Isnin, Oktober 12, 2009

MEMOHON IC/KAD PENGENALAN MALAYSIA SECARA SAH?

t
Prosedur lebih ketat mohon semula status warga negara(MSTAR.COM.MY)

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang ingin memohon kembali status kewarganegaraan akan melalui prosedur lebih ketat kerana mereka telah menimbulkan keraguan terhadap bangsa, negara dan tanah air sendiri, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata mereka perlu memohon kembali kewarganegaraan mereka sama seperti warga asing yang ingin memiliki taraf kerakyatan Malaysia.

Akhbar hari ini melaporkan mengenai beratus-ratus rakyat Malaysia yang "mengoyakkan" pasport mereka dan berlepas ke Britain kerana percaya mereka boleh menuntut hak kerakyatan negara itu di bawah undang-undang kolonial dan akhirnya mendapati diri mereka kini tidak mempunyai negara.

Akhbar itu melaporkan mengenai seorang yang bernama Dee yang merupakan arkitek terlatih dari Pulau Pinang dan kini terpaksa bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran Cina di Britain, telah mengisi borang untuk melepaskan kerakyatan Malaysia tetapi kerajaan Britain masih menganggap beliau rakyat Malaysia sedangkan Malaysia menyatakan beliau bukan lagi berstatus warga negara.
------------------------------------

YUSZ FELDA WROTE :

Anak Malaysia hisap dadah.. anak yang pegang passpot Indonesia cthnya, sedang mak ayah melahirkannya di Malaysia rajin belajar.. mungkin kelalaian mak ayah mengurus IC masa dahulu, akhirnya mereka memegang Passpot Indonesia

dan sebagainya...

Bangga kita jadi warga M'sia tetapi melakukan jenayah di bumi sendiri?

Bangga kita warga M'sia sedang kita tak pernah menunaikan ibadat fardhu atau sunat?

Hanya kerana ada IC, lupa diri... banyak pelajar yang ada masalah 'dokumen' dihentikan sekolah.. apa boleh buat, arahan Kerajaan.. mereka yang 'tersisih' itu adakalanya mencapai keputusan terbaik dalam kelas berbanding anak kita WARGA MALAYSIA :(

Tiada ulasan: