Khamis, Oktober 14, 2010

Dakwa pegawai Imigresen di mahkamah, bukan ISA


sumber
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 14 Okt: Tindakan kerajaan yang menahan pegawai Jabatan Imigresen di bawah akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) langsung tidak boleh diterima.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, mana mungkin mencegah kejahatan dengan melakukan kezaliman terhadap manusia lain.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan yang telah menahan tujuh  kakitangan Jabatan Imigresen dan dua warga asing di bawah ISA kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan warga asing ke negara ini.

Tiada ulasan: