Khamis, Oktober 08, 2009

KUASA ALLAH.. BENCANA ALAM DI MANA-MANA SAHAJA SEKARANG!

Padang.. gambar menceritakan segalanya...


Samoa Amerika... diiringi tangisan...


Dipercayai 300 orang lebih tertimbus dalam runtuhan bukit ini.. subhanallah...

Tsunami bisa mengangkat yang berat menjadi ringan.. buktinya!


Taufan Ketsana.. jadi Parma.. makin bahaya! * gambar-Vietnama.

Padang. -Foto AP, AFP dan REUTERS

------------------------------------------------

Gempa bumi sederhana dikesan berhampiran Papua New Guinea(mstar.com.my)

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter berlaku di berhampiran Papua New Guinea pada pukul 11.23 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata gempa bumi itu berpusat pada kedudukan 530km di barat laut Port Moresby dan 3,188km ke tenggara Kunak di Sabah.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan kesan daripada gempa bumi itu. BERNAMA

--------------------------------

Taufan Melor ancam Jepun(BHARIAN.COM.MY)

TOKYO: Taufan kuat kini menuju pulau utama Jepun, Honshu, sekali gus mengancam pusat industri yang ramai penduduk dengan hujan lebat dan angin kencang.

Agensi Meteorologi Jepun menyatakan Taufan Melor mungkin menjadi ribut paling kuat yang pernah melanda pulau utama negara itu dalam tempoh lebih 10 tahun.

------------------------------------------------

Lebih 1,000 nelayan Perlis bimbang ke laut (BHARIAN.COM.MY)

KANGAR: Angin kencang dan cuaca yang tidak menentu sejak lebih seminggu lalu menyebabkan lebih 1,000 nelayan pantai di Perlis bimbang untuk keluar menangkap ikan kerana keadaan laut yang bergelora.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Perlis Selatan, Ramly Sabu, berkata keadaan itu menyebabkan nelayan terbabit kehilangan punca pendapatan kerana hanya bergantung dengan hasil tangkapan. Katanya, walaupun sebahagian besar nelayan pantai itu mendapat elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan, jumlah itu tidak dapat menampung keperluan kehidupan.

-----------------------------------------------

(MSTAR.COM.MY)

Indonesia percepat salur bantuan mangsa gempa di Padang

JAKARTA: Kerajaan Indonesia sedang berusaha mempercepatkan penghantaran bantuan kepada mangsa gempa bumi di Sumatera Barat dengan menggunakan sembilan buah helikopter dan tujuh kenderaan lain bagi memudahkan penghantaran bantuan ke daerah-daerah kecil, kawasan kampung dan desa yang terjejas teruk.

----------------------------------------

Helikopter, bot diguna dalam operasi menyelamat di India(UTUSAN.COM.MY)


MANGSA-MANGSA banjir menyambut bekalan makanan yang dicampak dari helikopter tentera udara India di sebuah kampung di Mehaboobnagar, Andhra Pradesh, India, kelmarin. - AP

RAICHUR, India 6 Okt. - Para sukarelawan menggunakan helikopter dan bot untuk sampai kepada mangsa-mangsa yang terselamat dalam banjir besar di selatan India yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 280 orang, menurut pegawai hari ini.

Hujan lebat yang turun beberapa hari dan banjir kilat di Karnataka, Andhra Pradesh dan Maharashtra telah memaksa kira-kira 1.5 juta penduduk untuk mencari perlindungan di kem-kem bantuan.

Tiada ulasan: