Rabu, Oktober 28, 2009

Hudud : Acheh Perkenalkan Cara Berpakaian! Malaysia bila lagi?

yusz felda :

ya, seperti artikel di bawah (http://muridkyai.blogspot.com/), saya juga mendengar di TV3(27/10/09) jam 8 malam.. wanita tak boleh pakai seluar ketat, begitu juga lelaki tak boleh pakai seluar pendek.. jika ditangkap, akan digunting/dikerat dan diberi pakaian baru.. inilah pendekatan terbaru Negara Serambi Mekah Acheh..

Saya pun terfikir juga.. BOLEH BUAT YA, PERKARA BEGINI JIKA KITA ADA KUASA!

Apa lagi alasan Kerajaan Malaysia?

teruskan membaca...
------------------------------------------------------------------
http://muridkyai.blogspot.com/

Berita TV3 malam ini menimbulkan soal perlaksanaan undang-undang syariah dalam kategori menjaga moral rakyat dalam berpakaian secara Islam. Para muslimah dilarang memamaki seluar jins ketat, manakala lelaki dilarang memakai seluar pendek. Hukuman bagi kesalahan berpakaian yang tidak menepati kehendak syariah telah dinyatakan. Ia merupakan ta'zir.

Acheh telah melaksanakan undang-undang Syariah yang sederhana sejak tahun 2001 sebahagian daripada pakej autonomi yang diberikan oleh kerajaan pusat di Jakarta dalam usaha memadamkan sentimen tuntutan kemerdekaan yang menimbulkan masalah sekeliah lama di Acheh.





Namun, usaha menetapkan dan melaksanakan undang-undang Syariah di Acheh bukanlah melalui jalan mudah. Ia mendapat batahan daripada pelbagai golongan yang mewarnai sebuah negara Indonesia.Aktivis Hak Asasi Indonesia misalnya mengutuk undang-undang rejam ke atas penzina muhson yang dilaksanakan di Acheh dan menyifatkannya 'kejam dan merendahkan martabat'





Gabenor Acheh sendiri, Irwandy Yusuf yang merupakan bekas pejuang GAM turut menentang perlaksanaan undang-undang Syariah. Beliau menggesa agar kelulusannya ditangguhkan.

Melihat suasana di Acheh yang sedang membangunkan dan mengaplikasikan undang-undang Syariah dalam kehidupan rakyatnya sedang berdepan dengan penentangan dari dalam dan luar negara, kita merasakan jalan menegakkan Syariah Islam di Malaysia akan berdepan dengan jalan yang lebih sukar. Ia merupakan perjuangan berliku, penuh pencak seni dan amat mengharapkan nusrah daripada Allah SWT.

Perjuangan ini telah didominasi oleh PAS sejak sekian lama. Keinginan untuk melaksanakan undang-undang Syariah seperti tidak termaktub dalam fikiran pemimpin UMNO. Apatah lagi ia tidak termaktub dalam perlembagaan parti yang memerintah negara itu.Kedapatan suara-suara daripada beberapa individu bebas tak berjemaah dan beberapa pertubuhan tidak berpolitik pilihanraya agar undang-undang Syariah ditegakkan di Malaysia. Namun, suara-suara itu cuma tenggelam dalam ketidakpedulian penguasa yang mempertahankan undang-undang penjajah dan merendahkan undang-undang Syariah.

Biar betapa sukar, perjuangan menegakkan undang-undang Syariah perlu diteruskan. Setiap orang yang mengaku sebagai beriman dengan Al-Quran memikul amanah ini. Sesiapa yang mengakui beriman dengan Al-Quran tetapi tidak mahu menegakkan isi kandungannya, dia sedang bergelimang dalam kumbahan nifaq yang merosakkan iman. Kelak, di akhirat masing-masing akan mandapat balasan sesuai dengan apa yang dibuatnya di dunia.

Tiada ulasan: