SUMBER
2011/02/07
KUALA LUMPUR: CUEPACS hari ini meminta kerajaan menetapkan gaji minimum bagi penjawat awam supaya mereka dapat menampung kos kehidupan yang semakin tinggi. Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pada masa ini, gaji yang diterima penjawat awam terutamanya kumpulan sokongan, masih lagi berada di bawah garis kemiskinan RM720 sebulan.
Contohnya bagi Gred 1 hingga Gred 16 dalam Kumpulan Sokongan II, permulaan gaji RM647, bawah paras gaji kemiskinan. Sekarang paling tidak mesti RM850 atau RM920, dan ini tak termasuk elaun, hanya gaji pokok.
Makmal tiga hari itu yang akan berlangsung pada 8, 11 dan 14 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dijangka dapat mencapai kata sepakat berhubung cadangan penetapan gaji minimum sebanyak RM900 sebulan.
* Kali terakhir kerajaan membuat semakan gaji ialah pada Mei 2007.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan