Jumaat, Februari 25, 2011

Pergolakan: Kedutaan Malaysia di Libya ditutup sementara

SUMBER

25/02/2011 2:31pm

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Kedutaan Malaysia di Libya ditutup sementara berikutan pergolakan yang berlaku di negara itu.
Duta Malaysia ke Libya, Mohd Zulkephli Mohd Noor, isteri beliau dan warga kedutaan adalah antara 127 rakyat Malaysia yang diterbangkan keluar dari negara itu hari ini.

"Buat sementara kedutaan kita di Tripoli ditutup kerana keadaan keselamatan yang tidak mengizinkan,” kata seorang pegawai Wisma Putra ketika dihubungi di sini hari ini.

Seramai 127 rakyat Malaysia yang terperangkap di Libya berjaya dikeluarkan dari negara itu dan diterbangkan melalui sebuah pesawat sewa khas yang mendarat di Tunis, Tunisia, kira-kira 11.30 pagi (waktu Malaysia), hari ini.

Mereka dijangka diterbangkan ke Rom, Itali sebelum pulang ke Malaysia melalui pesawat MAS.

Difahamkan lima daripada tujuh pelajar Malaysia di Libya enggan pulang. – Bernama

Tiada ulasan: