Ahad, Oktober 18, 2009

AS sah sokong Israel!


UNHCR: Israel, Hamas laku jenayah perang

GENEVA 17 Okt. - Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) semalam menyokong satu laporan yang menuduh Israel dan pergerakan Hamas melakukan jenayah perang semasa konflik yang berlaku di Genting Gaza pada akhir tahun lepas.

Resolusi UNHRC yang menyokong laporan itu merupakan tamparan diplomatik terbaru terhadap rejim Yahudi.

Israel menyifatkan kelulusan itu sebagai 'sandiwara politik' dan mendakwa ia merosakkan proses damai Asia Barat, tetapi pihak Palestin mengalu-alukannya dan mahu Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan susulan.

Kira-kira 25 daripada 47 negara anggota UNHRC diketuai negara-negara Arab dan Afrika mengundi untuk menyokong resolusi berkenaan.

Enam negara termasuk Amerika Syarikat (AS) menentangnya manakala 16 lagi sama ada berkecuali atau tidak mengundi.

Resolusi tersebut menuntut sokongan terhadap 'syor-syor dalam laporan' yang disediakan oleh misi pencari fakta diketuai pendakwa raya jenayah perang antarabangsa, Richard Goldstone mengenai konflik 22 hari yang mula meletus pada 27 Disember, 2008.

Apabila pertempuran berakhir, 1,400 penduduk Palestin dan 13 rakyat Israel terkorban.

Goldstone membuat kesimpulan, kedua-duanya iaitu Israel dan Hamas melakukan jenayah perang dan perang terhadap kemanusiaan semasa kempen serangan yang dilancarkan oleh Israel bagi membalas tembakan roket pejuang Palestin dari Gaza.

Laporan itu mengesyorkan supaya kesimpulannya dibawa kepada pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda jika Israel dan Hamas gagal menjalankan siasatan dalam masa enam bulan.

Hamas turut mengalu-alukan keputusan tersebut sambil mengucapkan terima kasih kepada negara-negara yang menyokong laporan Goldstone.

"Kami berharap sokongan itu akan membawa kepada perbicaraan terhadap para pemimpin rejim Yahudi," kata jurucakap Hamas, Taher al-Nunu tanpa menyentuh tentang dakwaan Hamas juga melakukan jenayah perang. - AFP

--------------------------------- yusz felda :

" memang ikutnya tak betul juga laporan Goldstone.. dia bukan Islam.. namun, di sebalik realiti yang ada, baik dua musuh ini Hamas dan rejim Yahudi di bawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.. Hamas orang dah kenal sebagai pengganas (walaupun tak betul).. namun, bila di bawa rejim yahudi ke mahkamah ini, nah! di sinilah, bakal terjadi MALU BESAR kepada pihak rejim bahawa mereka dituduh penjenayah! Sekurang-kurangnya pihak Islam akan menerangkan kepada dunia kisah sebenar.. Apakah Allah merancang sesuatu melalui lisan musuhnya sendiri?... kita tunggu perkembangan episode yang amat dinanti-nanti kan ini..

Tiada ulasan: