Jumaat, Jun 04, 2010

PBB! Jangan la takut!!! Tapi tak mustahil..

PBB jangan lagi ‘kecut perut’

PUTRAJAYA 3 Jun – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diminta tidak lagi takut dan ‘kecut perut’ seperti mana berdepan dengan Israel sebelum ini dalam menangani kekejaman terbaru rejim itu yang menyerang dan membunuh anak-anak kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza kelmarin.
Mengingatkan perkara itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim turut mengajak kuasa-kuasa besar terutama China, Perancis, Rusia dan Britain untuk bersama-sama menyertai Malaysia membawa usul mengecam sekeras-kerasnya keganasan Israel ke atas rakyat Palestin untuk perhatian Majlis Keselamatan PBB.

Tiada ulasan: