Khamis, Oktober 08, 2009

SERANG MALAYSIA : TERKINI!

Ancaman Bendera tidak babitkan tentera(UTUSAN.COM.MY)

08/10/2009 2:36am

KUALA LUMPUR 8 Okt. — Ancaman satu kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ’Benteng Demokrasi Rakyat’ (Bendera) yang dikatakan bertekad akan menyerang Malaysia esok tidak melibatkan permasalahan berkaitan ketenteraan antara Malaysia dan Indonesia, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, rakyat Malaysia diharap tidak panik atau membuat sebarang andaian negatif berhubung khabar angin berkaitan gerakan itu yang dianggotai oleh sekumpulan kecil yang diupah oleh pihak tertentu.

“Khabar angin kononnya satu kumpulan yang menggelar diri mereka ’Benteng Demokrasi Rakyat’ (Bendera) sedang berkumpul di Kalimantan, Indonesia hanya melibatkan segelintir kumpulan kecil yang bukan tentera.

“Rakyat tidak harus memberi reaksi negatif kerana kumpulan itu adalah orang upahan dari pihak ketiga yang ingin melihat konflik antara dua negara serumpun itu berterusan,” katanya ketika merasmikan majlis Penganugerahan dan Konvokesyen Pertubuhan Seni Silat Kilat Kebangsaan (PSSGKK) di sini, malam tadi. - Bernama

--------------------------- YUSZ FELDA :

kiTA BERDOA AGAR TIDAK BERLAKU PERKARA YANG TIDAK DIINGINI... KERAJAAN INDONESIA SUDAH TENTU SEDANG MEMANTAU SEBARANG GERAKAN YANG BOLEH MEMBAHAYAKAN ANTARA 2 NEGARA INI...

MALAYSIA PERLUKAN INDONESIA.. INDONESIA JUGA PERLUKAN MALAYSIA.. KERJA JAHAT SYAITAN IALAH MELAGAKAN ANTARA KEDUA SAUDARA! SIAPAKAH DALANG MENG'API-APIKAN ISU INI?

Tiada ulasan: