Selasa, Oktober 06, 2009

Pulau Pinang ada dua YDP Majlis Agama ?



Selasa 6 Oktober 2009 | 16 Shawwal 1430 Hijrah
Pulau Pinang ada dua YDP Majlis Agama
Ali Hashim
Sun | Oct 04, 09 | 7:32:57 pm MYT
PULAU PINANG, 4 Okt: Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kini mempunyai dua Yang Dipertua apabila Datuk Shahbudin Yahya memberitahu, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong menghantar surat perkenan melantik bekas Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia, Ellias Zakaria sebagai YDP yang baru.
Iklan





Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Permatang Berangan berkata beliau sekarang masih meragui apakah status beliau sebagai YDP MAIPP masih sah atau sebaliknya setelah pelantikan baru dibuat pada Ogos yang lalu.

Beliau juga mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang telah menguar-uarkan untuk melantik Adun Permatang Pasir, Mohd Salleh Man apabila tempoh perkhidmatannya sebagai YDP MAIPP tamat pada akhir Disember 2009.

Ekoran daripada itu Shabudin telah mendapatkan perkenan Seri Paduka untuk mengekalkan beliau sehingga Disember 2009 bagi menerajui MAIPP.






Namun begitu, isu ini berterusan sehinggalah ke hari ini apabila terdapat usaha daripada pemimpin Umno untuk menghalang jawatan YDP MAIPP ini daripada diterajui oleh pemimpin daripada Pakatan Rakyat.

Secara automatiknya beliau sudah tidak berhak lagi untuk menerajui MAIPP sebagai YDP sejak Ogos yang lalu.

Justeru itu supaya tidak digelar sebagai YDP haram maka adalah lebih baik baginya berundur bagi memberi laluan kepada Ellias untuk menerajui MAIPP walaupun dalam jangkamasa yang singkat sejak Ogos 2009.

-----------------------


Selama mana dia UMNO, susah la nak jaga Islam... Islam pada sembahyang raya sahaja? PM bersalaman tak kira mahram/bukan mahram.. lantak saja! Sedang bercakap itu ini tentang Islam lebih hebat dari ulamak! he he..


Tiada ulasan: