Khamis, Oktober 07, 2010

KEPUTUSAN PENUH KES FELDA SG KOYAN 2 & 3 DAN PENJELASAN KES OLEH http://generationcyber.blogspot.com. HATI-HATI DALAM MENILAI? JADILAH HAKIM YANG BIJAK DI SINI, BIJAK DI SANA! :)

sumber : http://generationcyber.blogspot.com/2010/10/keputusan-penuh-kes-felda-sg-koyan-2-3_05.html

Kes ini melibatkan 11 orang peneroka Felda Sg. Koyan 2 & 3 yang menuntut bayaran wang tanam semula daripada FELDA. FELDA diwakili oleh Tetuan Abdullah & Zainudin, manakala, peneroka diwakili oleh Tetuan Mohamed Hanipa & Associated. Berikut adalah keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan terhadap tuntutan oleh peneroka-penjeroka terlibat:-

Setelah merujuk kepada klausa-klausa berkenaan tanam semula di dalam Perjanjian yang ditandatangani di antara peneroka dan Felda, surat-surat pekeliling, peraturan-peraturan dan garis panduan berkenaan dengan tanam semula serta Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok ) 1960, Yang Arif Hakim Datuk Mariana Bt Yahya, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan telah memutuskan seperti berikut :-

a.    Deklarasi bahawa Plaintif-Plaintif (PENEROKA) berhak menanam semula secara sendiri tanpa melalui Defendan (FELDA) dan juga berhak untuk diberikan wang sebanyak RM23,800.00 setiap orang oleh Defendan sebagai perbelanjaan tanam semula;

Keputusan – Membenarkan deklarasi bahawa Plaintif  1 sehingga Plaintif 9 berhak menanam semula secara sendiri tanpa melalui Defendan dan layak untuk wang sebanyak RM1,700.00 setiap ekar oleh Defendan berdasarkan kepada keluasan kebun sebenar tetapi tertakluk kepada Plaintif-Plaintif mematuhi peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang dikenakan oleh FELDA berhubung dengan pengeluaran duit tabung wang tanam semula.

b.    Deklarasi bahawa tindakan Defendan menghalang atau menyekat pemberian wang tanaman semula sebanyak RM23,800.00 kepada setiap Plaintif adalah tindakan yang tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai sebarang kesan (of no effect) dan tidak berperlembagaan (unconstitutional);

Keputusan – tidak dibenarkan

c.    Perintah mengarahkan Defendan menyerahkan wang sebanyak RM23,800.00 daripada tabung tanam semula kepada Plaintif-Plaintif selain Plaintif Kesembilan dalam masa 7 hari daripada tarikh perintah terhadap Writ Saman ini;

Keputusan – tidak dibenarkan

d.    Perintah mengarahkan Defendan menyerahkan baki RM12,307.13 daripada tabung tanam semula kepada Plaintif Kesembilan dalam masa 7 hari daripada tarikh perintah terhadap Writ Saman ini;

Keputusan – Defendan perlu membayar baki daripada tabung tanam semula juga setelah Paintif-Plaintif mematuhi peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang dikenakan oleh Felda berhubung dengan pengeluaran duit tabung wang tanam semula.

e.    Deklarasi bahawa tindakan Defendan menetapkan urusan tanam semula ladang / kebun peneroka-peneroka dikendalikan sepenuhnya oleh Defendan sendiri melalui anak syarikat Defendan iaitu Felda Agricultural Services Sdn Bhd (FASSB) adalah satu tindakan yang tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai apa-apa kesan;

Keputusan – tidak dibenarkan

f.     Gantirugi Teladan dan Melampau;

Keputusan – tidak dibenarkan

g.    Kos;

Keputusan – pihak-pihak menanggung kos masing-masing

h.    Lain-lain relif yang difikirkan sesuai dan manfaat Mahkamah yang mulia ini.


Perintah yang diputuskan seperti yang dinyatakan di dalam perenggan i/ ini hanya untuk Plaintif No.1 sehingga Plaintif No. 9 sahaja; dan

Plaintif No. 10 dan Plaintif No. 11 tidak layak untuk dibayar wang tabung tanam semula. Ini adalah kerana Plaintif No. 11 telah menjual tanah kepada individu lain. Mahkamah membenarkan permohonan untuk tukar nama peneroka asal kepada individu tersebut tetapi beliau tidak dibenarkan untuk mendapat wang tabung tanam semula kerana beliau bukan merupakan peneroka Felda dan tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan Felda.

Dengan Keputusan pada 29 September 2010 ini, bermakna Plaintif 1 sehingga Plaintif 9 yang membuat tanam semula secara sendiri perlu membuat permohonan secara betul dengan mematuhi kesemua peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Felda untuk mendapatkan wang tabung tanam semula.

ULASAN:-

Dalam garis panduan FELDA memang peneroka boleh memilih untuk tanam semula sendiri tetapi untuk mendapatkan wang tanam semula RM1,700.00 seekar FELDA menetapkan bayaran RM850.00 seekar dibayar dalam bentuk tunai setelah mematuhi garis panduan seperti:-

   i.        Menyiapkan kerja-kerja tebang/racun pokok tua sehingga reput ke pangkal.
  ii.        Menyiapkan kerja membaris supaya memperoleh 55 pokok tapak tanaman seekar.
 iii.        Menyiapkan kerja menanam & menyulam.
iv.        Memastikan kebun bersih, pokok subur & ada kawalan perosak dan penyakit.

Manakala, baki RM850.00 seekar lagi diberikan kepada peneroka dalam bentuk bantuan input pertanian seperti baja, racun dan sebagainya. Jika peneroka terlibat mematuhi syarat-syarat di atas dan disahkan oleh Pengurus Rancangan FELDA, barulah bayaran boleh dijelaskan.

Contoh Kebun Peneroka Yang Tidak Mengikut Syarat (i)
Kes di Felda Sg. Koyan 2 & 3, peneroka menuntut supaya bayaran tanam semula RM1,700.00 seekar dibayar secara keseluruhannya dalam bentuk tunai dan jelas tuntutan ini tidak boleh dibuat kerana tidak mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

Sebagai contoh, di Felda Sg. Koyan 2 & 3 mereka mendapat tanah kebun seluas 14 ekar seorang dan jika mereka  mengikut syarat-syarat di atas, mereka layak dibayar RM850.00 x 14 ekar = RM11,900.00 dan baki RM11,900.00 lagi dibayar dalam bentuk input pertanian iaitu FELDA membekal dan membeli baja, racun untuk kegunaan peneroka dalam nilai RM11,900.00. Ini bermakna, jumlah bayaran yang boleh dituntut adalah RM23,800.00.

Untuk makluman semua, daripada 11 orang peneroka yang menuntut bayaran wang tanam semula ini  tiga (3) daripadanya telah pun dibayar pada 21 Oktober 2005 lagi kerana telah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Jadi tiada isu yang mengatakan bahawa FELDA enggan membayar wang tanam semula tersebut seperti yang dinyatakan oleh Mazlan Aliman.

Mengapa FELDA menetapkan syarat-syarat (i), (ii), (iii) dan (iv) seperti di atas? Jawapannya mudah, kerana FELDA tidak mahu wang tersebut digunakan bagi tujuan lain dan memastikan kebun peneroka diusahakan dengan sebaiknya supaya dapat menjana sumber pendapatan kepada peneroka untuk tempoh masa 25 tahun akan datang. 

Jika peneroka terlibat tidak menjaga kebun mereka dengan baik, kebun mereka menjadi belukar dan menyebabkan mereka tiada sumber pendapatan adakah orang-orang seperti MAZLAN ALIMAN, SUHAIMI SAID, WAN ROHIMI, DR. TAN KEE KWONG, SIVARASAH SUPIAH yang mereka cari untuk membantu mereka????

Tiada ulasan: