Khamis, Jun 03, 2010

Suami juga patut dapat cuti isteri bersalin 2 minggu ka. NUTP minta dilanjut cuti bersalin bagi guru kepada anak ke enam! Sebelum ini, cuti terbatas anak ke 5 sahaja. Ya kaa?

NUTP Kemuka Kertas Kerja Cuti Bersalin Guru Dilanjutkan Kepada Anak Keenam 
 
KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Profesion Perguruan (NUTP) telah mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan memohon melanjutkan cuti bersalin bagi guru kepada anak keenam dan seterusnya.

Faedah cuti bersalin bagi guru kini sehingga anak kelima, kata Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.

Bercakap bagi 160,000 anggota NUTP di mana 75 peratus keanggotaan adalah wanita, katanya kesatuan itu telah mengemukakan satu kertas kerja bagi tujuan tersebut kepada kerajaan melalui Majlis Bersama Kebangsaan.

Beliau berkata, kerajaan tidak ada masalah untuk melanjutkan faedah bersalin ini kepada guru berkenaan kerana tidak ramai daripada mereka mempunyai anak lebih daripada enam orang.

NUTP yang merupakan persatuan guru yang terbesar di negara ini, juga memohon agar cuti bersalin itu dilanjutkan kepada 90 hari dari kini 60 hari bagi semua kakitangan awam.

Sementara itu, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) telah memungut lebih 500,000 tandatangan menyokong tuntutannya untuk cuti bersalin 90 hari bagi kakitangan sektor swasta.

Menurut setiausaha agung NUBE, J. Solomon, kesatuan itu berharap untuk memungut sejuta tandatangan menjelang perayaan Hari Kemerdekaan, 31 Ogos.

Antara yang menandatangani setakat ini adalah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Solomon berkata, Malaysia hendaklah menerima pakai cuti bersalin 90 hari kerana kebanyakan negara Asean seperti Vietnam, Kemboja dan Indonesia telah menyediakan faedah ini kepada kakitangannya.
Singapura menyediakan 112 hari untuk cuti bersalin. - BERNAMA 
---------------------------------
yusz : kedekut tak bertempat.. Cuti bersalin lama lebih baik bagi wanita.. kalau dapat suami boleh cuti juga tambahan 1 minggu dari yang sedia ada.. 2 minggu.. bukan apa.. suami dapat bantu isteri khasnya sebelum 'luruh pusat'- di mana kebanyakan isteri bimbang selagi mana pusat tak jatuh/luruh.. Nak urus pendaftaran... nak stabilkan keluarga sebelum dapat isteri berusaha mengurus diri time suami kembali kerja.. kena renung la jugak.. Islam agama yang mudah...

Negara Asean bukan Negara Islam Vietnam/Kemboja/Singapura dah melaksanakan cuti 90 hari dan lebih. Singapura 112 hari. Boleh bayang negara maju pun dah buat? Kenapa kita tak boleh? Kerajaan bimbang tak ada backup pekerja/ guru ganti? Tiada bajet? Tu la.. duit labur ke tempat lain.. inilah dia.. jika duit banyak.. boleh beri peluang kerja ramai orang di sektor awam.. bila ada yang bersalin.. ada yang mengganti.. tak akan timbul beban kerja  atau tugas.. ramai pekerja.. tu jerr... pikir-pikir lah.. :)

Tiada ulasan: