Jumaat, Oktober 08, 2010

Colombia tahan 34 pengedar, penyeludup dadah! BALA ALLAH DENGAN DADAH SAHAJA, MATI MANUSIA,,,


2010/10/08

BOGOTA: Polis Colombia menahan 34 anggota rangkaian pengedaran dadah terbesar di negara itu yang menyeludup masuk dadah jenis kokain ke Amerika Syarikat menerusi Venezuela, semalam.

Pegawai memberitahu, operasi bersepadu itu membabitkan 10 daripada 31 negeri di Colombia dan turut ditahan pengedar dadah dari negara jirannnya, Venezuela.

 “Ia adalah satu rangkaian antarabangsa yang menjalankan penyeludupan dadah antara sempadan Colombia-Venezuela-Amerika Syarikat," kata Menteri Pertahanan, Rodrigo Rivera pada sidang media.

Salah satu pusat atau hub operasi sindiket dadah berkenaan ialah di Meta, di tengah Colombia yang terkenal sebagai pusat dagangan dadah antarabangsa


------------------------------- 
respon : Dadah dan rasuah sukar dielakkan... jika nak banteras, perlu banteras keduanya.... 

Tiada ulasan: