Selasa, Oktober 05, 2010

Tahan wartawan: Polis terima surat Suhakam



Wartawan Kita   
KOTA BHARU, 5 Okt: Gara-gara tindakan polis menahan dua wartawan yang sedang bertugas pada 1 Ogos lalu, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menerima surat daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Difahamkan Suhakam menghantar surat bantahan ekoran penahanan dua wartawan terbabit.

Perkara itu didedah seorang pegawai polis kepada Mohd Rizal Md Tahir (Harakahdaily) dan Salmah Mat Husain (Harakah) ketika datang melaporkan diri di IPD, petang tadi.

Kedua-dua wartawan terbabit bersama anak mereka ditahan ketika bertugas membuat liputan perhimpunan membantah ISA pada 1 Ogos.






Mereka ditahan hampir lima jam sejak 9.15 malam di ibu pejabat polis Kontijen Kelantan bersama dua lagi lelaki lain di lokasi perhimpunan tersebut diadakan.

Mereka hanya dibebaskan pada dinihari selepas dijamin Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Mohd Zaki Ibrahim dan seorang peguam.

Tiada ulasan: