02 Oktober 2010
SUMBER
Kita membaca pelbagai laporan akhbar serta menonton televisyen berhubung berita perkembangan kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya serta 3 mangsa lain.
Terbaharu, anggota polis bertugas menjaga Ladang Gadong, Teluk Sepat, Banting, Selangor, dipercayai lokasi pembunuhan minimum 7 mangsa dikatakan diganggu suara meminta tolong pada waktu malam. Kesahihan berita itu tidak dapat disahkan. Namun, bilangan anggota polis bertugas memantau kawasan terbabit dilaporkan ditambah.
Apapun, melihat bilangan korban di ladang itu, saya tidak hairan jika dakwaan terbabit benar.
Setakat ini 4 daripada 8 suspek diberkas polis dilaporkan mengaku membunuh semua mangsa. Manakala peguam berusia 41 tahun dan adiknya, 38 tahun dianggap dalang atau perancang kepada pembunuhan terbabit.
'Pembunuh' jika menggunakan senjata api ditakrifkan sebagai individu memetik picu senjata, the one who pulls the trigger. Jika senjata tajam seperti pisau digunakan, pastinya takrifan itu berubah kepada individu menikam mangsa sehingga mati.
Pembaca pastinya ingat, 2 kereta milik Datuk Sosilawati dan peguamnya ditemui di Subang Jaya. Jika diperhatikan gambar di akhbar, kenderaan terbabit mempunyai kesan tanah di bahagian luar. Kemudian perhatikan pula jalan masuk ke ladang dipaparkan semua akhbar, tidak bertar. Justeru hemat saya, wujud kebarangkalian kedua kereta jenis BMW itu digunakan untuk membawa mangsa ke ladang sama.
Jika premis itu benar, siapakah pemandu kereta membawa kesemua mangsa memasuki lokasi kejadian? Semestinya, individu dikenali dan selesa kepada mangsa.
Persoalan lebih signifikan, siapakah berada di lokasi kejadian sewaktu pembunuhan dilakukan? Hanya 4 suspek dilaporkan membuat pengakuan? 6 suspek termasuk 2 wanita? Atau kesemua 8 suspek?
Jadi siapa sebenarnya membunuh mangsa? Setakat ini polis memberikan gambaran hanya 4 pekerja ladang bertanggungjawab membelasah, membunuh, membakar dan mencampakkan abu mayat mangsa ke sungai.
Adakah kenyataan itu benar? Maksudnya suspek utama tidak terbabit langsung secara FIZIKAL membunuh Datuk Sosilawati.
Jadi siapa sebenarnya membunuh mangsa? Setakat ini polis memberikan gambaran hanya 4 pekerja ladang bertanggungjawab membelasah, membunuh, membakar dan mencampakkan abu mayat mangsa ke sungai.
Adakah kenyataan itu benar? Maksudnya suspek utama tidak terbabit langsung secara FIZIKAL membunuh Datuk Sosilawati.
Setakat ini 4 suspek disoal siasat, mengaku membunuh mangsa manakala 2 suspek utama bertindak melantik peguam untuk membela mereka di mahkamah.
Berdasarkan pengalaman mereka dalam bidang guaman, saya yakin 100% 2 suspek utama tidak akan mengaku bersalah sewaktu didakwa di mahkamah kelak sekaligus bakal memohon untuk dibicarakan. Perbicaraan saya ramalkan bakal mengambil tempoh lama, berbulan atau bertahun.
Someone is innocent until proven guilty, maksudnya selagi tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan tidak disabitkan di mahkamah, mereka tidak bersalah.
Melalui pengamatan, bahu majoriti suspek lain ketika bergari lazimnya kelihatan sedikit 'jatuh' seperti juga 'semangat' mereka pada waktu itu. Namun melihat penampilan suspek utama ketika diiringi polis ke pejabatnya di pekan Banting tempoh hari, kejadian itu tidak berlaku.
Setiap langkahnya diatur cermat, bahunya naik dan wajahnya selamba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan