Sabtu, Jun 05, 2010

Pihak pembelaan perlukan dokumen sokongan.. kelayakn doktor yang memeriksa Saiful..

MALAYSIAKINI.COM/BM

Pihak pembela juga ingin mengetahui kelayakan dan pengalaman tiga doktor yang memerika Saiful - Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng.

Ini ekoran tindakan Ketua Pembangkang itu memfailkan permohonan pagi ini bagi memperolehi dokumen-dokumen berkenaan.

Alasan yang dikemukakan ialah pakar forensik Australia Dr David Wells (kanan) mengadu beliau tidak akan dapat memberi nasihat kepada pasukan pembela, kecuali beliau memperolehi dokumen-dokumen berkenaan.

Dalam afidavit menyokong permohonan tersebut, Dr Wells yang juga profesor di Institut Perubatan Forensik Victoria berkata, kemampuannya untuk menasihati pihak pembela amat terhalang kerana ketiadaan dokumen-dokumen berkenaan.

Tiada ulasan: