Isnin, Oktober 18, 2010

Calon Bebas individu pertama beli borang pencalonan Batu Sapi!

18/10/2010 7:28pm

KOTA KINABALU 18 Okt. - Borang pencalonan untuk pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi mula dijual hari ini, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah, Datuk Mohd. Idrus Ismail.

Beliau berkata, setakat ini seorang individu telah membeli dua keping borang tersebut yang berharga RM20 sekeping.

"Dia datang sebagai bebas dan bukan dari mana-mana parti,” 

katanya kepada pemberita di sini selepas menyerahkan writ pilihan raya kepada Pegawai Pengurus pilihan raya kecil Batu Sapi, Mohamad Hamsan Awang Supain.

Mengulas isu berkaitan, Mohd. Idrus berkata jumlah pengundi berdaftar yang digazetkan bagi kawasan Parlimen tersebut sehingga 9 Oktober lepas ialah 25,582 orang iaitu 24,047 pemilih biasa dan 1,535 pengundi pos.

sumber :

Tiada ulasan: