Sabtu, Februari 12, 2011

HUSNI MUBARAK LETAK JAWATAN! PERLETAKAN JAWATAN HUSNI HAMPIR SAMA DENGAN TARIKH PERGINYA IMAM HASSAN AL-BANNA KE RAHMATULLAH!




ALLAH DAN TENTERA ALLAH TELAH BERKUASA PADA HARI INI!!!

* HARI PEMBUNUHAN PENGASAS IKHWAN - AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA YANG TERBILANG ISLAM DI MESIR HAMPIR SAMA TARIKHNYA DENGAN HARI PENGUNDURAN HUSNI MUBARAK YANG ZALIM!

11 FEB 2011- MALAM> HUSNI MUBARAK UNDUR SEBAGAI PEMIMPIN NEGARA YANG DIBENCI RAKYAT!

12 FEB 1949 - PETANG > AS-SYAHID HASSAN AL-BANNA PENGASAS GERAKAN ISLAM IKHWAN MUSLIMUN DITEMBAK DAN DISYAKI POLIS KERAJAAN
-------------------------

Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan. Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah ditembak pada waktu Zohor 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.

Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.

SUMBER : http://ms.wikipedia.org/wiki/Hassan_al_Banna

Tiada ulasan: