Isnin, Februari 28, 2011

SMK UMAS-UMAS JOHAN BAWAH 15 TAHUN LAGI! 2011 MILIK UMAS! TAHNIAH!

 UST  SOLAH-- COACH & MANAGER POSSING DENGAN PIALA IRINGAN...

 JOHAN... MAHAI TU...

 TEO- PEMAIN TERBAIK BAWAH 15

 BRAVO!

 CAYALAH!

 BARU KAMU TAHU BEST KA JOHAN?

 INDAHNYA KENANGAN INI...

 SEJARAH KEMBALI...

 JOHAN BAWAH 15 TAHUN.. PIALA DIAMBIL OLEH CIKGU HAIRUN- MANAGER BESAR!

 KAMU PUNYA KEJAYAAN INI!

 JANGAN CEPAT BERBANGGA! USAHAKAN LAGI 2012!

 KENANGAN BERSAMA PARA PEMAIN DAN JURULATIH

 KENANGAN BERSAMA PARA PEMAIN DAN JURULATIH

 TABIKLAH KAMU HAIRUN! 2 TAHUN MEMBAWA KEGEMILANGAN UMAS!

 KENANGAN MANIS!

 TEO-- HARAPAN 2012 MASIH DI BAHU KAMU!


BILA BERJAYA, INILAH KENANGANNYA!

JUMPA 2012!

SEMARAKKAN BAWAH 15 DAN 18! KITA KEJAR JOHAN 2012 PULA!!!

Penduduk tegur MB agih biasiswa macam angpau.. HA HA... MELAYU MUDAH LUPA KA?



SUMBER
Khairil Abdul Rahim   
TEMERLOH, 27 Feb: Seorang penduduk kampung melahirkan rasa hairan bagaimana wang biasiswa yang sepatutnya dipohon mengikut prosedur tertentu, boleh diagihkan seperti angpau oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakub kepada penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau.

Abdul Aziz Ismail, 55, dari Desa Baru Purun dekat sini berkata, majlis penyampaian berkenaan diadakan di Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang kelmarin melibatkan pelajar-pelajar dalam daripada Dun berkenaan.

Tambahnya, wang bernilai RM250 yang dikatakan biasiswa Yayasan Pahang itu diberi dalam sampul surat bersama borang dan baki RM250 lagi akan dibayar beberapa bulan lagi. 

“Orang kampung jadi pelik bila MB agih duit biasiswa macam bagi ang pau sebab selama ini penduduk nak minta bantuan tersebut bukan main ketat lagi prosedurnya.

“Tapi kelmarin saya percaya seluruh pelajar dalam Dun Kerdau semuanya dapat duit biasiswa tanpa perlu mengisi borang dan tanda tangan wakil rakyat seperti selalunya.

“Walaupun wang itu memang hak rakyat yang layak menerimanya, tetapi saya percaya akan menyebabkan penduduk yang bukan dalam Dun Kerdau tidak puas hati sebab anak mereka juga layak dapat biasiswa,” jelasnya.

Kelmarin Adnan mengagihkan wang Yayasan Pahang di Sekolah Kebangsaan Telok Sentang kepada pelajar-pelajar anak penduduk kampung tradisional dan penempatan Orang Asli dalam Dun Kerdau.

Selain Teluk Sentang, pelajar-pelajar daripada pusat mengundi Kerai dan Batu Sawar turut dipunggah ke situ. Selain daripada itu, penduduk di tiga kawasan Felda iaitu Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 juga turut menerima biasiswa daripada Adnan.

Abdul Aziz berkata, selain Adnan beberapa menteri lain juga turut melawat kawasan termasuk Datuk Seri Shapie Apdal yang menyerahkan kunci perumahan Risda, sedangkan rumah tersebut sudah lama diduduki.

“Saya diberitahu Najib dan Muhyiddin juga sudah diatur programnya bagi menemui penduduk di kawasan kami dan saya yakin mereka juga akan mengagihkan wang kepada orang tua, orang kurang upaya (OKU) dan orang miskin.

“Mungkin turun sekali seumur hidup itu baik bagi penduduk untuk bertemu dan menadapat wang daripada pemimpin, tapi apa yang saya bimbang ialah pada masa depan jika rakyat berada dalam kesusahan atau ada masalah, mereka akan mengharapkan wakil rakyat mereka mati.

“Sebab apabila berlaku PRK, segala yang diminta biasanya akan segera makbul,” ujarnya.

Satu pertiga bangunan di Christchurch perlu diroboh. KUASA ALLAH SIAPA MAU LAWAN?

Satu pertiga bangunan di Christchurch perlu diroboh

CHRISTCHURCH 26 Feb. - Kerajaan New Zealand hari ini mengumumkan satu pertiga daripada bangunan di pusat bandar raya ini perlu dirobohkan dan dibina semula berikutan gempa bumi pada Selasa lalu, yang meragut sekurang-kurangnya 144 nyawa.

Kerajaan juga memberi amaran Christchurch mungkin tidak dapat menganjurkan perlawanan pada Piala Dunia Ragbi yang dijadualkan lewat tahun ini.

Menteri Pemulihan Gempa Bumi, Gerry Brownlee menyeru penduduk di bandar raya ini supaya bersikap 'realistik' mengenai prospek menganjurkan perlawanan Piala Dunia itu pada September dan Oktober ini selepas bandar raya ini dilanda gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter mengakibatkan kerosakan meluas, termasuk ke atas stadium ragbi.
Pasukan jurutera hari ini berkata, satu pertiga daripada kawasan di pusat bandar raya ini, di mana bangunan pejabat roboh seperti daun terup dan bahagian depan kedai di sepanjang jalan runtuh, perlu dirobohkan dan dibina semula.

Rockers pun kena ikut Rasulullah pesanan Ust Riduan

sumber

Ismail Hashim
  
SHAH ALAM, 27 Feb: Jadilah sebagai sesiapa pun di dunia ini termasuk anggota kumpulan dan peminat rockers, namun setiap orang mestilah ingat bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah contoh ikutan terbaik kepada semua.
Ingatan itu dititipkan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Nor yang bercakap di dalam majlis tazkirah sempena Ijtima' Rockers yang diadakan di pekarangan Stadium Malawati, malam tadi.
Majlis Green Zone itu diadakan sebagai aktiviti sampingan ketika mana peminat Maher Zain yang sempat membeli tiket menikmati dendangannya di dalam stadium, mereka yang datang namun tidak dapat masuk boleh mengikuti hiburan di luar.
Beberapa kumpulan rock telah mengadakan persembahan namun terbaiknya kerana boleh dikatakan setiap lagu dimasukkan unsur ketuhanan dengan lirik puitis dilagukan mereka sama ada secara solo atau berkumpulan.
Berselang seli dengan nyanyian rock itulah, Riduan menjelaskan keperluan semua manusia kembali kepada Allah dan Rasulnya dalam usaha menjayakan kehidupan sebagai Muslim di atas dunia penuh cabaran ini.
"Rabiul Awwal yang kita sambut bukan sahaja merupakan tarikh kelahiran Nabi kita, ia juga adalah bulan kewafatan dan peristiwa hijrah Nabi Muhammad daripada Makkah ke Madinah dalam usaha penegakan sebuah Negara Islam," tegasnya.
Beliau juga menyatakan keperluan menjadikan Nabi sebagai ikutan walaupun mereka berambut panjang atau pendek, berjanggut atau bermisai, suka kumpulan Loudness, Scorpion atau Deep Purple, mereka wajar ingat cintai Nabi adalah wajib.
Sebagai orang muda, jelasnya, boleh mendengar lagu namun mereka hendaklah berikan masa untuk mengkaji bagaimana Nabi mengubah sistem kehidupan jahiliah daripada buruk kepada terlebih baik.
"Sebagai orang muda, kita hendaklah menjadikan kehidupan kita menjadi lebih manfaat, ya kita berhenti sekejap untuk beri laluan kepada adik kita untuk meneruskan persembahan dan kita jumpa lagi selepas ini," jelasnya.
Banyak acara lagi yang diadakan sepanjang sehari program Green Zone ini termasuklah acara pertandingan nyanyian lagu Maher Zain dan sebagainya di mana hadiah kepada pemenang disampaikan sendiri oleh Maher.

Bob tak nak berdosa, katanya petikan dari utusan malaysia



sumber
TAK ada angin tak ada ribut, pelawak terkenal Bob Lokman akhirnya menyertai parti pembangkang. Borang keahlian sudahpun diserah kepada Menteri Besar Kedah baru-baru ini.

Joyah tak mahu komen soal parti politik kanan mahupun kiri. Sebab dunia hiburan ni pun banyak sangat politiknya, kalah parti politik sebenarnya.

Yang paling Joyah terkesan apabila Bob kata dia mahu memilih watak yang tak mendatangkan dosa bila dia dah mati nanti.

Selain itu Bob juga berkata tujuan utama dia masuk parti pembangkang sebab anaknya mempunyai masalah dalam sistem kehidupan termasuklah sistem persekolahan dan pergaulan dalam masyarakat sekarang ini.

Sebab bimbang anaknya akan terpengaruh dengan perkara-perkara negatif di luar sana Bob juga baru sedar tanggungjawab pada anak-anak.

"Apa yang berlaku semuanya daripada Allah. Yang penting dalam sisa hidup, saya mahu selamat di dunia dan saya tak akan masuk neraka," kata Bob lagi.

Entahlah Bob, tetapi setahu Joyah, masuk parti mana sekalipun, tak semestinya dijamin ke syurga.
Kalau asyik duduk bergaduh, caci-mencaci, kutuk-mengutuk, susah juga nak dapat pahala, betul tak? Harap Bob tak macam itu dan dia bertemu dengan apa yang dicarinya.

Ahad, Februari 27, 2011

Sertai Umno: 1,800 atau 18 orang? MAINAN DAN GURAUAN DALAM PERJUANGAN...

sumber
M Faqih   
PASIR PUTEH, 27 Feb: Seramai 1,800 orang atau 18 orang bekas penyokong PAS yang dikatakan menyertai Umno. Inilah gimik yang berjaya dicetus ketua Umno bahagian ini, Zawawi Othman.
Atau beliau sekadar mahu menutup 300 penyokong Umno yang kecewa dengannya sehingga bertindak meninggalkan Umno di Dun Selising baru-baru ini.
Naib Yang Dipertua PAS Pasir Puteh, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, Ketua Umno sekarang terpaksa mencipta gimik yang keterlaluan bagi mengatasi pencabarnya dalam Umno sendiri.
“Sebab itulah cerita yang tidak masuk pun hendak disumbat dalam media massa bagi menggambarkan Umno bahagian ketika di bawahnya sekarang kuat.
Sedangkan Zawawi sedang berdepan dengan situasi agak mencabar apabila beberapa nama besar Umno di Pasir Puteh sedang berusaha menjatuhnya,” katanya di sini.

Jaip ambil alih sementara masjid di Dun Kerdau. UMNO PAHANG BARU KENAL MASJID MASA PILIHANRAYA?

SUMBER
Harakahdaily   
TEMERLOH, 27 Feb:  Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) mengambil alih semua pentadbiran masjid dalam Dewan Undangan Negeri Kerdau daripada ahli jawatankuasa yang dilantik secara sah oleh anak-anak kariah.
Jaip dkatakan telah menghantar Pegawai Agama Islam Daerah ke setiap masjid dalam Dun Kerdau sebagai pegawai sementara masjid di situ.
Sementara itu, Harakahdaily turut mendapat pengesahan mengenai perkara tersebut daripada Imam Masjid Desa Purun, salah sebuah masjid dalam Dun Kerdau, Ustaz Ahmad Nafiri Md Fauzi.
Kata beliau, AJK masjidnya telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pegawai JAIP bagaimanapun tidak ada sebarang arahan rasmi (bertulis) dikeluarkan.
"Saya diberitahu pegawai itu juga mengarahkan semua program kuliah yang telah (oleh AJK asal masjid) di atur dibatalkan," kata beliau.
Ditanya sehingga bila arahan tersebut, Ahmad Nafiri berkata beliau tidak diberitahu tetapi tidak menolak kemungkinan sehingga berakhir pilihan raya.
Dalam Dun Kerdau terdapat 22 buah masjid, antaranya Masjid Bandar Kerdau, Masjid Seri Ketumbit, Masjid Jengka 22, Masjid Jengka 23, Masjid Jengka 25, Masjid Rumpun Makmur, Masjid Teluk Sentang dan Masjid kampung Desa Purun.
Di Masjid Rumpun Makmur, hasrat beberapa AJK masjid itu untuk meminta Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat, kelmarin turut tidak kesampaian ekoran perkembangan itu.
Bagaimanapun mereka berjaya meminta Nik Aziz membaca doa dan menyampaikan tazkirah ringkas sejurus selepas sembahyang Jumaat selesai (gambar).
PAS dijangka akan memberi respons berkenaan perkembangan tersebut dalam sidang media sebelum tengah hari ini.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Syed Hamid Syed Mohammad dalam reaksi awalnya turut menyelar tindakan itu dengan menyifatkan merampas hak AJK yang dilantik oleh anak-anak kariah.
"Sepatutnya JAIP beri kepercayaan lah kepada AJK masjid-masjid tersebu menguruskan masjid mereka, kalau betulpun hendak ambilalih sementara berbincanglah dahulu dengan AJK untuk mendengar pandangan mereka, bukan dengan keluar arahan seperti sahaja," ujar beliau.

Jumaat, Februari 25, 2011

Tipis temui mangsa gempa? NEW ZEALAND YANG DIUJI...

SUMBER


PASUKAN menyelamat menggunakan jentolak bagi mencari mangsa gempa yang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan di bandar Christchurch, semalam. - REUTERS


CHRISTCHURCH 24 Feb. - Harapan menemui lebih ramai mangsa gempa bumi di bandar raya ini yang terselamat semakin pudar apabila jumlah kematian dilaporkan hari ini meningkat kepada 98 orang, manakala 226 lagi dilaporkan hilang.

Menurut polis, dipercayai sebanyak 120 orang masih terperangkap di bawah runtuhan konkrit dan keluli di bangunan Televisyen Canterbury (CTV).

Berpuluh-puluh orang pelajar dari Jepun, Thailand, China dan negara Asia lain yang menuntut di sebuah sekolah bahasa Inggeris di dalam bangunan tersebut dipercayai turut tertimbus apabila sekolah mereka serta pejabat-pejabat lain runtuh akibat gempa bumi tersebut.

Perdana Menteri, John Key melahirkan kebimbangan serius kemungkinan ramai yang tidak berjaya diselamatkan dalam gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter pada Selasa lalu.

------------------------------
SUMBER
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

113 mayat ditemui akibat gempa di Christchurch


2011/02/25

CHRISTCHURCH: Polis New Zealand hari ini mengesahkan selepas tiga hari gempa bumi 6.3 mangnitud melanda Christchurch, sebanyak 113 mayat sudah ditemui.

"Kami menemui 113 orang yang terkorban," kata Ketua Polis Daerah, Dave Cliff memberitahu pemberita.
"Mayat berkenaan sedang diuruskan oleh kakitangan kami," katanya. - AFP

Tentera Gaddafi bedil masjid

sumber


PENUNJUK perasaan antikerajaan berdiri di atas kereta kebal sambil mengangkat senjata meraikan kejayaan mereka menawan bandar Shahat di timur Libya, semalam. - REUTERS


BENGHAZI 24 Feb. - Tentera Libya yang setia kepada Muammar Gaddafi hari ini membedil menara sebuah masjid dengan peluru berpandu antipesawat udara dan senjata automatik selepas berpuluh-puluh penunjuk perasaan antikerajaan enggan meninggalkan kawasan masjid itu.

Ramai penunjuk perasaan yang berkhemah di dalam dan luar masjid itu terbunuh atau cedera dalam serangan ke atas bandar Zawiya, 50 kilometer ke barat Tripoli, menurut seorang saksi yang tidak dapat menyatakan angka sebenar.

Tentera dan militia yang pro-Gaddafi bertindak balas dengan ganas apabila pemimpin veteran itu menyaksikan cengkamannya semakin longgar, selepas Zawiya dan bandar serta pekan lain yang dekat dengan ibu negara jatuh ke tangan pemberontak.

Setelah hampir seluruh bahagian timur negara ini dikuasai oleh penunjuk perasaan, mereka berikrar pula untuk 'membebaskan' Tripoli, di mana Gaddafi bertahan dengan pasukan militia meronda di jalan raya dan kereta kebal berkawal di pinggir ibu negara.

Perhimpunan bantah pembunuhan rakyat Libya hari ini

SUMBER
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 25 Feb: Pemimpin PAS, PKR dan beberapa NGO akan berhimpun di depan Kedutaan Libya di Kuala Lumpur hari ini bagi membantah tindakan negara tersebut yang bertindak ganas ke atas rakyatnya.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi berkata perhimpunan itu akan berjalan sebaik sahaja selesai solat Jumaat hari ini.

Ia akan berlangsung di bangunan kedutaan itu yang terletak di No 6, jJalan Madge off Jalan U Thant (Dekat kedutaan Amerika).

Perhimpunan hentikan pembunuhan rakyat Libya ini akan diketuai oleh Haji Mohamad Sabu, Nurul Izzah Anwar, Dr. Syed Azman, wakil Pemuda dan para aktivis NGO di Malaysia.

Pelajar Kelantan pulang ke Mesir akan dibayai kerajaan negeri

SUMBER
Mohd Nor Yahya   
KUALA LUMPUR, 25 Feb : Pelajar Kelantan yang pulang baru –baru ini dari Mesir dan telah berdaftar dengan kerajaan negeri akan dihantar semula ke sana apabila keadaan telah mengizinkan bagi meneruskan pembelajaran.

Melalui keputusan mesyuarat exco kelmarin, Kerajaan Kelantan juga bersetuju untuk menanggung kos penerbangan pulang pelajar-peljar tersebut.

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub, ia juga adalah sebagai menunaikan tanggungjawab sosial kerajaan dalam membantu keluarga pelajar untuk membiayai tiket ke sana.
“ Kerajaan telah bersetuju untuk membiayai penerbangan ke sana dan mereka tidak akan diberi wang tunai” ujar beliau.

Datuk Ahmad juga berkata sehingga kini seramai 1281  pelajar Kelantan di sana telah mendaftar dan mereka ini akan dibiayai penerbangan ke Mesir melibatkan kos  lebih RM2juta

Sementara itu kerajaan lain dalam Pakatan Rakyat juga telah mengambil langkah yang sama untuk memastikan pelajar negeri masing-masing dapat meneruskan pembelajaran mereka apabila keadaan mengizinkan nanti.

Pergolakan: Kedutaan Malaysia di Libya ditutup sementara

SUMBER

25/02/2011 2:31pm

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Kedutaan Malaysia di Libya ditutup sementara berikutan pergolakan yang berlaku di negara itu.
Duta Malaysia ke Libya, Mohd Zulkephli Mohd Noor, isteri beliau dan warga kedutaan adalah antara 127 rakyat Malaysia yang diterbangkan keluar dari negara itu hari ini.

"Buat sementara kedutaan kita di Tripoli ditutup kerana keadaan keselamatan yang tidak mengizinkan,” kata seorang pegawai Wisma Putra ketika dihubungi di sini hari ini.

Seramai 127 rakyat Malaysia yang terperangkap di Libya berjaya dikeluarkan dari negara itu dan diterbangkan melalui sebuah pesawat sewa khas yang mendarat di Tunis, Tunisia, kira-kira 11.30 pagi (waktu Malaysia), hari ini.

Mereka dijangka diterbangkan ke Rom, Itali sebelum pulang ke Malaysia melalui pesawat MAS.

Difahamkan lima daripada tujuh pelajar Malaysia di Libya enggan pulang. – Bernama

Adnan tidak tahu Buku Jingga .. CAKAP SALAH FAKTA

SUMBER
Harakahdaily   
TEMERLOH, 25 Feb: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak mengetahui apa sebenarnya Buku Jingga yang mengandungi program 100 Hari Pakatan Rakyat.

Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini berdasarkan kepada kenyataan Adnan yang disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menyatakan demikian dengan merujuk kepada laporan akhbar itu di muka surat P3 di bawah tajuk "BN tidak gentar siapa calon pembangkang" 
(gambar .

Laporan itu memetik kenyataan Adnan yang mengatakan "saya amat mengalu-alukan pengeluaran Buku Jingga yang kononnya membongkar segala kelemahan pentadbiran Kerajaan Pahang dibawah pimpinan saya. Malah kepada rakyat Buku Jingga kedua akan saya keluarkan untuk menjawab segala tomahan tersebut termasuklah kelemahan pengurusan kewangan dan sebagainya".

“Saya fikir sebenarnya MB tidak tahu apa sebenarnya buku Jingga,” kata Tuan Ibrahim pada sidang media di Markas Induk PAS PRK Kerdau di pekan Kerdau, dekat sini, pagi ini.

Katanya, berdasarkan kenyataan Adnan itu menggambarkan bahawa menteri besar itu tidak mengetahui apa sebenarnya kandungan Buku Jingga.

“Apa yang beliau (Adnan) anggap Buku Jingga adalah serangan daripada PAS kepada kerajaan negeri Pahang sedangkan Buku Jingga tiada kena mengena dengan kerajaan Pahang, dia (Buku Jingga) bersifat tawaran 100 hari Pakatan Rakyat.

“Saya fikir maklumat itu perlu menggambarkan Menteri Besar yang ada tidak tahu menahu Biku Jingga hingga mahu mengeluarkan pula ‘Buku Jingga kedua’ bagi menjawab ‘Buku Jingga pertama’,” ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

Saman Royalti: Keputusan mencelah 22 Mac.PELIK TP BENAR!

SUMBER
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 24 Feb: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 22 Mac ini untuk mendengar permohonan kerajaan Pusat untuk menjadi pencelah dalam kes saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petronas.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan tarikh tersebut di kamar beliau hari ini pada prosiding pengurusan kes buat kali pertama selepas saman itu difailkan oleh plaintif pada 30 Ogos tahun lalu.

Sebelum ini, kerajaan Kelantan menganggap langkah kerajaan Persekutuan yang mahu mencelah dan seterusnya menjadi defendan kedua dalam kes saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petronas sebagai pelik dan menimbulkan tanda tanya.

Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa sebelum ini berkata, keadaan itu pelik kerana pada kebiasaannya defendan memohon untuk dikeluarkan tetapi dalam kes ini pihak yang tidak dijadikan defendan mahu menjadi defenden pula.

Kerajaan negeri Kelantan telah menyaman Petronas kerana tidak memenuhi perjanjian yang dibuatnya untuk memberikan royalti minyak 5 peratus kepada kerajaan negeri.

Ia difailkan di Mahkamah Perdagangan atas dasar Petronas telah gagal memenuhi perjanjian yang ditandatangani itu.

Dalam saman ini, hanya Petronas yang dinamakan defendan oleh kerajaan negeri Kelantan.

Petronas disaman kerana tidak memenuhi perjanjian itu dan memberikan wang itu kepada kerajaan pusat. Kerajaan Pusat pimpinan BN pula menyalurkan wang itu kepada Kelantan melalui Umno dan badan-badan yang diuruskannya di Kelantan bukannya kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat.

Kelantan hapus levi terhadap KAFA! 1 cara KERAJAAN PAS KELANTAN MEMBANTU KAFA DAN SUKA BOLASEPAK KELANTAN..

SUMBER
Mohd Nor Yahya   
KUALA LUMPUR, 25 Feb :  Bagi menyokong perkembangan sukan di Kelantan terutamanya dalam bidang bola sepak, kerajaan Kelantan telah membuat keputusan untuk menghapuskan levi hiburan terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan ( KAFA ) dan KAFA dijangka akan memperolehi tambahan pendapatan melebihi RM300 ribu bagi tahun ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Abdul Fattah Mahmood keputusan tersebut telah dipersersetuji kerajaan dalam mesyuarat exco dan ia adalah bagi menampung pendapatan KAFA dan ia juga sebagai satu sumbangan kerajaan dalam asas pmbangunan sukan bola sepak di negeri ini.
Abdul Fattah ditemui selepas menghadiri mesyuarat exco yang diadakan di rumah Sri Kelantan Kuala Lumpur kelmarin.

“Pihak kerajaan berharap sangat agar dengan adanya penghapusan levi ini, KAFA akan mendapat pendapatan tambahan dan ini juga adalah satu lagi langkah kerajaan membantu KAFA dalam meningkatkan mutu pasukan Kelantan meneruskan perjuangan dalam tahun 2011 ini.” Ujar beliau.

Beliau juga berkata penghapusan levi ini adalah juga sebagai sumbangan kerajaan Kelantan dan tidak timbul lagi  soal kerajaan tidak membantu KAFA dalam meningkatkan mutu bolasepak Kelantan.

Levi atau cukai hiburan dibawah enakmen cukai hiburan 1953 telah nenetapkan sejumlah 5 peratus terhadap mana-mana jenis pertandingan sukan melibatkan binatang atau manusia

Takziah kepada keluarga Hajjah Ilani! Bekas S46 tika dulu... terima kasih atas jasa selama ni

sumber
Subky Latif   
TAKZIAH dan simpati yang tidak terhingga buat waris dan keluarga Datuk Ilani Ishak, anggota Exco Wanita Umno yang meninggal kerana penyakit kanser.

Ilani seorang peguam yang mudah didekati. Dia seorang anggota Umno yang ada peranannya dalam perkembangan Muslimat PAS terlibat secara langsung dalam politik pilihan raya.

Ilani seorang yang setia kepada partinya, tetapi seorang Umno mazhab Tengku Razaleigh. Dia bersama Tengku Razaleigh pernah terkeluar dari  Umno dan bersamanya juga kembali dalam Umno.

Dia pernah menjadi anggota Parlimen Kota Bharu tetapi tidak pernah menjadi wakil rakyat Umno dan Barisan Nasional. BN tidak pernah mencalonkannya. 

Ilanilah yang mengalahkan Tengku Ahmad Rithaudeen, seorang menteri kanan BN dengan majoriti undi yang besar dalam tahun 1990.

Tengku Rithaudeen adalah tokoh Umno yang dapat menembusi kubu PAS memenangi Pilihan Raya  Umum 1969. Ilani baru kali pertama menjadi calon. Dia berjaya mengakhiri politik Ku Din.
Pemberontak Umno ini tidak disokong oleh orang Umno,   tetapi dia disokong oleh pengundi PAS Kota Bharu. Apabila dia kembali ke pangkuan Umno, dia kekal sebagai orang kuat Wanita  Umno saja.
Saya kenal rapat dengan Ilani semasa dia menjadi ketua Wanita Semangat 46 yang bekerjasama dengan PAS dalam gagasan Perduan Ummah. Dia seorang ahli politik yang bekerja keras untuk menjadi calon.

Politik PAS masa itu tidak menampilkan Muslimat sebagai calon. Paling akhir PAS meletakkan calon Muslimat ialah dalam PRU 1969, Ustazah Salmah Sheikh Hussein menentang Datin Fatimah Hashim di Kubang Pasu.

Bagaimana Ilani mahu menyertai pilihan raya kalau PAS tidak tertarik dengan calon wanita? Rata-rata pemimpin Semangat 46 berpandangan orang PAS tidak akan mengundi calon wanita.
Ilani mahu menjadi calon dan Wanita Semangat 46 bersemangat supaya ketuanya diberi tempat. Pada Tengku Razaleigh kalau wanita hendak menjadi calon mewakili Angkatan Perpaduan Ummah, maka tempatnya bukan di Kelantan tetapi di tempat PAS tidak kuat.

Ilani bertemu dengan Ustaz Fadzil Noor, Presiden PAS ketika itu.
Dia mengemukakan pandangannya kepada Ustaz Fadzil bahawa Wanita Semangat 46 bekerja keras untuk memenangi pilihan raya. Mereka mahu dia bertanding, tempatnya ialah di Kelantan. Tetapi kalau PAS tidak bersetuju calon wanita, maka semangat wanita yang menyokongnya akan tawar. Mereka tidak akan bekerja kuat. Bagaimana hendak menang?

Ustaz Fadzil memahami masalah yang dihadapi oleh Ilani. Realiti politik yang ikut memenangkan calon masa itu ialah kuatnya Wanita Umno bekerja. Ustaz Fadzil simpati kepada Ilani dan boleh menerima pandangannya.

Tetapi masalahnya ialah apa pula pandangan ketua PAS Kota Bharu, Ustaz Mawardi Ahmad. Dia seorang ulama yang konservatif. Adakah dia boleh menerima calon wanita di kawasannya.
Kata Ustaz Fadzil kepada Ilani, dia tidak ada masalah untuk menerima Ilani menjadi calon tetapi adakah Ustaz Mawardi bersetuju.

Kata Ilani, dia sudah bertemu dengan Ustaz Mawardi. Ustaz Mawardi tidak ada masalah.
Ustaz Fadzil pun memberitahunya, kalau Ustaz Mawardi tidak bermasalah, maka dia pun tidak bermasalah lagi.

Dalam perbincangan bagi menentukan calon antara PAS dan Semangat 46, Tengku Razaleigh memberitahu Ilani, dia tidak boleh bertanding kerana PAS tidak mengundi calon wanita.
Kata Ustaz Fadzil pada Tengku Razaleigh, ‘Bagi dia bertanding.’
Maka Ilani pun bertanding menentang Ku Din. Penyokong PAS Kota Bharu termasuk tenaga Muslimatnya bekerja kuat memberi sokongan kepada Ilani dan mereka melupakan tentang Ilani pernah menjadi orang kuat Wanita Umno.

Semangat 46 meletakkan dua calon wanita di Kelantan. Kedua-duanya menang dan Barisan Nasional kalah semua kerusi di Kelantan. Tahun itu – 1990 – PAS merampas kembali Kelantan dari  Umno dan Tok Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar.

PAS tidak meletakkan calon Muslimat. Selepas perkembangan itu PAS mengambil langkah menampilkan semua calon Muslimat. Tidak ditolak bahawa penampilan Ilani membuka semula ruang bagi PAS dan Muslimatnya dan dia membantu PAS berkuasa semula di Kelantan. Tetapi dukacita Ilani tidak bersama seterusnya parti kerajaan Kelantan kerana dia kembali semula ke dalam Umno.

Setelah tamat penggalnya Ilani tidak lagi menjadi wakil rakyat.
Moga-moga rohnya dicucuri rahmat.

CALON PAS DI KERDU DAN MERLIMAU MEWAKILI PAKATAN!!!

Yuhaizad di Merlimau, Hassanuddin di Kerdau
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 24 Feb: PAS malam ini memilih Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Hassanuddin Salim, 43, bagi PRK Kerdau.

Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pada 26 Februari.

Di JASIN, pemilihan Yuhaizad (kanan) selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 11.25 malam ini di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Markas PAS Dun Merlimau.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung PAS dan PKR, Datuk Mustafa Ali dan Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, Ketua AMK dan Dapsy Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin dan Loke Siew Fook serta Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.
Berusia 38 tahun, Yuhaizad adalah juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.

Pemilihan anak jati  Kampung Chinchin yang terletak di dalam Dun Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau.

Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN pada awal Februari lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Beliau pernah bekerja sebagai juruteknik Siemens Semiconductor pada 1994 hingga 1998, Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (Kohamas) pada 1998 hingga 2000, Pegawai Tadbir Borneo Security Melaka (2001-2003), Pengurus Projek  Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi (2003-2007) dan Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Universiti Multimedia pada tahun lepas.

Di TEMERLOH, pengumuman Hassanuddin (kiri) sebagai calon PAS telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.46 malam dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Kerdau.

Turut berucap ialah Timbalan Presiden PAS dan PKR, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.

Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.
Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga  aktif dengan aktiviti

Rabu, Februari 23, 2011

Bob Lokman: Fi SabililLah... IKUTI LUAHAN HATINYA...

sumber

Bob Lokman   
ALHAMDULILLAH Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi'ul awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yg bertonggakkan Ulama' yg sangat ditakuti oleh pencinta dunia.

Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh DS Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Biar pun aku bukan sesiapa dikalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yg dihulurkan oleh mereka. Aku menjadi insaf dikalangan anak2 muda PAS yg rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka. Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS.

Biarlah tua, biarlah bertongkat, tapi sekarang aku tahu ALLAH maha pengampun dan penyanyang. Maka oleh kerana itu aku akan patuh kepada kehendak ALLAH dalam ayat 104 Surah Aali-Imran. PAS akan aku jadikan wadah perjuangan utk mempopularkan ALLAH kepada mereka yg belum kenal akan kekuasaanNYA. Aku jadi insaf betapa aku yg lahir dalam keluarga Islam keturunan Ulama', terabai dengan kefahaman Islam yg pernah diterapkan kedalam jiwaku. Apatah lagi mereka yg tidak pernah tahu mengenai Islam, bagaimana mereka akan merasa takut pada ALLAH. Utk itu sekali ini aku akan terus bercerita kepada sesiapa sahaja sesuatu yg membuatkan mereka bertaqwa kepada ALLAH. 

Lagikan setiap ibu bapa sayangkan anak2 yg dilahirkan, inikan pula ALLAH yg menciptakan kita dan segalanya. Biar pun Iblis dan yahudi memang dilaknat oleh ALLAH, namun satu masa dahulu mereka adalah hamba ALLAH yg baik. selepas itu dengan takdir ALLAH mereka dijadikan sebagai contoh buruk kepada sesiapa yg tidak bertaqwa kepada ALLAH. Ini Kuasa ALLAH. kalau tiada keburukan kita tidak pandai menilai kebaikan sebagai mana kalau tiada ketaqwaan maka tiadalah kita mengerti bahawa ALLAH itu maha diatas segalanya.

Hari ini  bila jiwa berada didalam PAS, ada satu semangat baru yg membuatkan aku berfikir mengapa ALLAH menjadikan aku. Pagi tadi bila ada member2 yg bertanya, mengapa aku menganut PAS, aku tahu bahawa aku sudah diterima utk bekerja oleh ALLAH. Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yg fasiq.

Belum ramai yg menerima Islam sebenar. Kalau tidak sudah tentu Malaysia diperintah oleh Ulama'. Masalahnya siapa yg Islam dalam orang Melayu? Utk mereka yang mencari jawapan bacalah Sirah Rasulullah berulang kali, maka kita akan nampak siapa Abu Bakar, siapa Abu Jahal dan siapa Abdullah bin Ubai dalam bangsa Melayu. Kerana itulah aku memohon utk masuk PAS. Lepas ni kita akan baca ada yg marah dgn apa yg aku kata. Itu biasa, sebagaimana ada orang yg marahkan harimau membunuh lembu.

Ini kerana kita tidak mengerti SUNNATULLAH. Kalau kita susah di dunia, kita lupa bahawa itu kehendak ALLAH, apatah lagi bila kita mewah.

Sudah berkali-kali PAS kalah dalam pilihanraya. Memang susah nak menang kerana ini bukan perang Badar dimana Malaikat juga turun berperang dengan perintah ALLAH. Janganlah mengharapkan Malaikat turun beratur dipusat2 mengundi yg diadakan oleh suruhan jaya pilihan raya yg tidak mengikut suruhan ALLAH. Ini demokrasi omputeh yang memberikan peluang kemenangan kepada org yg mempunyai syahwat duniawi.

Kerana itu perlunya kita memperkenalkan Islam adalah sistem terbaik utk mentadbir dunia kepada manusia Malaysia. Ini adalah kerana ramai manusia lupa bahawa ALLAH yg mencipta dunia dan hanya hukum ALLAH sahaja yg sesuai dilaksanakan. Mereka yg menolak selalunya mereka yg tidak tahu apa hukum ALLAH.

Selalunya mereka ditakutkan oleh yahudi yg memang mengetahui apa isi Al Quran dan mereka telah tahu lebih awal melalui Taurat bahawa Islam itu perfect dan mereka tidak mahu kita menjadi ummat Muhammad. Maka kita akan luput dari mendapatkan Syufaat Rasul dipadang Mahsyar nanti.

Dan kali ini aku bersedia utk berjuang dengan PAS, dan aku bersedia untuk kalah setelah menjalankan segala syarat2 perjuangan.

YA ALLAH, BERIKAN KEMENANGAN KEPADA PAS, SEKIRANYA MEREKA LAYAK UNTUK MENERIMA HADIAH KEMENANGAN DARI MU, DEMI ISLAM BERKEMBANG SUBUR DI BUMI MALAYSIA YG DULU TERIKAT DGN PERIKATAN DAN KINI KAKU DALAM BARISAN.

Ikhwan tubuh Parti Kebebasan dan Keadilan

SUMBER

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 23 Feb: Pembangkang terbesar Mesir, Ikwan Muslimin menubuhkan parti politik mereka bernama “Parti Kebebasan dan Keadilan” atau dalam bahasa arabnya "Huriya wa Adala" bagi bertanding pada pilihan raya umum negara itu nanti.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Mursyid Am gerakan itu, Dr Muhammadd Badie pada satu sidang akhbar semalam dan kenyataan tersebut turut disiar pada laman web rasmi pertubuhan itu.

Muhammadd Badie berkata, keputusan menubuhkan parti tersebut bukanlah perkara baru, bahkan ia adalah keputusan Majlis Syura sejak dahulu yang memutuskan bahawa jemaah Ikhwan Muslimin akan menubuhkan sebuah parti politik untuk jemaah tersebut.

"Langkah ini merupakan respon kepada hasrat rakyat Mesir ke arah memiliki masa depan yang lebih baik dan gemilang serta mengembalikan peranan, kedudukan dan kepimpinan Mesir itu sendiri yang telah diukir oleh sejarahnya yang terbilang," katanya.

Beliau turut memaklumkan keanggotaan parti itu adalah terbuka untuk semua orang Mesir yang mahu menerima program serta perjuangan mereka untuk menjaga kebajikan rakyat Mesir.

Kabinet parti itu juga jelasnya, akan diumumkan segera selepas segala persiapan selesai manakala langkah-langkah awal akan diambil untuk mengesahkan pendaftarannya.

Beliau juga berkata bahawa sebuah biro telah ditubuhkan untuk menyiapkan perlembagaan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan penubuhan parti tersebut.

Ikhwan juga telah mengesahkan bahawa ia tidak keberatan untuk memilih wanita atau penganut kristian Koptik sebagai anggota kabinet tetapi merasakan belum sesuai untuk mencalonkan mereka sebagai ketua parti.

Pilihan Raya Umum Mesir bakal diadakan selewat-lewatnya dalam tempoh enam bulan dari sekarang.

Ahad, Februari 20, 2011

DARI TUNISIA DAN MESIR.. KINI MELEDAK KE SELURUH NEGARA ARAB!!!

korban sulung protes Yemen

PENYOKONG kerajaan melontar batu ke arah penunjuk perasaan antikerajaan dalam satu pertempuran di Sanaa, semalam. - Reuters


SANAA (YAMAN)19 Feb. - Seorang penunjuk perasaan antirejim ditembak mati sementara lima yang lain berada dalam keadaan kritikal terkena tembakan dalam satu pertempuran antara penunjuk perasaan dengan penyokong Presiden Ali Abdullah Saleh di Sanaa, hari ini.

Menurut saksi, mangsa ditembak di leher dan disahkan meninggal dunia di sebuah hospital berhampiran Universiti Sanaa.
Penunjuk perasaan mula berarak awal pagi ini dari Universiti Sanaa ke Kementerian Kehakiman sambil melaungkan 'rakyat mahu rejim tumbang' sehingga mereka bertembung dengan polis antirusuhan.
Pasukan keselamatan yang dibantu anggota berpakaian preman dilapor melepaskan tembakan dan melontar batu ke arah penunjuk perasaan.

Kematian itu merupakan yang pertama di Sanaa selepas pertempuran sama sejak seminggu lalu.

Di Libya, pasukan keselamatan didakwa menembak mati 35 penunjuk perasaan di timur Bengazi malam tadi, sekali gus menjadikan angka korban meningkat kepada 84 hari ini sepanjang tiga hari protes antikerajaan, lapor Pemerhati Hak Kemanusian (HRW).

Menurut kumpulan tersebut, kematian terbaru di Benghazi itu berlaku apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan selepas satu upacara pengebumian mangsa keganasan sebelum ini.

Sementara itu di Bahrain, kumpulan pembangkang utama Syiah, al-Wefaq hari ini mendesak pembubaran kerajaan dan pengunduran tentera dari jalan-jalan sebelum pihaknya bersetuju mengadakan dialog dengan Putera Mahkota, Raja Hamad bin Isa Al Khalifa.

Pembangkang menyifatkan, tawaran dialog yang dibuat Raja Hamad lewat malam tadi sebagai tidak serius dan tidak memenuhi keperluan buat masa sekarang.

Di Oman, sebanyak 300 penduduk melancarkan demonstrasi secara aman di Ruwi, daerah komersial di ibu negara, Muscat, bagi mendesak perubahan politik dan peningkatan gaji.
Penunjuk perasaan berkumpul dan menjerit 'kami mahu demokrasi' dan 'lebih banyak gaji dan kerja' selepas solat Jumaat.

Di Iran, pihak pembangkang menyeru rakyat berhimpun di Teheran dan bandar lain esok pada hari ketujuh bantahan sejak kematian dua penunjuk perasaan pada permulaan demonstrasi mendesak kerajaan dibubarkan.

Laman web pembangkang, kaleme.com menyatakan demonstrasi itu merupakan perjuangan untuk menentang diktator di Iran.

Di Jordan, sekumpulan lelaki bersenjatakan baton bertempur dengan penunjuk perasaan antirejim di ibu negara, Amman semalam mengakibatkan lapan orang cedera, dalam kejadian pertama sejak demonstrasi bermula di negara itu, lapor saksi. 

SUMBER

Tok Guru diminta rujuk Surah Abasa, tanya lima soalan. ALIM ULAMAK PEJUANG ISLAM PEJUANG PAS, JOM BANTU JAWAB SEKEJAP!


SUMBER

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Bosan dengan permainan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggunakan Islam untuk bekerjasama dengan DAP, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin meminta Menteri Besar Kelantan itu supaya merujuk kembali satu pesanan Allah melalui Surah Abasa.

"Surah itu diturunkan ketika Nabi Muhammad SAW sedang berbincang dengan segelintir golongan kafir Quraish yang kaya dan berpengaruh. Apa yang terjadi ketika perbincangan itu, datang seorang Muslim papa kedana dan buta bernama Abdullah Ibnu Maktum.

"Abdullah datang ke tepi Rasulullah dan bertanyakan soalan tetapi Nabi (Muhammad) berpaling daripadanya untuk sambung berbincang dengan Abu Jahal serta rakan-rakan (kafir) kerana merasakan Abdullah mengganggu perbincangan itu.

"Ketika itulah Allah menurunkan Surah Abasa bagi mengingatkan Nabi supaya mendahulukan seorang Muslim berbanding penganut agama lain, saya nasihatkan tok guru (Nik Abdul Aziz) selak kembali surah itu," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini. 

Zulkifli yang juga bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Bandar Tun Razak berkata demikian bagi mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang mengakui bekerjasama dengan DAP dalam pihak pembangkang adalah bagi memperkenalkan Islam kepada parti itu.

Dalam satu majlis di Kota Bharu kelmarin, Menteri Besar Kelantan itu antara lain mendakwa hasil kerjasama Pas dengan DAP setakat ini memperlihatkan DAP kini tidak lagi menyerang Islam seperti sebelumnya.

Zulkifli mencabar Nik Abdul Aziz supaya mengemukakan lima soalan terbuka untuk dijawab oleh para pemimpin DAP iaitu Penasihatnya, Lim Kit Siang; Pengerusi, Karpal Singh dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng.

Soalan-soalan itu adalah: 

1) Adakah Kit Siang, Karpal dan Guan Eng setuju dengan agenda penubuhan negara Islam yang dibawa Pas?

2) Adakah pihak pembangkang membenarkan Pas melaksanakan hukum syariah di negeri-negeri yang diterajui Pas?

3) Mengapa Pas berdiam diri ketika perjanjian 'Persefahaman pihak pembangkang pada 18 Disember 2009' walhal perjanjian itu tidak meletakkan agenda penubuhan negara Islam?

4) Apa pendirian Nik Aziz, Kit Siang, Karpal dan Guan Eng mengenai kenyataan Dr. Wan Azizah mengatakan Anwar sebagai 'anugerah Tuhan'? 

5) Mengapakah pihak pembangkang membenarkan Karpal terus mewakili Anwar dalam kes liwat sedangkan pernah mengakui mempunyai bukti keterlibatan Anwar dalam aktiviti homoseksual?
Katanya, kesemua persoalan itu 'wajib' dijawab oleh Nik Abdul Aziz dalam membuktikan usaha Pas memperkenalkan Islam kepada DAP selama ini.

"Jika Nik Aziz berani wujudkan forum untuk berbincang dengan 'kepala-kepala' DAP itu, saya dengan sedaya-upaya akan cuba mendapatkan slot siaran langsung di stesen televisyen nasional," jelasnya.

Nik Aziz akui Melayu perlu diutamakan. PEMIKIRAN CETEK OLEH PIMPINAN UMNO...



sumber


NIK Abdul Aziz Nik Mat berbual dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS di Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 19 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya terpaksa mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa peribumi di negara ini.
Perubahan pendirian itu dipercayai ekoran kebimbangan Pas terhadap penurunan sokongan masyarakat Melayu yang kian ketara dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Nik Abdul Aziz berkata, parti-parti politik perlu bertanggungjawab untuk mempertahankan hak orang-orang Melayu kerana mereka adalah masyarakat dominan negara ini.
-------------------------
respon : AHLI UMNO INGAT MELAYU SAHAJA.. TAK INGAT DENGAN ISLAM,MELAYU SELAMAT AGAMA SELAMAT...

AKHIRNYA BOB LOKMAN SERTAI PAS DI HIMPUNAN 30 RIBU PEMUDA PAS MALAYSIA DI KEDAH!!!