mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Sabtu, Februari 12, 2011
PEJUANG ISLAM -PAHLAWAN MAT SALLEH DI SABAH! SEJARAH YANG INGIN DIPADAM???
RAKYAT SABAH KHASNYA JANGAN LUPA BENDA NI!
SEJARAH PERJUANGAN ISLAM DI BUMI SABAH!!! SEJARAH YANG DIPADAM!
Selain itu, kebangkitan Mat Salleh menentang British berpunca daripada semangat perjuangan jihad orang Sulu yang menentang Sepanyol di Filipina.
Bagi mempertahankan diri berserta semangat jihad untuk mengusir penjajah, Mat Salleh kemudian mengangkat senjata dan mengisytiharkan peperangan dengan bangsa asing itu.
Serangan demi serangan berterusan dilancarkan kepada British. Mat Salleh turut membina beberapa kubu di Sungai Sugut dan Labuk bagi menangani serangan balas penjajah.
Pada 31 Januari 1900, British melepaskan tembakan meriam ke arah kubu Mat Salleh tanpa henti. Serangan bertali arus itu menyebabkan Mat Salleh terbunuh apabila ditembak ketika keluar dari sebuah lubang dalam kubu pertahanannya.
Mengikut cerita, Mat Salleh mati ditembak Tambunan ketika pahlawan itu tidak memakai baju kebalnya kerana ingin mengambil air wuduk bagi persiapan untuk menunaikan solat.
----------------------------
APA KEJAHATAN PENJAJAH BRITISH?
> seperti pengamalan buruh paksa serta
> mengenakan cukai beras dan perahu.
> Tugas mengutip cukai pula diambil alih oleh pegawai British menyebabkan kekuasaan pembesar negeri semakin terancam
> memfitnah kononnya Mat Salleh bersama rombongannya, mengancam British
> membakar dan memusnahkan kampung Mat Salleh serta merampas harta bendanya.
> mengisytiharkan Mat Salleh sebagai orang buruan dan ganjaran 500 ringgit diberikan kepada sesiapa yang berjaya menangkapnya.
>memotong bekalan air
>berdamai dengan Mat Salleh pada April 1898 dan cabul perjanjian apabila Mereka kemudian berhasrat menduduki Tambunan yang sudah diserah kepada Mat Salleh menerusi perjanjian berkenaan.
------------------------------------------
PAHLAWAN MAT SALLEH BUKAN PEMBANGKANG MEMBABI BUTA TERHADAP BRITISH TETAPI DEMI KEPENTINGAN RAKYAT! KE SANA SINI UNTUK RAKYAT!
CTH : Pada 17 Ogos 1895, Mat Salleh bersama beberapa ketua tempatan dari Sugut pergi ke Buli Sim-sim berhampiran Sandakan untuk berunding dengan Gabenor Borneo Utara British, CV Creagh mengenai masalah cukai dan lesen yang diperkenalkan British selain tindakan biadap pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan.
SUMBER :
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Pejuang kemerdekaan Sabah yang tidak mudah dilupakan oleh semua rakyat Sabah.
Catat Ulasan