Selasa, Oktober 27, 2009

J-Qaf dan masa depan.. Bahasa Arab-Bahasa Syurga!

SMKA mempunyai persekitaran melahirkan manusia berakhlak khasnya taat Allah, ibubapa dan guru..

Jqaf.. harapan agar kau terus masuk ke SMK pulak..
-------------------------------------------------------------------

J-QAF diiperkenal di sekolah menengah(utusan.com.my)

27/10/2009 4:33pm

KUALA LUMPUR 27 Okt. — Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan untuk memperkenalkan pengajian Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di peringkat sekolah menengah sebagai langkah untuk memperluaskan pengajian bidang tersebut.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, setakat ini prestasi pelajar yang mengikuti program itu amat menggalakkan walaupun di kalangan pelajar yang belum mencecah tahun enam.

"Data pencapaian (lulus) adalah seperti berikut, amali wuduk 98.97 peratus, amali solat bacaan 90.26 peratus, amali solat perlakuan 99.25 peratus, bahasa arab 81.24 peratus, dan Jawi 89.87 peratus,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) yang bertanya mengenai langkah kerajaan dalam meluaskan pembelajaran bahasa Arab di peringkat sekolah menengah.

Dr. Mohd. Puad berkata, kerajaan juga akan membina lebih banyak sekolah menengah kebangsaan agama memandangkan minat dan permintaan yang tinggi di kalangan ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah aliran itu. - Bernama

-------------------------

mahkamah-akhirat :

saya macam kurang percaya bila kerajaan cakap nak bina lagi SMKA.. kerana dasar lebih kepada membanyakkan Kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah menengah harian..

Memang berbeza Bahasa Arabnya.. 'biah/persekitaran' tidak membantu Bahasa Arab berkembang di sek men biasa.. saya dapat rasakan kerana saya juga ada pengalaman mengajar KAA.. saya merupakan lepasan SMKA..

Jika kerajaan betul-betul mahu buat SMKA lagi , insya allah dialu dan disokong 100%..

JQAF ni lahir zaman Pak Lah.. tidak tahu apakah nasib masa depan Jqaf ni..

Tiada ulasan: