Khamis, Oktober 15, 2009

Gempa lagi..

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Andaman

(14/10/09)-bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda sekitar Rantau Kepulauan Andaman pada jam 5.29 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam satu kenyataan, berkata pusat gempa itu adalah di 65 kilometer timur laut Little Andaman, India, dan 908 kilometer timur laut Langkawi, Kedah.

Sementara itu, dalam satu lagi kenyataan, jabatan itu berkata satu lagi lagi gempa bumi berukuran 4.8 pada skala Richter dikesan melanda sekitar Kepulauan Santa Cruz pada jam 5.35 petang.

Pusat gempa bumi itu adalah di 751 kilometer tenggara Honiara, Kepulauan Solomon, dan 5,627 kilometer tenggara Kunak, Sabah.

Menurut kenyataan itu, kejadian gempa tberkenaan tidak membawa ancaman tsunami. - Bernama

---------------------- mahkamah said :

" biarlah hamba mengulang isu-isu gempa ini- agar kita rasa bimbang dan takut.. ingat mati jadi CERDIK BAH.. bila ingat mati, kita akan rasa bimbang, lalu siapkan bekal.. bila siap bekal, maka tak rasa bimbang nak jawab depan Allah..

orang yang cerdik siap bekal!

itu Nabi saw yang pesan.. :)

Tiada ulasan: