Khamis, Februari 17, 2011

Konflik 52 hari tamat. SUK SELANGOR ANGKAT SUMPAH SIMPAN RAHSIA!



MOHAMMED KHUSRIN mengangkat sumpah jawatan Setiausha Kerajaan Negeri sambil diperhatikan oleh Abdul Khalid di Istana Kayangan, Shah Alam pada 6 Januari lalu.


SHAH ALAM - Kemelut pertikaian pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang berlarutan selama 52 hari berakhir apabila beliau mengangkat sumpah rahsia di hadapan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam.

Majlis itu diadakan selepas mesyuarat mingguan Exco Selangor pada pukul 1.30 petang di pejabat Abdul Khalid di tingkat 21, Bangunan SUK di sini.
Abdul Khalid ketika ditemui menjelaskan, majlis itu diadakan mengikut Perkara 52(4) Perlembagaan Negeri yang mewajibkan SUK mengangkat sumpah untuk menyimpan rahsia dan hal-hal sulit yang dibincangkan dalam mesyuarat Exco.

"Mulai sekarang, beliau (Mohammed Khusrin) secara rasmi boleh menghadiri mesyuarat Exco. 

"Saya pasti Khusrin dapat menjalankan tugas secara jujur, tertib dan profesional,'' katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco semalam.

Tiada ulasan: