mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Rabu, Februari 02, 2011
JPJ ronda laluan 'sakaratulmaut' di T'ganu!
TRENGGANU> Tiga jalan utama yang dikenal pasti jalan sakaratulmaut ialah laluan Jerangau-Jabor-Kuala Terengganu-Marang-Dungun, Chukai-Paka-Marang dan Jerteh (Besut)-Kuala Terengganu.
Sementara itu, 16 laluan di jalan persekutuan dan lebuh raya di Perak telah dikenal pasti sebagai kawasan yang sering berlaku kemalangan, terutama pada musim perayaan.
Exco kerajaan negeri, Datuk Ramly Zahari berkata antara jalan berkenaan ialah di Manjung (Batu 9), Km
15 Jalan Ipoh-Taiping (Kuala Kangsar), Km 12 Jalan Taiping-Sitiawan (Taiping), Km 195.5 Lebuhraya Utara-Selatan (Kerian).
Turut tersenarai kawasan kemalangan ialah di Km 9 Leburaya Timur-Barat (Gerik), Km 70 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (Tapah), Km 14 Jalan Teluk Intan-Hutan Melintang (Teluk Intan), Km 13 Jalan Pengkalan Hulu-Gerik, Km 32 Jalan Kampar-Ipoh (Kampar), Km 36.5 Ipoh-Sungai Siput (Sungai Siput), Km 117 Ipoh-Kuala Lumpur (Tanjung Malum), dan Km 10 Ipoh-Kuala Lumpur (Ipoh), katanya kepada pemberita, di Ipoh hari ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan