Isnin, Februari 28, 2011

Satu pertiga bangunan di Christchurch perlu diroboh. KUASA ALLAH SIAPA MAU LAWAN?

Satu pertiga bangunan di Christchurch perlu diroboh

CHRISTCHURCH 26 Feb. - Kerajaan New Zealand hari ini mengumumkan satu pertiga daripada bangunan di pusat bandar raya ini perlu dirobohkan dan dibina semula berikutan gempa bumi pada Selasa lalu, yang meragut sekurang-kurangnya 144 nyawa.

Kerajaan juga memberi amaran Christchurch mungkin tidak dapat menganjurkan perlawanan pada Piala Dunia Ragbi yang dijadualkan lewat tahun ini.

Menteri Pemulihan Gempa Bumi, Gerry Brownlee menyeru penduduk di bandar raya ini supaya bersikap 'realistik' mengenai prospek menganjurkan perlawanan Piala Dunia itu pada September dan Oktober ini selepas bandar raya ini dilanda gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter mengakibatkan kerosakan meluas, termasuk ke atas stadium ragbi.
Pasukan jurutera hari ini berkata, satu pertiga daripada kawasan di pusat bandar raya ini, di mana bangunan pejabat roboh seperti daun terup dan bahagian depan kedai di sepanjang jalan runtuh, perlu dirobohkan dan dibina semula.

Tiada ulasan: