Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU, 7 Okt: Program Bulan Sembahyang yang dianjurkan kerajaan negeri sejak empat tahun lalu turut mendapat sokongan pihak istana Kelantan memandangkan ia memberi kesan positif kepada golongan remaja. Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra bertitah program berkenaan memperlihatkan kejayaannya bagi membina generasi yang cintakan solat. ”Jadi sudah sampai masanya kerajaan negeri menyediakan papan tanda khas di seluruh jajahan berhubung program Membina Generasi Solat supaya rakyat mengetahui program tersebut. “Saya berharap usaha ini dipertingkatkan agar rakyat bukan sahaja mengetahui program ini, sebaliknya sedar sejauh manakan kejayaan hasil program yang dianjurkan. “Usaha mempertingkatkan program berkenaan perlu dilaksana bersesuaian dengan Kelantan sebagai Negeri Serambi Mekah dan Negeri Tadahan Wahyu,” titah baginda ketika merasmikan majlis Ihtifal Membina Generasi Al-Quran dan Majlis Aidilfitri Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik), di Balai Islam, hari ini. LAGI DI SINI -------------------------- respon : rupanya dah lama Kelantan buat... hebat! |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Jumaat, Oktober 08, 2010
Istana sokong program Bulan Sembahyang! Istana mana lagi akan buat lepas ni?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan