Khamis Jun 3, 2010(mstar.com.my)
"Konsert Inul Bukan Lucah" - Nick Jordan
KUALA LUMPUR: Penganjur Konsert 1 Inul Daratista, Apex Event Network, mempertahankan pendirian bahawa konsert melibatkan artis dari seberang itu tidak akan mendatangkan masalah kepada orang ramai kerana ia bukan berunsur lucah seperti mana yang digambarkan oleh sesetengah pihak.
Nick Jordan berkata, dia berasa kecewa apabila protes yang dilakukan oleh orang yang berkepentingan politik menganggap konsert berkenaan akan menjatuhkan akhlak muda-mudi sehingga ia dilarang dilaksanakan di Sabah pada hujung bulan lalu.
“Saya mendapat tahu konsert ini mendapat protes kerana bimbang ia akan menjatuhkan akhlak pemuda-pemudi di Tawau dan Keningau, Sabah. Atas sebab itu, pihak polis menasihatkan saya untuk menunda konsert ini sehingga hujung bulan ini.
“Kalau fikir secara logik, takkanlah persembahan selama tiga jam itu boleh mendatangkan masalah kepada penonton?.
“Apa salah Inul? Dia hanya seorang penghibur. Saya bertahan untuk mengadakan konsert ini bukan disebabkan wang, tetapi nak bersihkan namanya. Kalau orang kata konsertnya berunsur lucah, buktikan apa yang lucah?” soal Nick dalam nada tegas ketika hadir ke pejabat Mstar Online, di sini, petang semalam.
Akibat protes itu, Apex Event Network turut terpaksa membatalkan konsert berkenaan yang akan diadakan di Sunway Hotel Resort & Spa, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat ini.
Kata Nick, akibat pembatalan dan penundaan konsert itu, pihaknya telah kerugian kira-kira RM240,000 kerana ia gagal dilaksanakan mengikut waktu yang ditetapkan.
Justeru, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang berkenaan akibat masalah tersebut.
“Saya mahukan keadilan. Jadi, selepas ini saya akan berjumpa dengan peguam untuk membincangkan tentang tindakan yang boleh diambil terhadap perkara seperti ini.
“Kalau tahun 2005, saya boleh mengadakan konsert Inul, kenapa tidak kali ini? Pada tahun 2008, saya masih boleh bersabar apabila konsert Inul terpaksa dibatalkan.
“Tetapi tahun 2010 saya sudah tidak tahan lagi,” luahnya yang berharap konsert tersebut dibenarkan untuk di adakan di negara ini.
Kali terakhir Inul beraksi di Malaysia pada Mei 2005 dan pada tahun ini sudah empat kali konsert artis tersebut mendapat bantahan
Inul juga sepatutnya beraksi di Tawau dan Keningau, Sabah masing-masing pada 29 Mei dan 31 Mei lalu tetapi ia mendapat bantahan daripada Dewan Pemuda Pas negeri dan Wanita UMNO Kalabakan.
-------------------------------
yusz : bukan senang nak jadi batal konsert.. kena demo.. kena tangkap la.. kena maki la.. kena marah la... kena masuk Balai Polis lah... kena buang duit, masa, tenaga.. kena berjemur tengah panas.. demi menjaga kesucian Islam.. lihat gambar di ATAS >> DEMO ANTI KONSERT INUL DI TAWAU 21 MEI LALU>>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan