Selasa, Oktober 20, 2009

Dasar Baru iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).. Selamat Tinggal PPSMI

Kerajaan tidak akan kembali kepada PPSMI,
kata Muhyiddin(mstar.com.my)

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited tidak akan kembali kepada dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) kerana dasar baru iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah selaras dengan keperluan negara untuk martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ke arah usaha itu, kementerian tidak lagi menoleh ke belakang meskipun terdapat rayuan dan desakan supaya PPSMI diteruskan, namun kerajaan tidak mampu memenuhi permintaan semua pihak.

"Sebaliknya pandangan yang disuarakan diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan dasar (MBMMBI) berkenaan," katanya menjawab soalan tambahan Mohd Nor Othman (BN - Hulu Terengganu) yang ingin tahu apakah jaminan kerajaan untuk memastikan dasar baru tidak berubah kepada dasar lama.

Selain itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata bagi mengelakkan timbulnya permasalahan kepada dasar MBMMBI sepertimana yang terjadi kepada PPSMI, kementerian menetapkan tahun 2012 sebagai tahun pelaksanaan selepas segala persiapan disediakan.

"Tujuan kita untuk dilaksanakan pada 2012 ialah untuk membuat persiapan penting kerana pengalaman waktu kita melaksanakan PPSMI dulu, tempoh untuk pihak kementerian buat persiapan ialah enam bulan. Oleh sebab itulah pelbagai masalah timbul antaranya menyediakan sejumlah guru yang mencukupi.

"Untuk tujuan kita ini pun... sebagai contoh, daripada keperluan tenaga pengajar, kita perlu sediakan kirakira 13,000 orang guru tambahan untuk melengkapkan kesemua sekolah-sekolah.

"Kedua untuk memantapkan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kita memerlukan ramai guru yang pakar dan mahir dalam Bahasa Inggeris," katanya.

Muhyiddin, yang juga Anggota Parlimen Pagoh, berkata ke arah persiapan bagi dasar baru itu, kementerian merancang untuk mengambil 1,000 guru Bahasa Inggeris baru mulai tahun depan.

-----------------------------------------------

yusz felda :

mudah2an PPSMI dihapus segera.. serta merta kalau boleh.. kesian anak murid di pedalaman ni.. kurang terdedah dengan Bahasa Inggeris.. nak tulis nama dalam Bahasa Melayu pun merangkak-rangkak.. inikan pula dalam Bahasa Inggeris(BI).. penin.. penin... cikgu-cikgu pun bukan semua menguasai Bahasa Inggeris.. bila guru kurang menguasai BI ni + pelajar pun malas nak ambik perhatian.. akhirnya guru 'short cut' mengajar dalam bahasa Ibunda.. mudah faham.. ajar dalam BI ni, 2 kerja.. budak kena faham bahasa, kedua kena faham isi pelajaran pulak... asal boleh faham matematik&sains tak kira tajuk apa.. namun, bila diajar dalam BI, habis! bahasa ke mana.. isi mata pelajaran ke mana... maka tak tercapai juga hasrat murni kerajaan...

Tiada ulasan: