Mohd Nor Yahya |
KUALA LUMPUR, 25 Feb : Pelajar Kelantan yang pulang baru –baru ini dari Mesir dan telah berdaftar dengan kerajaan negeri akan dihantar semula ke sana apabila keadaan telah mengizinkan bagi meneruskan pembelajaran. Melalui keputusan mesyuarat exco kelmarin, Kerajaan Kelantan juga bersetuju untuk menanggung kos penerbangan pulang pelajar-peljar tersebut. Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub, ia juga adalah sebagai menunaikan tanggungjawab sosial kerajaan dalam membantu keluarga pelajar untuk membiayai tiket ke sana. “ Kerajaan telah bersetuju untuk membiayai penerbangan ke sana dan mereka tidak akan diberi wang tunai” ujar beliau. Datuk Ahmad juga berkata sehingga kini seramai 1281 pelajar Kelantan di sana telah mendaftar dan mereka ini akan dibiayai penerbangan ke Mesir melibatkan kos lebih RM2juta Sementara itu kerajaan lain dalam Pakatan Rakyat juga telah mengambil langkah yang sama untuk memastikan pelajar negeri masing-masing dapat meneruskan pembelajaran mereka apabila keadaan mengizinkan nanti. |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Jumaat, Februari 25, 2011
Pelajar Kelantan pulang ke Mesir akan dibayai kerajaan negeri
SUMBER
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan