Khamis, Oktober 15, 2009

Perhimpunan Agung Khas Umno!

Wanita, Pemuda, Puteri Umno mulakan perhimpunan(bharian.com.my)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno hari ini mengadakan perhimpunan agung masing-masing secara berasingan, sekaligus memulakan perbincangan bagi pindaan perlembagaan parti itu, yang akan dibentangkan dalam satu Perhimpunan Agung Khas Umno esok.(khamis)

Perwakilan dijangka membincangkan cadangan pindaaan perlembagaan itu sewaktu mereka membahaskan usul ucapan dasar ketua pergerakan masing-masing.

Pindaan perlembagaan itu adalah sebahagian daripada usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selaku Presiden Umno untuk mentransformasi parti itu secara menyeluruh bagi membolehkannya kekal sebagai pilihan orang Melayu dan rakyat Malaysia.




Ketiga-tiga ketua sayap parti itu, Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, dan Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, menyampaikan ucapan sulung mereka selepas peralihan kepimpinan pergerakan masing-masing pada Perhimpunan Agung Umno 2008, Mac lalu.


Perhimpunan Agung Wanita berlangsung di Dewan Merdeka, Pemuda di Dewan Tun Dr Ismail manakala Puteri di Dewan Tun Hussein Onn. Mesyuarat bermula pada jam 8.30 pagi.

Seramai 795 perwakilan masing-masing menghadiri perhimpunan agung Wanita dan Pemuda manakala sejumlah 789 perwakilan mengambil bahagian dalam perhimpunan agung Puteri. - Bernama

-----------------------------------

yusz felda :

UMNO-- maralah dengan Islam.. bukan Islam dipakai masa tertentu sahaja.. jangan main-main dengan agama Allah.. puteri /wanita pun tak jaga aurat... ? dasar Islam tak dilaksanakan kah?

Nampak gah/hebat di dunia UMNO.. di sisi Allah, tak tahu lagi.. nampak hebat Islam, tetapi lesen judi dikeluarkan.. iklan arak dibenarkan.. guane UMNO?

bla.. bla.. banyak lagi.. ubahlah UNDANG-UNDANG! Pakailah Hukum Allah!

Tiada ulasan: