Selasa, Oktober 19, 2010

TAMRIN LUPA DIRI DAN GILA JADI CALON? perbalahan adik beradik pada saat PRK BT SAPI?


PDF Print E-mail
Written by Admin   
Monday, 18 October 2010 02:36
Share
KHIANAT....Tamrin telah mengkhianati kawan dan membunuh demokrasi dalam PKR?
Saudara Pengarang,
Mengikut keputusan mesyuarat pada jam 8 malam, 12 Oktober 2010, Ketua Cabang PKR Batu Sapi, OKK Hassnar MP Ebrahim dijemput untuk menghadiri dan memberi buah pandangan dalam mesyuarat khas Pakatan Rakyat.
Namun ketika mesyuarat berkenaan yang sepatutnya berlangsung pada jam 2.00 petang, 17 Oktober 2010, di Hotel Sanbay, Sandakan ditangguhkan beberapa ketika kerana Ketua Perhubungan PKR Sabah telah melantik Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Kalakau Untol untuk menggantikan tempat OKK Hassnar.

Tamrin melakukan ‘silap mata’ sekali lagi apabila mengubah tempat mesyuarat daripada Sanbay Hotel ke Pejabat DAP Sibuga pada jam 4 petang dan berlangsung selama 4 jam tanpa pengetahuan OKK Hassnar dan PKR Cabang Batu Sapi.

Dalam mesyuarat culas tersebut, Tamrin sendiri telah mencadangkan nama beliau selaku Ketua Perhubungan sebagai Calon Pakatan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi dan disokong oleh Datuk Kong Hong Ming dan Datuk Kalakau Untol.

Nampaknya autonomi yang dijanjikan PKR Pusat kepada Cabang Batu Sapi hanyalah seperti janji UMNO yang hanya sedap didengar tetapi sukar untuk dipercaya.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih gagal mengesan ‘Gunting Dalam Lipatan’ PKR kerana Tamrin dikhuatiri menjadi ‘Agen UMNO’ yang ‘digaji’ oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman untuk menghancurkan PKR daripada dalam; selepas Geng 12 gagal melaksanakan visi mereka.

Pengkhianatan Tamrin semakin menyerlah dengan memperkuda PKR sama seperti zaman Saidatul Badru yang menjadikan PKR ketika itu Keldai UMNO.

Ketika mesyuarat di Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah, lima nama dicadangkan untuk diputuskan oleh PKR Pusat dan Pakatan Rakyat Sabah iaitu:
- Tamrin Haji Jaini
- OKK Hassnar MP Ebrahim
- Hj Ansari Abdullah
- Christina Liew
- Datuk Kong Hong Ming

Manakala Biro Politik Pusat yang bermesyuarat pada 13 Oktober pula menamakan lima calon juga iaitu;
-Tamrin Haji Jaini
-Datuk Dr Jeffrey Kitingan
-Datuk Kalakau Untol
-Christina Liew
-Datuk Kong Hong Ming

Sehubungan itu, hampir kesemua Majlis Pimpinan Negeri Sabah, terutama Tamrin sebenarnya ‘Gila Untuk Menjadi Calon’ dan lupa diri setelah dilantik memimpin PKR Sabah. Adalah tidak mungkin PKR akan berjaya memenangi sebarang kerusi di Sabah dalam masa lima atau sepuluh tahun akan datang kerana pembelot lebih ramai daripada penyokong.

Kami berharap agar Haji Ansari dapat dicalonkan dan PKR Pusat mengenepikan Tamrin dan sewajarnya Haji Ansari meminta bantuan ‘balatentera Tuhan’ kerana rakan di dalam PKR lebih suka beliau kalah kerana mereka telah dibayar untuk kalah dan menderhaka kepada parti.

Nauzubillah Hi Min Zalik!
Salam Hormat,
AJK PKR BATU SAPI

Tiada ulasan: