Konsert Inul Daratista batal lagi
KUALA LUMPUR - Konsert penyanyi dangdut 'goyang gerudi' Indonesia, Inul Daratista (gambar), 29, batal lagi tetapi kali ini bukan kerana tiada permit seperti yang berlaku pada dua konsertnya sebelum ini pada Julai 2008.
Sebabnya ialah pihak penganjur, Apex Event Network gagal menjelaskan baki bayaran untuk lokasi baru Konsert 1 Inul Darasista di Sunway Hotel Resort & Spa yang dijadual berlangsung malam tadi.
Menurut penganjur yang diwakili Nasir Abu Bakar, pihak mereka sepatutnya perlu membayar RM90,000 kepada hotel tersebut.
Bagaimanapun katanya, disebabkan masalah kewangan yang melanda berikutan penundaan konsert Inul di Tawau dan Keningau, Sabah pada 29 dan 31 Mei lalu, mereka kekurangan sumber kewangan untuk membayar pada lokasi konsert seterusnya.
"Kami cuba untuk berunding dengan pihak hotel kerana telah membayar RM46,000 sebagai deposit sebelum ini tetapi menemui jalan buntu.
Tambahnya lagi, Inul sudah diberitahu pembatalan konsert tersebut dan walaupun akur, Inul sedih dengan keputusan itu.
Terdahulu konsert Inul pernah dibatalkan kerana tidak mempunyai permit di dua lokasi iaitu Johor Bahru pada 19 Julai dan Kuala Lumpur pada 27 Julai 2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan