapat CD ceramah Wan Rohimi yang sedang sibuk keluar masuk rancangan FELDA untuk memberi ceramah dengan alasan untuk membela nasib peneroka. Adakah benar membela atau pun Wan Rohimi telah nampak cara untuk menjadi jutawan dengan memperbodohkan peneroka. Ini antara ucapan Wan Rohimi yang tidak dipinda:-

"Saya yakin pakcik dan makcik akan berdosa dan malu kepada anak dan isteri kita jika pakcik dan makcik meninggalkan bumi ini dengan mewariskan hutang kepada anak-anak keturunan kita...Pakcik dan makcik akan menjadi orang paling tidak berguna kalau dalam keadaan sedar masih memilih untuk memeluk tubuh dalam keadaan kita tahu bahawa kita ditipu dan kita ditindas memilih untuk rela dengan kezaliman yang dilakukan secara terus-terusan oleh penyamun yang bernama FELDA".

"Satuhari saya turun ke Kemahang, saya tengok sendiri rumah peneroka yang daif. Bila saya tengok rumah peneroka, tangga pun takde....potong batang kelapa buat tangga. Nak tengok kereta jangan harap....".

"Bila kita failkan kes...tersiar surat khabar supaya ramai pihak ambil perhatian betapa daifnya peneroka. Anak sepuluh, tujuh jadi penyamun, tiga jadi mat rempit...sebab mak bapak takde wang. Mak bapak takde duit nak menyara pendidikan. Sebab itu jenayah sosial tinggi di FELDA seluruh Malaysia sebab kehidupan peneroka yang daif". 

Inilah kenyataan Wan Rohimi dalam ceramahnya kepada peneroka Felda yang berniat jahat. Hanya satu pesanan saya kepada Wan Rohimi, kita tidak selalu berada di atas kadang-kadang kita akan jatuh dan berada di bawah dan yang paling teruk lagi, balasan Allah s.w.t kepada orang-orang yang membuat fitnah.

2 ulasan:

MOHD NUR ASYRAF berkata...

pembohong apa yang dia cakap..... masuk kat kemahang dalam satu rumah mesti ada 1 @ 2 kereta yang dimiliki oleh peneroka kemahang. rumah 1 satu pun tak de batang kelapa buat tangga, mai tengok kat felda kemahang.. semua orang maju... ramai anak yang berjaya,. jangan bercakap bohong. allah akan melaknat orang yang bercakap bohong... =>> anak jati FELDA Kemahang 03<<=

MOHD NUR ASYRAF berkata...

pembohong apa yang dia cakap..... masuk kat kemahang dalam satu rumah mesti ada 1 @ 2 kereta yang dimiliki oleh peneroka kemahang. rumah 1 satu pun tak de batang kelapa buat tangga, mai tengok kat felda kemahang.. semua orang maju... ramai anak yang berjaya,. jangan bercakap bohong. allah akan melaknat orang yang bercakap bohong... =>> anak jati FELDA Kemahang 03<<=