Ahad, Oktober 10, 2010

Parlimen Batu Sapi untuk PKR? APA ADA DI BATU SAPI?-

SUMBER

Posted by admin on October 10th, 2010
Ahmad Ibrahim
 
PARTI Keadilan Rakyat PKR Cabang Batu Sapi telah bersedia untuk menawan Parlimen P185 Batu Sapi pada PRU-13 akan datang daripada Barisan Nasional, dengan gerakan yang teratur dan tersusun rapi serta perpaduan di kalangan ahli-ahli parti dengan Ahli Jawatankuasa Cabang PKR Batu Sapi baru-baru ini, telah menarik perhatian rakyat setempat untuk memberi sokongan kepada PKR untuk menawan Parlimen berkenaan.

Rakyat Batu Sapi telah bosan dengan karenah para pemimpin BN di kawasan Parlimen Batu Sapi yang sebelum ini hanya pandai berkata-kata dan menabur janji kepada rakyat, tetapi pada masa yang sama mereka leka berebut kekayaan dan berebut projek-projek kerajaan yang sedikit di kalangan mereka tanpa melihat di belakang ramai rakyat yang menderita.

Rakyat sedar pemimpin-pemimpin Barisan Nasional hanya memberi mereka gula-gula wang ringgit yang tidak seberapa untuk maksud membeli mereka dan seterusnya meminta rakyat untuk mengundi Barisan Nasional.

Tetapi itu bukan yang diperlukan oleh rakyat Batu Sapi, wang ringgit yang tidak seberapa tidak akan bertahan lama kerana ia akan habis dengan sekelip mata sahaja kerana apa yang diperlukan rakyat ialah kesejahteraan hidup yang aman selesa sejajar dengan rakyat Malaysia yang lain seperti di Negeri Selangor yang diberi perhatian serius oleh pemimpin Pakatan Rakyat Negeri berkenaan; terutama dari segi kebajikan, pembelajaran, ekonomi yang stabil dan prasarana yang amat diperlukan oleh rakyat Batu Sapi.

Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional tidak telus dan hanya tahu berpoya-poya dengan hidup yang mewah, tetapi rakyat hidup dalam kesengsaraan dan kesusahan. Jalan-jalan di Batu Sapi yang gelap gelita di waktu malam sehingga mengundang bahaya kepada para pengguna jalan raya.

Begitu juga kebimbangan rakyat yang rumah mereka akan diroboh pada bila-bila masa oleh kerajaan tempatan dengan alasan pembangunan, tapi apa yang telah dibangunkan oleh kerajaan tempatan selama kini di Batu Sapi? Tidak ada. Rakyat hidup dalam keadaan tidak tenteram kerana tempat mereka dalam ancaman untuk dirobohkan.

Rakyat sedih dan kecewa kerana pemimpin-pemimpin Barisan Nasional tidak muncul untuk membantu dan membutakan mata mereka, membisukan pendengaran mereka dan akhirnya rakyat terus menderita.

Semasa hidupnya Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmond Chong juga terus mendiamkan diri tanpa berbuat apa-apa untuk mempertahankan perumahan bumiputra dan rakyat tempatan dari diroboh, nama sahaja Ahli Parlimen P185 Batu Sapi, tapi kelibatnya juga jarang kelihatan di Parlimen.

Begitu juga dengan Ahli Undangan Negeri Kawasan Sekong, gagal mempertahankan perkampungan Islam rakyat Batu Sapi dari dimusnahkan, serta tidak ada perancangan untuk menempatkan mereka semula ke tampat yang selamat, kekal serta ada kemudahan asas yang diperlukan oleh seorang rakyat di sebuah negara maju seperti Malaysia.

Rakyat sudah bosan atas perangai pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang hanya pandai berkata-kata tapi tidak pernah mengotakan kata-kata mereka dan tidak ada daya upaya rakyat melainkan berteduh dan minta Parti Keadilan Rakyat untuk membela nasib mereka.

Sudah pastinya, dalam Pilihanraya yang ke13 akan datang, rakyat Batu Sapi akan bersama PKR dan Pakatan Rakyat untuk sama berjuang dan menafikan kemenangan Barisan Nasional dan seterusnya memastikan Parlimen P.185 Batu Sapi adalah milik PKR dan Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: