Khamis, Februari 17, 2011

Google 'amat amat bangga' pencetus revolusi siber Mesir! WAEL GHONIM!


SUMBER

2011/02/16

BARCELONA: Google hari ini menyatakan pihaknya 'amat, amat bangga' dengan aktivis siber, Wael Ghonim, seorang eksekutif muda di Google yang muncul sebagai pencetus utama gerakan pembaharuan di Mesir, kata Ketua Eksekutif Google, Eric Schmidt.

Ghonim, yang mengetuai bahagian pemasaran Google untuk rantau Asia Barat dan Utara Afrika, menjadikan akaun Facebook miliknya untuk menaikkan semangat dan gerakan penentangan rakyat terhadap regim Presiden Hosni Mubarak.

Tiada ulasan: