Isnin, Oktober 11, 2010

1,165 anggota JPAM diserap sebagai SSP. Apa itu JPAM?

sumber

10/10/2010 3:09pm

MIRI — Seramai 1,165 orang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) diserap sebagai anggota Simpanan Sukarelawan Polis (SSP) di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Katanya, anggota berkenaan telah terlibat secara langsung dalam membantu polis melakukan rondaan yang turut menyumbang kepada penurunan kadar jenayah seperti yang ditetapkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara.
----------------------
RESPON : sumber di bawah dari sini


TAKRIF PERTAHANAN AWAM

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:
  • SEMASA PEPERANGAN
    Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh.
  • SEMASA AMAN
    Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.
Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

Tiada ulasan: