Sabtu, Oktober 24, 2009

Manila Dan Bala Allah Yang Maha Kuasa...

Taufan tidak menentu ancam Manila



PENDUDUK menggunakan rakit untuk bergerak di jalan raya yang ditenggelami air di timur Manila, semalam.

MANILA: Beberapa kawasan di Filipina masih lagi dilanda taufan yang berlarutan hampir sebulan, menimbulkan masalah bagi penduduk di utara Filipina semalam, akibat hujan lebat dan banjir.

“Arah haluan taufan Lupit didapati bertiup secara tidak menentu akibat tekanan tinggi dari arah Laut China Selatan di sebelah barat dan Lautan Pasifik di sebelah timur,” kata Ketua Jabatan Kaji Cuaca, Nathaniel Cruz.

Angin ribut sering melanda utara Filipina dari Lautan Pasifik dan keluar melalui Laut China Selatan. Kawasan berkenaan selalunya mengalami hujan dari Jun hingga Disember setiap tahun.


Selain taufan Lupit, Filipina juga dilanda taufan Ketsana dan Parma yang menjejaskan sebahagian besar bandar raya Manila. - AP

------------------- mahkamah-akhirat :

nak lari ke mana.. kamu membunuh umat islam wahai manila.. sekarang bala allah mengejar kamu...

Tiada ulasan: