Sabtu, Oktober 30, 2010

Puting beliung landa Kangar! Jarang-jarang berlaku!


Okt 29, 10 3:44pm
Kongsi 0
Lebih 50 buah rumah, kedai makan dan bengkel membaiki kenderaan di sekitar Jejawi dekat Kangar rosak akibat angin puting beliung semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Perlis Mansor Jusoh berkata kejadian itu yang berlaku kira-kira pukul 6 petang menyebabkan kerugian sekitar RM100,000.

Baitul Mal Perlis dan Unit Pembangunan Insan Perlis akan membantu mereka yang terlibat membaiki rumah, manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menilai kerugian sebenar, katanya kepada pemberita ketika melawat mereka yang terlibat hari ini.

Katanya walaupun sebuah pusat pemindahan dibuka sejak malam tadi, kebanyakan penduduk lebih selesa tinggal sementara bersama saudara-mara.

Sementara itu seorang penduduk, Rohana Abdul Rahman, 52, berkata ketika kejadian dia berada seorang diri di rumah dan terdengar bunyi bising serta rumahnya bergegar.

"Saya melihat macam ada benda putih di luar rumah dan dalam sekelip mata pintu hadapan pecah dan bumbung diterbangkan angin," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, semua yang terlibat hari ini menerima bantuan awal daripada Yayasan Pok dan Kassim (YPK) dalam bentuk wang tunai sebanyak RM100 seorang dan beras.

Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2010!







2010/10/30

KUALA LUMPUR: Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2010 apabila tewaskan juara bertahan, Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

BENER LARANGAN MERAYU UNDI DI KPG ISTIMEWA, BATU SAPI! KEMBALI KE ZAMAN TIDAK 1 MALAYSIA!!!


SESUAI ATAU TIDAK 'KENYATAAN' YANG TERKANDUNG ITU???

KEMPEN BOLEH BERLAKU DI MANA-MANA.. BEBAS BERSUARA.. MAHU ATAU TIDAK ITU CERITA KE DUA.. INILAH YANG BERLAKU SELEPAS KEDATANGAN PETUGAS PR KE KAMPONG INI SEBELUM INI.. SEBELUM INI BERLAKU INSIDEN YANG TIDAK INGIN DILIHAT IAITU PIHAK UMNO MENGHALANG KEMASUKAN PETUGAS DENGAN ALASAN MESTI MENDAPAT KEIZINAN KETUA KAMPUNG... KLIK DI SINI  

SIAPA YANG AJAR MEREKA NI???

Jumaat, Oktober 29, 2010

Korban tsunami mencecah 311 orang???

malaysiakini.com.my/bm
Okt 28, 10 6:15pm
Kongsi 53
Jumlah korban tsunami yang melanda kepulauan terpencil Indonesia sehingga ini meningkatkan kepada 311 orang, sekaligus mencetuskan persoalan sama ada sistem amaran gagal berfungsi.
Pada masa yang sama, kebimbangan semakin meningkat mengenai nasib ratusan lagi yang masih hilang selepas gempa bumi Isnin lalu mencetuskan gelombang besar yang melanda kepulauan Mentawai berhampiran pantai

Sementara itu, majlis pengkebumian beramai-ramai diadakan hari ini untuk mensemadikan korban letupan gunung berapi, yang terjadi sejurus selepas berlaku gempa bumi yang mencetuskan tsunami tersebut.

Para pegawai berkata mayat-mayat ditemui di kawasan pantai di Mentawai, selepas tsunami memusnahkan keseluruhan perkampungan di kepulauan itu.

barat Sumatera.
"Seramai 311 terkorban dan 379 lagi masih hilang," kata pegawai pengurusan bencana di Sumatera, Agus Prayitno.

Mangsa yang selamat berkata, mereka tidak menerima sebarang amaran dan ramai yang bertanya apakah sistem amaran mahal - yang diwujudkan selepas tsunami di Asia pada 2004 yang mengorbankan sekurang-kurangnya 168,000 orang di Indonesia sahaja - gagal berfungsi.

Satu amaran rasmi tsunami dikeluarkan selepas berlakunya gempa bumi dengan kekuatan 7.7 di skala Richter, tetapi ia mungkin terlambat dikeluarkan atau tidak sampai kepada masyarakat yang terdedah kepada bahaya besar bencana itu.
Seorang petani, Borinte, 32, berkata gelombang menghempas perkampungannya di kepulauan Pagai Utara, hanya 10 minit selepas penduduk merasakan gegaran gempa bumi itu.

"Kira-kira 10 minit selepas gempa bumi, kami terdengar bunyi gemuruh. Kami keluar dan terlihat gelombang menuju ke arah kami. Kami cuba menyelamatkan diri ke kawasan tinggi tetapi gelombang jauh lebih cepat daripada kami," katanya kepada AFP.

Katanya, dia terselamat dengan menggenggam sepotong kayu. Isteri dan tiga anaknya terkorban.

Sementara itu, gerakan mencari mangsa yang masih hilang diteruskan.

"Mereka mungkin berlindung di kawasan bukit, atau tertimbus dalam runtuhan atau dihanyut ke laut," kata pegawai pengurusan bencana wilayah Sumatera Barat, Ade Edward.
Di Jawa Tengah, pasukan penyelamat menemui sekurang-kurang 32 mayat selepas Gunung Merapi meletup Selasa lalu.

Para pegawai berkata hampir 42,000 orang mencari perlindungan sementara di sekitar bandarayua Yokyakarta, tetapi ada kebimbangan mengenai nasib ribuan lagi penduduk yang enggan meninggalkan rumah mereka.

Gunung Merapi setinggi 2,914 meter adalah antara 69 gunung berapi di Indonesia yang mempunyai sejarah pernah meletup sebelum ini. Ia pernah meletup pada Jun 2006, membunuh dua orang.

Tawau berdepan gempa bumi kuat




KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi tidak menolak kemungkinan gempa bumi bersaiz sederhana menghampiri 6 pada skala Richter mungkin berlaku di Tawau, Sabah pada masa depan.

Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami, Jabatan Meteorologi, Dr. Mohd. Rohaidi Che Abas berkata, kemungkinan itu diambil kira daripada kekerapan gempa bumi yang berlaku di kawasan-kawasan sekitar Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu di Sabah.

"Ini kerana sejak minggu lepas hingga semalam tiga gegaran lemah telah dicatatkan di kawasan terlibat yang berukuran 2.6 hingga 3.8 pada skala Ricther.

"Meskipun kawasan terlibat merupakan kawasan berisiko dilanda gempa namun kekerapan yang berlaku menghairankan kami," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

Justeru, menurut Mohd. Rohaidi, pihaknya akan memantau 24 jam sehari untuk melihat perkembangan semasa kemungkinan berlaku

SUMBER

Remaja perempuan dibunuh disimpan dalam pondok


MAYAT seorang remaja perempuan yang disumbat di dalam sebuah beg pakaian ditemui oleh orang awam di belakang sebuah bengkel kereta, di Taman Ukay Perdana, Ampang, 28 Okt. Identiti belum dikenal pasti tetapi dipercayai bukan warganegara Malaysia. - Utusan/AMIN FARIJ HASAN

Khamis, Oktober 28, 2010

SUBHANALLAH... HEBATNYA ALLAH.. BAYANGAN QIAMAT KINI MAKIN DIRASAI DI JAWA! LETUSAN MERAPI MEMBUNUH!

MAYAT dipercayai penjaga kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan yang ditemui mati dalam keadaan bersujud di dalam rumahnya di kaki gunung berapi tersebut akibat terkena abu panas dari letusan gunung tersebut, di Magelang, Jawa Tengah, Indonesia, 27 Okt. - Utusan/BORHAN ABU SAMAH

Tsunami di Kepulauan Mentawai, Indonesia. Hampir 300 mati!


GAMBAR dari udara yang dirakamkan semalam menunjukkan sebuah kampung musnah akibat tsunami di Pulau Pagai, Kepulauan Mentawai.



JAKARTA – Angka kematian akibat tsunami yang melanda Kepulauan Mentawai dekat Pulau Sumatera meningkat kepada 282 orang manakala 411 lagi masih hilang, kata pihak berkuasa semalam.

Tsunami itu berlaku akibat gempa bumi bawah laut yang kuat pada Isnin lalu di Kepulauan Mentawai dengan kekuatan 7.7 pada skala Richter.

FESTIVAL MENGHANCURKAN NAMA ISLAM. NASIHAT PAS TERHADAP ULAMAK MUDA UMNO!




*gambar berkaitan-

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Mengapa Pas menentang Festival Busana Islam di Monte Carlo pada 9 Ogos lalu ? Adakah Pas menentang Busana Islam ?

Saya sempat mengunjungi sesawang di www.islamicfashionfestival.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang festival busana Islam yang menjadi isu panas sekarang ini. Di dalam website tersebut ada disenaraikan nama-nama anggota Lembaga Stail Festival Busana Islam yang dinaungi Dato Sri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri. Anggota-anggota Lembaga tersebut merangkumi individu-individu dari Malaysia, Indonesia dan Dubai.

Saya tidak pasti sama ada semua anggota lembaga itu adalah Islam. Antara anggota itu adalah Ibu Sonia Lee. Jika diandaikan kesemua anggota lembaga tersebut adalah Islam khususnya anggota-anggota wanita, saya tidak nampak mana-mana anggota itu yang menutup aurat secara sempurna. Daripada Datin Sri Rosmah sebagai penaung semua anggota wanita tidak menutup rambut mereka. Antara anggota wanita Malaysia yang menganggotai lembaga tersebut adalah YAM Tengku Aishah, Puan Sri Faridah dan Datin Nina Juren. Suami penyanyi Siti Norhaliza iaitu Dato Sri Khaled Mohd Jewa juga adalah anggota Lembaga tersebut. Saya tidak pasti sama ada Lembaga ini ada merujuk kepada para cendiakawan Islam bagi mendapatkan pandangan sama ada festival yang mereka anjurkan selari dengan Islam.

Apabila tiada seorang ahli wanita lembaga tersebut menutup aurat saya tidak pasti apakah pandangan Lembaga tersebut tentang isu penutupan aurat yang merupakan sebahagian dari ajaran Islam. Adakah Lembaga tersebut berpendirian menutup aurat bagi wanita adalah tidak wajib oleh itu berfesyen tanpa menutup aurat tidak menjadi satu masalah ? Jika Lembaga tersebut berpendapat menutup aurat adalah wajib mengapakah festival busana Islam yang diadakan di Monte Carlo ( pusat perjudian yang terkenal ) pada 9 Ogos yang lalu membiarkan peragawati-peragawati fesyen menggayakan pakaian yang tidak menutup aurat dan mereka juga dibenarkan menggoyang-goyangkan badan mereka seperti mana dalam pentunjukkan fesyen yang tidak dibuat atas nama Islam.

Bagi tujuan penulisan artikel ini saya sempat melihat berita CNN ( di dalam youtube ) tentang petunjukkan fesyen tersebut. Saya hanya boleh mengatakan apa yang diperagakan tidak boleh sama sekali dikatakan sebagai festival busana Islam.

Sudah menjadi trend kini golongan Islam yang berfikiran dan berfahaman sekular menggunakan label Islam bagi menjustifikasikan program yang mereka anjurkan. Festival Busana Islam ini satu contoh yang jelas.

Di dalam website mereka , penganjur mengatakan tujuan mereka menganjurkan festival busana Islam adalah bagi membetulkan tanggapan orang-orang barat tentang Islam. Kata penganjur Islam sering dikaitkan dengan pengganas maka salah satu cara untuk membetulkan tanggapan tersebut adalah dengan menunjukkan kepada orang-orang barat bahawa Islam juga menghargai kecantikan dan dunia fesyen , maka timbullah idea menganjurkan festival busana Islam tersebut.

Bagi kita sebarang usaha untuk membetulkan persepsi barat tentang Islam adalah satu niat yang murni. Bagaimanapun niat yang murni sahaja tidak mencukupi. Ia juga harus bergerak di dalam landasan yang betul Dalam hal ini umat Islam tidak perlu apologetik ( bersifat mengalah ) hanya semata-mata ingin menjaga hati orang-orang barat. Umat Islam perlu sedar pertembungan nilai antara barat dan Islam memang wujud. Oleh itu sebarang usaha untuk cuba mengenepikan pertembungan tersebut adalah usaha sia-sia.

Dunia fesyen barat adalah berteraskan falsafah hedonism dan alam glamour. Hedonisme dan glamour adalah permainan nafsu. Memandangkan barat mempromosikan kebebasan mutlak dalam dunia fesyen maka tiada sebarang sekatan dibenarkan bagi mengawal dunia fesyen di sana. Bertolak dari falsafah ini sebarang pakaian yang direka di sana tidak akan mengambil kira soal maruah dan harga diri wanita. Tiada istilah menutup aurat dan berpakaian sopan dalam kamus dunia fesyen barat.

Melihat kepada petunjukkan fesyen busana Islam di Monte Carlo tiada apa yang dapat dibezakan dengan petunjukkan fesyen –fesyen lain. Bezanya di Monte Carlo ada istilah Islam. Itu sahaja. Jika di dunia fesyen barat peragawati tidak menutup aurat , di Monte Carlo pun apa bezanya. Jika di barat peragawati yang menggayakan koleksi pakaian terbaru sibuk menggoyangkan segala-galanya bagi menarik hati pengunjung , di Monte Carlo juga pengunjung melihat perkara yang serupa dalam festival busana Islam !!!

Seorang ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Datin Seri Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu.

Cukuplah mengampu wahai Ustaz muda !! Awak sedarkah Rosmah adalah orang penting yang bertungkus lumus menjayakan festival busana Islam! Kalau awak tak sedar mari kami tunjukkan apa yang disebut di websitewww.islamicfashionfestival.com.my.

Dinyatakan “ Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor as the founding patron, has helped establish the fashion festival as a landmark event in the history of global fashion ( Terjemahan “ Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor selaku penaung awal telah membantu menjayakan festival fesyen sebagai satu upacara unggul di dalam sejarah dunia fesyen di peringkat global )

Wahai Fathul Bari sepatutnya awak mengucapkan terimakasih pada pemuda Pas yang menjalankan tanggungjawab menegur kemungkaran setelah semua ulama Umno diam membisu dan membatu tidak berani menegur isteri Perdan Menteri.

Jika awak minta Pas menasihati dan tidak mengecam , baiklah sekarang ini dengan nama Allah kami menasihati awak sebagai orang yang tahu hukum agama silalah tinggalkan Umno kerana dengan menyokong Umno awak pada hakikatnya merestui segala kezaliman dan kemungkaran yang Umno lakukan. Kalau Ah Chong dan Mutusamy pun mahu menyokong kepimpinan ulama dalam Pas , awak tidak malukah masih mahu

Rabu, Oktober 27, 2010

PAS ucap takziah ATAS PERISTIWA TSUNAMI TERBARU DI INDONESIA!





* SEKADAR HIASAN-


Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 27 Okt: PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang maut dan hilang dalam bencana tsunami di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, malam kelmarin.
Ucapan sama turut dirakamkan kepada keluarga mangsa korban letusan Gunung Merapi di sekitar penempatan Surakso Hargo atau Mbah Maridjan di Yogyakarta, Indonesia.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan beharap agar semua keluarga dapat bersabar dengan ujian Allah tersebut.

"Kami berdoa agar semua ahli keluarga dan sahabat handai yang menerima kehilangan anggota keluarga dan kecederaan agar dapat bersabar dengan ujian Allah SWT ini dan dapat menghadapinya dengan penuh keimanan," katanya.

Selain itu, PAS juga tegasnya menyeru badan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia yang berkait dengan misi kemanusian, agar segera memberi bantuan.

"PAS akan membuat pemantauan dan menyeru (NGO) dari Malaysia yang terlibat dalam aktiviti misi kemanusiaan untuk mengambil langkah-langkah yang bersesuaian bagi membantu saudara sejiran yang menerima musibah ini," katanya lagi.

Sehingga malam tadi, bencana tsunami yang berlaku selepas gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala richter itu telah mengorbankan 58 orang manakala lebih 270 lagi hilang.

Dilaporkan, wilayah Dusun Munte di Kecamatan Pagai Utara antara kawasan paling teruk dilanda tsunami tersebut.
Pegawai Daerah Kepulauan Mentawai, Edison Saleuleubaja berkata, ada beberapa dusun yang belum terpantau kerana sukar dimasuki pasukan penyelamat.

"Selain itu, buruknya cuaca di perairan Laut Mentawai juga menyebabkan upaya memantau dusun-dusun lainnya belum dapat dilakukan," lapor agensi berita Antara.

Mereka yang hilang dipercayai melibatkan 10 rakyat Australia dan Jepun yang berada dalam sebuah kapal bernama Southern Cross milik Sumatran Surfariis.

Pihak kedutaan Australia di Jakarta juga yakin bahawa rakyatnya berada di dalam kapal itu.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) mengumumkan gempa bumi berukuran 7.2 pada Skala Richter berlaku pada pukul 9.42 malam Isnin, pada kedudukan 78 kilometer Barat Daya Pagai Selatan, Mentawai Sumbar, pada kedalaman 10 km.

Anwar: Ujian berat di Batu Sapi, cerah di Galas

sumber

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui PKR akan menghadapi ujian berat dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi pada 4 November ini.

"Saya akui, kita mesti bekerja keras di Batu Sapi," katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas kes perbicaraan liwatnya ditangguhkan hari ini.

Bagaimanapun, mengenai pilihan raya kecil DUN Galas yang dijalankan serentak, Anwar berkata PAS sebaliknya mempunyai peluang yang cerah untuk mengekalkan kerusi tersebut.

Selasa, Oktober 26, 2010

MB dan Ir Phahrolrazi sedang menggali lubang kubur PRU ke 13?


sumber

25 October 2010


Tulisan oleh: LAH 47, SUNGAI LIMAU.

Saya tertarik untuk mengulas isu yang ditulis oleh Zulkifli Yahaya berhubung ‘Rasional kuota perumahan 50-50 di Kedah’. Terlebih dahulu nak ucapkan tahniah kepada Sdr Zul yang tak habis-habis mempertahankan kerajaan Ustaz Azizan Razak walau apa pun yang Menteri Besar itu lakukan. Sesuai benarlah jawatan beliau sebagai Pengarah Urusetia Penerangan Kedah, walaupun ada pihak yang cuba menyingkirkan beliau dari jawatan tersebut tapi tak berjaya kerana tak ada orang yang layak untuk ‘merasionalkan’ segala tindak tanduk Ustaz Azizan Razak dalam semua keadaan.

Cara beliau mengulas isu kuota 50-50 seolah-olah tiada masalah langsung di kalangan masyarakat Cina Kedah tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak seperti yang digambarkan.

Kebetulan saya mempunyai ramai kawan-kawan Cina. Hampir setiap orang Cina yang saya temui, satu soalan yang mesti saya ajukan: Macam mana kerajaan PAS Kedah sekarang? Rationya dalam 10 yang ditemui, 7 memberi jawapan yang sangat negative.  
 
Mudah cakapnya, jika pilihanraya diadakan sekarang di Kedah; 70% orang Cina akan memihak BN dan hanya 30% menyokong PAS atau PR. Sebabnya ialah isu kuota perumahan 50-50.

Semua tahu bahawa antara faktor kemenangan PAS dalam PRU ke 12 lalu ialah kerana sokongan besar orang Cina kepada PR. PAS kalah di banyak kerusi yang majoriti Melayunya tinggi dan menang di kawasan yang terdapat pengundi Cina agak besar. Congak mudahnya, jika undi Cina beralih pula pada BN maka tumbanglah kerajaan PAS Kedah.

Oh ya, mungkin masih ada yang tak faham isu kuota 50-50. Mudah saja nak faham: Mana-mana tanah simpanan Melayu yang nak dibuat perumahan, jika mahu ditukar status kepada free hold supaya boleh dijual kepada semua kaum, maka hendaklah dicari ganti tanah (swapping) dengan keluasan yang sama. Bila dah jadi tanah free hold, maka bolehlah rumah-rumah yang dibangunkan dijual kepada bukan Melayu. Kadar jualan yang dibenarkan begini: Di zaman BN, 30 kepada Bumiputera dan 70 peratus kepada bukan Bumiputera. Di masa PAS kini, 50 peratus mesti dijual kepada Bumiputera manakala 50 peratus lagi terbuka.

Secara terang-terangan syarat zaman BN memang merugikan Melayu kerana hanya 30 peratus boleh dibeli oleh Bumiputera, manakala 70 peratus lagi untuk bukan Bumiputera. Sepatutnya 70 peratus lagi terbuka, maksudnya siapa saja boleh beli. Memang pemimpin Umno bangang dalam mempertahankan hak Melayu. Ia boleh diperbetulkan di zaman PAS, tetapi MB dan Datuk Ir Phahrolrazi mengambil pendekatan yang sangat radikal sehingga membangkitkan kemarahan orang Cina. Sepatutnya mereka jangan gopoh sangat, berbincang elok-elok terutama dgn rakan parti komponen yang lain.

Apabila diperkenalkan kuota 50-50, rata-rata pemaju yang ditemui bukan menolak mentah-mentah. Tetapi masalahnya ialah mereka sudah membeli tanah tersebut sebelum dari dasar 50-50 diperkenalkan. Tanah yang dibeli di kawasan bandar atau pinggir bandar sangat mahal, jika 50 peratus terpaksa dijual kepada Bumiputera harganya tentu tidak boleh tinggi kerana orang Melayu mana ada duit nak beli. Lagipun untuk Bumiputera kena beri diskaun. Mungkin itu cuma alasan pemaju, biasalah peniaga, terutamanya Cina selalu berkata, “aiyaa kak, mana ada untung, saja mau bagi sama kak saja..” Walhal harga tu pun memang dia dah tokak.

Tapi yang menimbulkan kemarahan pemaju ialah apabila kuota 50-50 itu tiba-tiba dibekukan. Pemaju jadi panic. Duit sudah banyak dikeluarkan untuk belanja projek. Daripada rugi teruk, baik untung sikit, maka pemaju pun datang jumpa Phahrolrazi untuk tawarkan, “kami nak jual dekat Bumiputera 70 peratus, bukan Bumiputera 30 peratus.” Tujuannya untuk dapat kelulusan projek. Wah, cepat pula Phahrolrazi bersetuju. Bukan satu syarikat tetapi khabarnya dah 7 syarikat ‘dengan persetujuan sendiri’ membuka syarat jualan kepada 70 peratus Bumiputera. Khabar terbaru lebih dari tujuh, entahlah. Ia semacam perangkap yang dipasang pemaju untuk mengenakan kerajaan PAS Kedah.

Sekarang semua surat-surat syarat jualan 70 peratus Bumiputera yang dikeluarkan Jabatan Tanah dan Galian itu dibongkar satu persatu oleh Gerakan dan MCA. Siapa yang dedahkan kepada MCA dan Gerakan kalau bukan pemaju.

Kalau anda pandai baca akhbar Cina, lihat semua akhbar Cina, hampir tiap-tiap hari isu kuota perumahan ini dimainkan untuk memburukkan kerajaan PAS Kedah kononnya buat polisi senyap-senyap, penipu dan sebagainya.

Phahrolrazi mengaku bahawa tanah Simpanan Melayu yang diswapping cuma sekitar 15 peratus dari tanah perumahan yang akan dimajukan. Kalau dah tinggal sedikit macam itu, buat apa kelam-kabut sangat MB dan Phahrolrazi nak buat polisi yang membangkitkan kemarahan orang Cina?

Bukan salah buat polisi yang menguntungkan Melayu, tetapi berbincanglah dulu dengan rakan-rakan PR supaya pendekatan yang dibuat dapat diterima semua. Jangan ketepikan kelab penyokong PAS, DAP dan PKR.
Jangan lupa juga dapatkan pandangan dari pemimpin2 PAS sendiri, yang tiada dalam kerajaan. Lihatlah sekarang antara yang menentangnya ialah semua ADUN bukan Melayu dalam PR, sekalipun mereka tu Exco.

Apabila ada pihak mendesak supaya Ustaz Azizan laksanakan Islam dengan lebih jelas macam Kelantan, beliau selalu beri alasan, kita tak cukup kerusi bergantung harap dengan PKR dan DAP. Kena tengok juga sikap DAP dan PKR. Tapi bila mai isu kuota perumahan, Ustaz Azizan tak ambil kira pula DAP dan PKR.

Keperluan untuk mendapat kuasa pemerintahan adalah untuk melakukan pelbagai perubahan ke arah kebaikan. Perubahan mungkin tak boleh dilakukan dalam masa singkat dan untuk semua perkara. Tetapi andainya dengan isu kuota perumahan ini Cina marah dan kerajaan PAS tumbang maka bukan setakat hak Melayu melalui kuota 50-50 ini tak dapat dipertahankan, bahkan segala mak nenek kebaikan juga tak dapat dibuat. Nak buat macam mana dah jadi pembangkang masa tu.

MB dan Phahrolrazi kena fikir dengan serius sama ada untuk tarik balik kuota ni atau cari jalan penyelesaian yang tak menimbulkan kemarahan orang Cina. Tak rugi berundur setapak untuk membolehkan kita melangkah seribu langkah.

MB dan Phahrolrazi kena terbuka untuk dengar sama pandangan orang lain jangan dok kira ‘keras kepala’ pakai idea sendiri saja. Jangan dok keras sokmo. Seluruh ahli PAS dan penyokong PR akan maki kamu jika akibat salah perhitungan kamu maka PR tumbang dalam PRU ke 13 nanti di Kedah.

terkini!!! Gempa: 40 maut dalam tsunami di Sumatera

FOTO SUNAMI GEMPA MENTAWAI PADANG SUMBAR 2010 -
Okt 26, 10 6:17pm
Kongsi 0
Seramai 40 orang dilaporkan terkorban dan lebih 300 lagi hilang dalam bencana tsunami yang berlaku selepas gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala richter yang melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Isnin malam.
Perkara itu disahkan pegawai daerah Kepulauan Mentawai, Edison Saleleobaja, lapor Bernama.


Sehingga pukul 2 petang ini, pihak Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) belum memastikan identiti korban dalam kejadian itu.


Mereka yang hilang dipercayai melibatkan 10 rakyat Australia dan Jepun yang berada dalam sebuah kapal bernama Southern Cross milik Sumatran Surfariis.


Pihak kedutaan Australia di Jakarta juga yakin bahawa rakyatnya berada di dalam kapal itu. Bagaimanapun BNPB belum mengesahkan kebenaran maklumat itu.

"Maklumat itu sedang kami sahkan, belum jelas maklumat dari lokasi kejadian dan kami masih menunggu," kata Maryadi, petugas BNPB kepada Bernama.

Beliau berkata pasukan daripada badan itu belum berada di Mentawai kerana sedang memberi tumpuan kepada ancaman letusan Gunung Merapi di sempadan Yogyakarta dan Jawa Tengah serta banjir di Wassior (Papua Barat).

"Tsunami itu berketinggian tiga meter dan meluap hingga 400 meter ke darat," katanya.


Media Online Nasional melaporkan dua perkampungan disapu bersih oleh tsunami yang berlaku di kawasan penggemar sukan luncur air itu, namun Maryadi belum dapat mengesahkan perkara itu.


Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) mengumumkan gempa bumi berukuran 7.2 pada Skala Richter berlaku pada pukul 9.42 malam Isnin, pada kedudukan 78 kilometer Barat Daya Pagai Selatan, Mentawai Sumbar, pada kedalaman 10 km.


Badan itu mengeluarkan amaran potensi tsunami kepada masyarakat sejurus selepas gampa itu, namun menarik balik amaran ancaman itu kemudiannya.


Sementara itu AP pula memetik Mujiharto, yang mengetuai pusat krisis Kementerian Kesihatan Indonesia sebagai berkata, gelombang setinggi tiga meter menghanyutkan ratusan rumah di Pagai dan Silabu - yang merupakan sebahagian rangkaian pulau Mentawai.
"Kami ada 200 beg mayat dihantar ke sana, sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.

Indonesia sering dilanda gempa bumi dan aktiviti gunung berapi kerana lokasinya dalam Lingkaran Api Pasifik.
Kawasan yang dilanda gempa bumi semalam, berlaku di sepanjang pantai barat Kepulauan Sumatera, yang dilantik gempa 9.1 skala Richter, yang mencetuskan tsunami besar di sekitar Lautan Hindi pada 2004 yang mengorban 230,000 orang di beberapa negara.

Mentawai merupakan pusat luncur popular 280km dari pantai Sumatra. Perjalanan ke pulau tersebut - hanya boleh sampai dengan menaiki bot - mengambil masa 12 jam.

Sekumpulan rakyat Australia berkata mereka berlindung di dek belakang kapal sewa mereka yang berlabuh di teluk berhampiran ketika berlaku gempa bumi itu. 

Ia mengakibatkan ombak yang mengakibatkan mereka menghentam sebuah bot lain, dan mengakibatkan kabin mereka terbakar.
"Kami buang keluar apa sahaja yang boleh terapung dan kami terjun ke laut dan bergayut padanya," kata Rick Hallet kepada stesen TV Australia - Nine Network.
"Mujurlah, ada benda yang dapat kami bergayut... dan kami dihanyutkan dan kemudiannya bergantung pada pokok tinggi yang kami temui dan duduk di situ selama satu setengah jam." 

Ade Edward, pegawai agensi pengurusan bencana berkata, mayat-mayat ditemui di kampung-kampung di pesisiran pantai - terutama di pulau yang paling teruk dilanda gempa - Pagai - dan 167 orang lagi masih hilang.

Air di beberapa tempat mencecah mencapai paras atap, dan di Muntei Baru - sebuah desa di Silabu - 80 peratus rumah rosak.

Kira-kira 3,000 orang mencari perlindungan di kem-kem kecemasan hari ini, kata Edward. Manakala nasib krew beberapa buah kapal di Lautan Hindi, masih belum diketahui.
Gempa bumi itu juga menggegarkan bandar-bandar di sepanjang pantai barat Sumatera - termasuk Padang - yang dilanda gempa sekuat 7.6 tahun lalu, yang mengorban lebih 700 orang. Masjid-masjid pula membunyikan amaran tsunami melalui pembesar suara.

"Semua orang bergegas keluar rumah mereka," kata Sofyan Alawi, sambil menambah, jalan-jalan menuju ke bukit-bukit di sekitar kawasan itu sesak dengan ribuan kereta dan motosikal.

"Kami sering menoleh ke belakang untuk melihat sama ada gelombang datang," kata seorang lagi penduduk Ade Syahputra.

Isnin, Oktober 25, 2010

Isu tanah: Umno BN mesti ditumbangkan[ LAPORAN DARI HIMPUNAN 10RIBU RAKYAT SABAH ISU TANAH-HEMPAS]

PAS Tawau   
SANDAKAN, 25 Okt: Kekejaman dan ketidakadilan dalam urus tadbir tanah di Sabah menjadi satu bukti kukuh mengapa Umno dan Barisan Nasional (BN) mesti ditumbangkan.

Umno BN yang menjanjikan "Sabah Baru" dan membawa perubahan dalam tempoh 100 hari melalui manifesto yang mereka canangkan pada pilihanraya lalu berubah menjadi mimpi ngeri yang tidak pernah dibayangkan oleh rakyat di negeri ini.

Rumah penduduk pribumi dibakar, kampung halaman dimusnahkan dan tanah yang telah diusahakan puluhan tahun dirampas.

Inilah menjadi sebab utama Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah (HEMPAS) berjaya menarik ribuan rakyat Sabah hadir di Dewan Hakka Sandakan, semalam.

Program yang dianjurkan oleh Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Sabah telah dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Mengikut Islam, kerajaan adalah pemegang amanah bukan pemilik tanah kerana dalam Islam yang memiliki tanah hanya Allah SWT ,” katanya dalam ucapan perasmian.

Menurutnya, di dalam Islam, barangsiapa yang meneroka, membuka tanah, sama ada mendirikan rumah kediaman, kedai atau bercucuk tanam, maka wajib kerajaan memberikan geran tanah kepada mereka.

Kecuali, katanya kalau ada kepentingan umum seperti mahu dibina jalan raya atau membina hospital dan sebagainya, maka bolehlah ianya diambil dan digantikan dengan yang tanah lain atau nilai yang setimpal.
“PAS akan melaksana hukum ini dan meminta parti parti lain dalam Pakatan Rakyat mengikut hukum ini jikalau dapat memerintah negara kelak,” ujarnya.

AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman pula berkata: Kita berhimpun pada hari ini untuk menyalurkan maklumat dan memberi kesedaran kepada rakyat Sabah agar bangun berjuang untuk menuntut hak dan membuktikan komitmen PAS dan Pakatan Rakyat dalam membela nasib rakyat Sabah dalam menuntut hak dan keadilan buat semua yang telah teraniaya”.

Katanya, jkalau majoriti rakyat Sabah berani untuk berjuang, kerajaan yang zalim akan dapat ditumbangkan dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Tambahnya lagi, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang menjangkakan himpunan itu tidak akan berjaya dan kononnya hanya akan dihadiri sekitar 200 orang.

“Rakyat Sabah buktikan sebaliknya dengan kehadiran memeranjatkan dari seluruh Sabah sebagai tanda sokongan dan perjuangan mereka menentang kerajaan yang zalim,” ujarnya.

Dari Sandakan hingga ke Nabawan, dari Tawau hingga ke Pensiangan, penduduk pribumi diperlakukan seperti makhluk yang tiada nilai dan status kemanusiaan.

Di Sandakan, Kampung BDC yang diasaskan oleh Pertubuhan Islam (USIA) yang dahulunya dipenuhi hutan paya bakau akhirnya berkembang menjadi sebuah penempatan penduduk pribumi dengan keluasan melebihi 100 ekar dengan jumlah penduduk dianggarkan tidak kurang 20,000 orang telah dimusnahkan sekelip mata oleh kerajaan Umno BN pada tahun 2002.

Tanah yang telah diusahakan berpuluh tahun sejak tahun 80-an di Ulu Landau dan Cenderamata Merotai Tawau dirampas pada awal tahun ini.

Turut dimusnahkan ialah Kg Lupak Meluas, Kg Sundang, Kg Gas, Kg Koyah di Kinabatangan, perkampungan penduduk pribumi di Semporna, Kunak, Lahad Datu, Beluran, Ranau, Kg Labuan dan Kg Wakap di Kota Belud, Kg Bakau dan Kg Telipok di Kota Kinabalu.

Ini merupakan sebahagian kes yang pernah berlaku di Sabah.
Sehubungan itu, perhimpunan itu telah mencatatkan sejarah yang gemilang dan berjaya membuka mata rakyat Sabah diharap dapat menjadi senjata ampuh dalam menghadapi pilihan raya kecil Batu Sapi pada 4 November nanti dan pilihanraya umum ke-13 yang akan datang.

SUMBER

Ansari Abdullah calon PKR di Batu Sapi

sumber
Harakahdaily   
SANDAKAN, 24 Okt: Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan peguam, Ansari Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

Pengumuman itu dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi di Dewan Hakka, Jalan Utara, dekat sini.

Turut bersama di majlis pengisytiharan calon itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman.

Sementara itu, Barisan Nasional mengumumkan isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, Datin Linda Tsen yang juga Timbalan Ketua Wanita PBS Elopura sebagai calon parti itu.

PRK yang akan berlangsung 4 November ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila Parti maju Sabah (SAPP) membuat keputusan untuk meletakkan calon.

Blog baru untuk PRK Batu Sapi Sandakan > http://prkbatusapi2010.blogspot.com/

DI SINI SEGALA INFO PRK BATU SAPI 2010. WAR2KAN DENGAN RAKAN2!!!


 CALON PR- DARI PKR HJ ANSARI ABDULLAH

 Calon BN- isteri mendiang mantan MP Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin


Jumaat, Oktober 22, 2010

Batu Sapi, 3 penjuru atau 4 penjuru???



SAPP akan bertanding di Batu Sapi


2010/10/21

PENAMPANG: Harapan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mencapai persetujuan dengan Parti Maju Sabah (SAPP) agar pilihan raya kecil kawasan Parlimen Batu Sapi akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN), tidak menjadi kenyataan apabila SAPP bertegas dengan pendiriannya untuk meletakkan calon sendiri.

Dua parti itu mengadakan rundingan selama sejam di sini hari ini, dengan PKR diwakili Bendahari Agungnya, William Leong Jee Keen, dan SAPP oleh Presidennya, Datuk Yong Teck Lee. 


Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak berkempen menentang satu sama lain dan menjadikan BN sebagai sasaran bersama dengan harapan pilihan raya kecil pada 4 November itu boleh dijadikan "sumber rujukan" oleh parti pembangkang apabila mengadakan rundingan pada masa akan datang. 

Program Malam Ini di Tawau!!! War-warkan!

Selasa, Oktober 19, 2010

Membangun Bersama Islam: Kelantan menerajui perubahan

sumber
Wan Nik Wan Yussof dan Mazlan Jusoh   
Siri 2 Sesungguhnya, berkat usaha gigih dan komitmen tinggi pemimpin PAS dan Tok Guru Nik Aziz sepanjang berhadapan kekalahan sejak 1978 telah membuahkan  hasil. Rakyat mula memberi perhatian kepada apa yang disampaikan oleh PAS. 

Sebahagian timbul kesedaran untuk bersama perjuangan Islam yang dibawa PAS. Tok Guru Nik Aziz dan beberapa ulama’ serta pemimpin PAS sering diundang menyampai kuliah dan ceramah ke segenap Dun dan Parlimen di Kelantan. Sehinggalah PAS mendapat sokongan padu golongan rakyat semasa pilihan raya umum 1990.  PAS mencapai kemenangan mutlak bersama-sama dengan Angkatan Perpaduan Ummah. Mandat daripada kemenangan mutlak itu, menjadi kekuatan bagi parti PAS menerapkan dasar peruangannya di dalam pentadbiran negeri. Justeru dasar Membangun Bersama Islam dijadikan pakaian rasmi di dalam mentadbir kerajaan negeri. Inti pati kepada dasar pentadbiran ini adalah amar maaruf nahi munkar yang berpaksikan ketakwaan kepada Allah. Oleh itu, rekod kemenangan PAS dan kejayaan memerintah Negeri Kelantan penuh berliku, dan liku-liku itulah yang telah mencorak senario politik rakyat Kelantan sehingga dua dekad ini rakyat kekal memberi mandat kepada PAS.

Dua dekad Membangun Bersama Islam: 1990–2010
Pada 21 Oktober PAS setelah dua dekad di bawah kepemimpinan ulama’ didapati Kelantan yang dipacu oleh asas-asas keagamaan terus maju ke hadapan.  Sejak 20 tahun lalu, perubahan ketara boleh dilihat, biar pun Umno masih mendakwa Negeri Kelantan dalam kemunduran, miskin dan tidak membangun. Namun, mata memandang sedia menjadi saksi bila mana susuk pembangunan berlaku di setiap pelosok negeri. Malah penyaksian itu turut merakamkan selama dua dekad ini, Negeri Kelantan menerajui perubahan dan mendahului di dalam beberapa aspek pembangunan.

Kerajaan BN tinggal hutang 

Namun, di sebalik liku-liku itu ramai yang tidak tahu hakikat kemenangan dan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri. Misalnya, tatkala kemenangan berlaku kerajaan PAS yang mengambil alih tampuk pentadbiran turut mewarisi hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan BN terdahulu berjumlah RM760 juta. Hutang tersebut menjadi beban kepada rakyat dan kerajaan negeri untuk dilunaskan. Sehingga 2006 hutang tersebut mengecil kepada RM635 juta. Sehingga kini, beban hutang itu terus dibayar.

Apa pun, berkat pentadbiran negeri yang berteraskan Islam, keberkatan dan rezeki itu tetap disanadarkan kepada ketentuan Allah SWT. Meskipun beban hutang tertunggak sebanyak itu, ia tidak mematikan ikhtiar untuk menambahkan punca hasil baru. Sejak Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman (semasa menjawat Timbalan Menteri Besar) dan kini ahli Exco, Dato’ Husam Musa sebagai perancang kewangan, ia dilihat berjaya menguruskan kewangan negeri bersama-sama Pegawai Kewangan telah melaksanakan tadbir urus terbaik. Tunggakan cukai dan kutipan hasil dapat dipertingkatkan, di samping seni pengurusan kewangan yang berhemat terus dihayati. Hasilnya upaya kewangan negeri mampu membiayai semua peningkatan kos pentadbiran ekoran kenaikan harga minyak. Malah setiap kali pihak Kerajaan Pusat mengumumkan pembayaran bonus, maka tiadalah ketinggalan pihak Menteri Besar, Tok Guru Nik Aziz turut mengumumkan pembayaran bonus kepada semua pegawai dan kakitangan awam negeri.

Berdasarkan realiti kewangan sedemikian, ia telah dibuktikan oleh kajian Abd. Rahim Anuar dan Azizah Mohd Yusof  dari Universiti Utara Malaysia (2001) bahawa kesan pelaksanaan Membangun Bersama Islam terhadap hasil Negeri didapati telah memberikan kesan positif kepada hasil Negeri––hasil Negeri meningkat.

Kerajaan Pusat kontra federalisme
Konsep federalisme membelah kerajaan di Malaysia kepada dua entiti kuasa iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Pembahagian itu ditentukan berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Apa pun dalam konteks amalan serta kesannya kepada keutuhan Kerajaan Negeri Kelantan, didapati Kerajaan Pusat sedia melaksanakan tindakan-tindakan kontra dengan hukum federalsime yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Paling ketara tindakan itu adalah ketidakpatuhan amalan kewangan dan menafikan kuasa-kuasa Kerajaan Negeri mengurus projek yang disalurkan oleh kementerian di bawah Kerajaan Pusat. Ia menyimpang daripada amalan good governance dalam prinsip birokrasi yang demokratik!

Berpandukan perlembagaan tersebut Kerajaan Negeri diberi kuasa berkaitan hal ehwal agama, tanah di samping pertanian dan perhutanan. Kuasa pusat pula lebih dominan merangkumi hubungan luar, pertahanan, keselamatan, pentadbiran, keadilan, kewangan, perdagangan, perhubungan, pengangkutan dan banyak lagi. Manakala bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam senarai di atas diletak di bawah Senarai Bersama. Kuasanya meliputi kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan hidupan liar, kebudayaan, sukan, perumahan dan perlembagaan persekutuan.
Bagaimanapun dalam amalan rule of law (berperlembagaan) kerajaan pusat melakukan tindakan over rule. Contohnya kewujudan Putrajaya di Prang Besar, Selangor tanpa mendapat kelulusan Majlis Raja-Raja dan Dewan Undangan Negeri Selangor. Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusof (1995) menyifatkan tindakan tersebut sebagai quasi-federal, iaitu tidak menepati kehendak federalisme.

Sebenarnya bukan sekadar kes Prang Besar yang mencerminkan tindakan over rule kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap negeri, malah banyak lagi kes lain. Antaranya turut melibatkan hubungan 
Pusat dengan Kelantan. Contoh yang berada di hadapan kita sekarang iaitu pencabulan perjanjian penyerahan hak cari gali petroleum Kelantan kepada Petronas pada 1975 yang jelas tidak mematuhi Akta Pembangunan Petroleum.  Kerajaan Pusat telah mengkhianati perjanjian setelah tidak membayar bayaran wang tunai (royalti) hasil cari gali itu kepada kerajaan Kelantan.
Lihat afidavit Tun Abdul Rahman Yakub dalam kes kerajaan Terengganu lawan Petronas dan kerajaan Malaysia pada 2001. Kerajaan Pusat secara terang-terangan telah melakukan over rule.

Namun, anehnya beberapa pemimpin Pusat dari Kelantan (pemimpin parti Umno) seperti Dato’ Seri Mustapa Mohamed dan Dato’ Dr Awang Adek Hussin menafi berkali-kali perairan negeri Kelantan ada menghasilkan minyak. Mereka menegak hujah seumpama menegak benang basah, dengan menukar hak royalti kepada wang ihsan. Lalu mendakwa wang ihsan diberi atas nasihat Peguam Negara.

Biar pun banyak kemucup politik melekat di kaki, Kelantan tetap melangkah jauh ke hadapan. Malangnya ketika langkah semakin deras, masih ada lagi pemimpin Umno menganggap PAS gagal mentadbir Kelantan sepanjang 20 tahun ini.

Imbas sejenak tahun 1990
Menjelang pilihan raya umum ke-8, Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) berjaya dibentuk. Kemudian PAS telah menjalin kerjasama dengan Angkatan. Angkatan pula mengandungi kerjasama tiga parti, iaitu Semangat 46, Berjasa dan Hamim. Semuanya adalah akibat pergolakan dalaman Umno pada 1987 menjadi detik permulaan sehingga lahirnya Semangat 46. 
Pertembungan antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh merebut jawatan presiden Umno ketika itu membawa Umno yang ditubuh pada 1946 diharamkan Mahkamah Tinggi. Dr Mahathir kemudiannya menghidupkan Umno Baru, manakala Tengku Razaleigh menubuh Semangat 46. Ini bermakna Umno yang ditubuh Dato’ Onn Jaffar pada 1946 sudah tidak wujud lagi. Umno yang ada hari ini ialah Umno Baru dipelopori Dr Mahathir.

Hasil kerjasama erat PAS bersama Angkatan, menyaksikan pilihan raya umum 21 Oktober 1990, kekalahan teruk BN dan terpaksa meninggalkan pejabat pentadbiran yang dirampas melalui MAGERAN pada 1978. Ketika itu PAS bertanding di 24 Dun dan enam parlimen, Semangat 46 bertanding 13 Dun serta tujuh kerusi parlimen. Manakala Berjasa dan Hamim masing-masing bertanding di satu kerusi Dun. 
    
Maka pada tanggal 21 Oktober 1990 mencatatkan sejarah baru di Malaysia, apabila Umno gagal memenangi sebarang kerusi di Kelantan. Ia suatu sejarah yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara. Angka keramat dengan agregat 39-0 (Dun) dan 13-0 (parlimen) menjadi saksi penerimaan terhadap PAS dan penolakan Umno oleh rakyat ketika itu. Bermula dari detik 1990 itu, kerajaan BN bertunjangkan parti Umno yang selama 12 tahun 7 bulan berkuasa di Kelantan akhirnya roboh. Dua hari selepas 21 Oktober, majlis angkat sumpah pembentukan kerajaan Angkatan diadakan. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (Dun Semut Api) sebagai Menteri Besar, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (Dun Banggol) dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar I dan Rozali Isohak (Dun Dabong) dari parti Semangat 46 sebagai Timbalan Menteri Besar II. Di ikuti dengan saf ahli majlis mesyuarat kerajaan (Exco), iaitu tiga Adun dari PAS––Ustaz Yahya Othman (Dun Banggol Judah), Ustaz Idris Ahmad (Dun Tawang) dan Dato’ Halim Mohamad (Dun Bunut Payong), dari parti Semangat 46 pula Zianon Abdin Ali (Dun Panglima Bayu) dan Daud Jaafar (Dun Jelawat) dan Dato’ Wan Hashim Wan Ahmad (Dun Padang Garong) dari parti Berjasa turut dilantik sebagai Exco. 

Adun Semangat 46 keluar parti
Biar pun rumah tangga Angkatan utuh, namun cabaran dan mehnah politik dan pentadbiran tidak dapat dielak. Semangat 46 mulai dilanda masalah dalaman apabila dua Adunnya, Nordin Salleh (Sungai Pinang) dan Wan Mohamad Najib Wan Mohamad (Limbongan) melompat parti. Kedua-dua Adun terbabit mendapat sokongan Setiausaha Perhubungan Semangat 46, Kassim Mohamad dan Ketua Penerangan, Yaakub Mohamad bagi menentang kepemimpinan Tengku Razaleigh.

Ekoran tindakan mereka, persidangan Dun pada 25 April 1991 telah meluluskan pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri bagi menggugurkan mana-mana Adun yang melompat parti.
Pada 3 Julai 1991 Speaker Dun mengisytiharkan kedua-dua kerusi terbabit kosong kerana melanggar perlembagaan negeri. Ekoran itu pada 24 Ogos 1991 pilihan raya kecil diadakan di Sungai Pinang dan Limbongan. Keputusan pilihan raya kecil berpihak kepada calon Semangat 46. Sungai Pinang diwakili Mahmud Yaakub dan Limbongan pula Samat Mamat.

Bagaimanapun Umno telah mencabar pindaan perlembagaan negeri ke Mahkamah Tinggi. Pada 8 November 1991 Mahkamah Tinggi memutuskan pindaan tersebut sebagai tidak sah. Kemudian pada 22 Januari 1992 Mahkamah Tinggi juga memutuskan pengisytiharan kekosongan kerusi Dun Sungai Pinang dan Limbongan sebagai tidak sah.

Kes tersebut akhirnya dibawa Mahkamah Agung. Pada persidangan mahkamah tertinggi terbabit tanggal 3 April 1992 telah memihak kepada Umno. Nordin dan Wan Najib mendapat semula kedudukan sebagai Adun. Keputusan mahkamah tersebut menyebabkan rakyat Kelantan menggelarkan mereka sebagai wakil mahkamah dan bukannya wakil dipilih rakyat.

Kerajaan Negeri sekali lagi berdepan dengan ujian pilihan raya kecil berikutan kematian Adun PAS di kawasan Dun Lundang, Ustaz Mawardi Ahmad. Pilihan raya kecil yang diadakan pada 29 Mac 1994. PAS diwakili Ustaz Mohamad Daud Iraqi. Keputusannya berpihak kepada calon PAS dan sekali gus membuktikan sokongan rakyat terhadap dasar-dasar Kerajaan Negeri tetap utuh.
Apa yang menariknya pada pilihan raya kecil Lundang itu, tok Guru Nik Aziz bertindakan secara berstrategi dengan mengungkap kata-kata tak dok sebab demo nak lawe kawe’ di samping melancarkan perang psikologi melalui ungkapan ‘beri kain pakai, beri gula kacau, bila undi, undi bule’ sehingga menyebabkan jentera kempen BN terperangkap dan gagal melaksanakan pendekatan kempen kebendaan.

4,390 terkorban di selatan Thai. ISLAM VS BUDHA (SEJAK 6 TAHUN LALU)?

SUMBER


Pasukan keselamatan Thai memeriksa tempat kejadian di mana lima orang penduduk kampung di Pattani ditembak mati pada 29 September, 2010. - REUTERS


BANGKOK 17 Okt. - Satu tinjauan yang dijalankan menyatakan seramai 4,390 orang terkorban manakala seramai 7,139 lagi cedera dalam tempoh enam tahun lalu di selatan Thailand.
Tinjauan oleh The Deep South Watch daripada Prince Songkhla University di Pattani 750 kilometer di selatan Bangkok itu mendapati sebanyak 10,284 kejadian keganasan dilaporkan berlaku sejak Januari 2004.

Tinjauan tersebut turut mendapati sebanyak 60 peratus daripada 4,390 orang yang terbunuh di selatan wilayah itu terdiri daripada penduduk Islam, lapor akhbar The Nation, hari ini.

Wilayah-wilayah selatan - Narathiwat, Pattani dan Yala yang majoriti penduduknya Islam menderita akibat keganasan yang dilakukan pihak kerajaan dan pemberontak sejak 3 Januari 2004, setelah kumpulan itu bertindak menyerbu gudang senjata milik tentera dan merampas 300 jenis senjata.

Sejak itu, tindakan keras pihak tentera terhadap gerakan pemisah telah mengakibatkan berlakunya tentangan oleh penduduk tempatan dan kejadian pembunuhan berterusan dengan penganut Buddha dan Islam menjadi sasaran.

Menurut The Deep South Watch, penduduk menyenaraikan perdagangan dadah sebagai masalah paling teruk di wilayah tersebut.

Wilayah yang mempunyai seramai dua juta penduduk itu berada di bawah pemerintahan kesultanan Melayu Islam sebelum ia diambil alih oleh kerajaan Bangkok 200 tahun dahulu. - DPA

TAMRIN LUPA DIRI DAN GILA JADI CALON? perbalahan adik beradik pada saat PRK BT SAPI?


PDF Print E-mail
Written by Admin   
Monday, 18 October 2010 02:36
Share
KHIANAT....Tamrin telah mengkhianati kawan dan membunuh demokrasi dalam PKR?
Saudara Pengarang,
Mengikut keputusan mesyuarat pada jam 8 malam, 12 Oktober 2010, Ketua Cabang PKR Batu Sapi, OKK Hassnar MP Ebrahim dijemput untuk menghadiri dan memberi buah pandangan dalam mesyuarat khas Pakatan Rakyat.
Namun ketika mesyuarat berkenaan yang sepatutnya berlangsung pada jam 2.00 petang, 17 Oktober 2010, di Hotel Sanbay, Sandakan ditangguhkan beberapa ketika kerana Ketua Perhubungan PKR Sabah telah melantik Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Kalakau Untol untuk menggantikan tempat OKK Hassnar.

Tamrin melakukan ‘silap mata’ sekali lagi apabila mengubah tempat mesyuarat daripada Sanbay Hotel ke Pejabat DAP Sibuga pada jam 4 petang dan berlangsung selama 4 jam tanpa pengetahuan OKK Hassnar dan PKR Cabang Batu Sapi.

Dalam mesyuarat culas tersebut, Tamrin sendiri telah mencadangkan nama beliau selaku Ketua Perhubungan sebagai Calon Pakatan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi dan disokong oleh Datuk Kong Hong Ming dan Datuk Kalakau Untol.

Nampaknya autonomi yang dijanjikan PKR Pusat kepada Cabang Batu Sapi hanyalah seperti janji UMNO yang hanya sedap didengar tetapi sukar untuk dipercaya.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih gagal mengesan ‘Gunting Dalam Lipatan’ PKR kerana Tamrin dikhuatiri menjadi ‘Agen UMNO’ yang ‘digaji’ oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman untuk menghancurkan PKR daripada dalam; selepas Geng 12 gagal melaksanakan visi mereka.

Pengkhianatan Tamrin semakin menyerlah dengan memperkuda PKR sama seperti zaman Saidatul Badru yang menjadikan PKR ketika itu Keldai UMNO.

Ketika mesyuarat di Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah, lima nama dicadangkan untuk diputuskan oleh PKR Pusat dan Pakatan Rakyat Sabah iaitu:
- Tamrin Haji Jaini
- OKK Hassnar MP Ebrahim
- Hj Ansari Abdullah
- Christina Liew
- Datuk Kong Hong Ming

Manakala Biro Politik Pusat yang bermesyuarat pada 13 Oktober pula menamakan lima calon juga iaitu;
-Tamrin Haji Jaini
-Datuk Dr Jeffrey Kitingan
-Datuk Kalakau Untol
-Christina Liew
-Datuk Kong Hong Ming

Sehubungan itu, hampir kesemua Majlis Pimpinan Negeri Sabah, terutama Tamrin sebenarnya ‘Gila Untuk Menjadi Calon’ dan lupa diri setelah dilantik memimpin PKR Sabah. Adalah tidak mungkin PKR akan berjaya memenangi sebarang kerusi di Sabah dalam masa lima atau sepuluh tahun akan datang kerana pembelot lebih ramai daripada penyokong.

Kami berharap agar Haji Ansari dapat dicalonkan dan PKR Pusat mengenepikan Tamrin dan sewajarnya Haji Ansari meminta bantuan ‘balatentera Tuhan’ kerana rakan di dalam PKR lebih suka beliau kalah kerana mereka telah dibayar untuk kalah dan menderhaka kepada parti.

Nauzubillah Hi Min Zalik!
Salam Hormat,
AJK PKR BATU SAPI

SABAH DAP BATU SAPI OFFICE LAUNCHED


PDF Print E-mail
Written by Admin   
Monday, 18 October 2010 19:15
Share
OFFICE….Picture shows the jubilant members after the launching of the P185 Batu Sapi Parliamentary Liaison Office in Taman Mawar Sibuga. Sabah DAP leaders present were YB Dr. Hiew King Cheu (sitted 3rd right), Edward Ewol Mujie (sitted 3rd left), Dr. Edwin Bosi (sitted 2nd left), Henry Mogindol (standing, left) and Geoge Hiew (sitted right).

SABAH DAP has seen a surge in the people’s interest in the party. As a national and multi-racial party, the support for DAP especially from the Malaysian Natives of Sabah has increased multi-fold. The monthly visit by DAP National leader Sdra Lim Kit Siang to Sabah and his genuine concern for the people of Sabah has touched many to join the party. 

DAP is the second largest political party in Malaysia with 29 members of Parliament and 72 State Assemblymen. DAP is the leading the Pakatan Rakyat government in Penang. It has been reported that Penang is now the best managed State. The State’s consolidated fund has grown to billions of ringgit in less than three years. In Penang, the guiding principle is competency, accountability and transparency or CAT.

Sabah DAP P185 Batu Sapi liaison office was launched by Sabah DAP Chief YB Dr. Hiew King Chief on 17th October 2010. The office is located at Taman Mawar in Sibuga opposite Tadika Tai Tong. In a short speech, YB Dr Hiew announced the appointment of George Hiew as the Batu Sapi Parliamentary Liaison Chief. He said the opening of this office is very timely and will serve as the operation room for the Batu Sapi by-election on 4th November 2010.

Present at the launching were Sabah DAP Vice Chairman Edward Ewol Mujie, Sabah DAP Publicity Secretary Dr. Edwin Bosi, Sabah DAP Moyog Chief Henry Mogindol, Sabah DAP Batu Sapi Liaison chief-cum-Sabah DAP Sandakan Youth Chief George Hiew and his committee members.