Selasa, Jun 29, 2010

7 hari diberi- SUARA KEADILAN kena jawab!

Suara Keadilan diberi tujuh hari jawab surat
Oleh Haika Khazi


2010/06/29

PUTRAJAYA: Akhbar Suara Keadilan milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberi tempoh tujuh hari mulai semalam untuk menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung laporannya bertajuk "FELDA Bangkrap" baru-baru ini yang disifatkan oleh agensi itu sebagai fitnah.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam, berkata KDN mengeluarkan surat tunjuk sebab itu kepada Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib, yang diarah hadir ke kementerian itu, petang semalam.

Shahidan nafi perdaya 'ulama' UMNO muda!

Shahidan nafi perdaya "ulama" masuk UMNO

29/06/2010 5:09pm

BUTTERWORTH 29 Jun - Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau telah memperdaya empat orang “ulama” untuk menyertai UMNO tanpa pengetahuan mereka.

Katanya, dakwaan yang dipetik oleh sebuah laman akhbar web Harakahdaily adalah satu pembohongan yang cuba mengelirukan orang ramai dan memburukkan UMNO kerana keempat-empat lelaki yang mendakwa mereka adalah "ulama", sebenarnya tidak diundang untuk menghadiri majlis penyerahan borang keanggotaan UMNO kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

bUANG bAYI- SYUKUR BAYI SELAMAT!

Remaja Perempuan Ditahan Dipercayai 
Buang Bayi Di Rawang 
* http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/6/29/mstar_jenayah/20100629164702&sec=mstar_jenayah
RAWANG: Polis menahan seorang remaja perempuan berumur 18 tahun kerana disyaki membuang seorang bayi lelaki di belakang sebuah rumah di Jalan Mawar 6, Taman Mawar di sini, hari ini.

Rejim zionis terus serang dan bunuh pejuang Palestin! Obama pembohong!!!

Rejim zionis terus serang dan bunuh 

pejuang Palestin

29/06/2010 3:24am

GAZA CITY 29 Jun - Sekurang-kurangnya seorang rakyat Palestin terbunuh manakala tiga lagi cedera apabila rejim zionis Israel melancarkan serangan udara di Genting Gaza semalam, kata pekerja perubatan.

Tentera rejim meneruskan serangan udara ke atas Gaza yang diperintah oleh Hamas semalam dengan mensasarkan pejuang Palestin yang menentang keganasan mereka.

Menurut pasukan perubatan, kem pelarian Jebalya di selatan Gaza menjadi sasaran terbaru serangan rejim zionis semalam dan mangsa yang terkorban adalah dari kumpulan pejuang sayap kanan Pembebasan Palestin. 

Salah seorang mangsa yang cedera dalam keadaan serius. Dua hari lalu, dua pejuang Palestin terbunuh dalam serangan udara rejim ke atas terowong di sepanjang sempadan Mesir. - REUTERS

2010 SUAMI CUTI 2 MINGGU JAGA ISTERI BERSALIN! KELANTAN DAN SELANGOR MEMULAKANNYA. TAHNIAH! CUTI BERSALIN 90 HARI AKAN DILAKSANAKAN SELEPAS INI..

Suami cuti 2 minggu jaga isteri bersalin

2010/06/29

KOTA BHARU: Mulai tahun depan, semua kakitangan lelaki Kerajaan Kelantan diberi cuti dua minggu berbanding seminggu ketika ini selepas isteri mereka bersalin bagi menjaga isteri dan anak dengan sempurna.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar, berkata pelaksanaan cuti dua minggu itu sejajar dengan kelulusan 90 hari cuti kepada kakitangan wanita bersalin yang dijangka diluluskan kerajaan negeri tahun depan. 

 
Dalam usaha melahirkan keluarga bahagia yang bukan saja tertumpu kepada mencari harta dunia saja, kerajaan negeri akan meluluskan cuti dua minggu kepada kakitangan lelaki yang isteri mereka bersalin. 

Perkara ini sudah diserahkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan dijangka dilaksana tahun depan sejajar kelulusan cuti 90 hari kakitangan wanita bersalin.

Kelantan akan menjadi negeri kedua memperkenalkan kaedah ini selepas Selangor, bertujuan memberi masa mencukupi kepada kakitangan lelaki menjaga isteri serta anak dan kita yakin tindakan ini tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri, katanya. 

-------------------------------------------
RESPON : TAHNIAH PAS DAN PAKATAN RAKYAT! 

UMNO Penipu? Ulamak Muda kena tipu?

Umno tipu, jatuh reputasi ulama muda
Last Updated on Monday, 28 June 2010 12:04
Written by admin
Monday, 28 June 2010 12:04 
 
Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan. 


Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.

Hosni merupakan seorang pelajar hafiz menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu.

Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.

Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu.

“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami  berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.
Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah.

Seorang Pelajar Maktab Tentera Disingkir, Empat Digantung . Jika sabit kesalahan, DIGANTUNG MATI? Kesian.. dunia x bermakna..

Seorang Pelajar Maktab Tentera Disingkir, Empat Digantung
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan lima Maktab Tentera Diraja (MTD) yang disyaki terlibat mengakibatkan kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, dipercayai dibuli dan didera di maktab itu Rabu lepas, disingkir serta-merta daripada pengajiannya.

Empat lagi rakannya digantung pengajian sehingga siasatan kes selesai.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan dibuat untuk menyingkirkan pelajar itu serta-merta selepas siasatan mendapati pelajar tersebut membuli dengan niat sejak awal tahun ini.

"Pihak maktab membuat keputusan untuk menyingkir pelajar tersebut serta-merta. Kes saman sivil juga akan dikenakan. Dia akan berdepan tindakan daripada tentera, kami (kementerian) dan polis," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sijil kepada petugas Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2010) di sini hari ini.

Beliau berkata, kementerian memandang serius kes buli di sekolah dan tindakan perlu diambil bagi membendung gejala itu serta mengelak perkara sama daripada berulang.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah yang juga Pengerusi MTD berkata, kementerian menyerahkan siasatan hal berkenaan kepada polis.
Katanya, sebelum ini maktab itu pernah mengambil tindakan terhadap pelajar yang melanggar peraturan MTD seperti terlibat dalam kes buli, dengan mengasingkan pelajar itu atau terus menyingkirkannya dari maktab.

Beliau berkata, kawalan ketat akan dilakukan termasuk warden dikerah bertugas pada waktu malam bagi mengelak insiden sama berlaku.
"Kejadian ini membuatkan kita berhati-hati dan memandang serius dengan gejala buli di sekolah," katanya.

Mohammad Naim meninggal dunia Rabu lepas di Pusat Perubatan Angkatan Tentera di Kem Sungai Besi selepas tidak sedarkan diri dipercayai dibuli.

Pada 25 Jun lalu, polis menahan kelima-lima pelajar tingkatan lima kolej itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan membunuh, yang membawa hukuman mati mandatori. - BERNAMA

50 PEMBAHARUAN DAN PENAMBAHBAIKAN FELDA! Lihat dan Kaji. Kita puji! Jika baik untuk agama, bangsa dan negara. Kita akan keji jika berlawanan dengan agama, bangsa dan negara!

50 PEMBAHARUAN DAN PENAMBAHBAIKAN FELDA
*http://seranta.jpm.my/page.php?21
1) YAB Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan 5 Teras 50Tahun FELDA yang menjadi pandu arah kepada usaha perjuangan FELDA untuk 50 Tahun ke-2 seterusnya.
  • Peneroka Masyarakat Contoh Luar Bandar.
  • Menjadikan Peneroka Berpendapatan Menengah.
  • Membina Generasi Baru Warga FELDA.
  • FELDA Sebagai Pelaku Global.
  • Memperkukuhkan Budaya Organisasi FELDA

2) Mengutarakan Gagasan FELDA Moden yang berteraskan kepada perubahan minda serta pembangunan sosio-budaya ke arah kegemilangan.

3) Memulakan Program Kemahiran dengan dana RM118 juta kepada generasi baru agar diberi peluang kedua untuk membina kehidupan. Jumlah pelajar sekarang ialah 19,696 orang termasuk 169 orang dalam bidang Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat (Licensed Aircraft Maintenance Engineering).

4) Memberikan bantuan kepada pelajar yang memasuki IPTA / IPTS dan biasiswa khas kepada yang cemerlang untuk belajar di universiti terkemuka di luar negara.

5) Memulakan Skim Tuisyen FELDA yang dilaksanakan di 100 buah sekolah menengah dan 270 sekolah rendah. Jumlah pelajar pada tahun ini ialah 62,772 orang. Bermula tahun 2006 dan telah dilanjutkan lagi pada tahun ini.

6) Pemberian wang sempena hari raya kepada semua peneroka FELDA dengan kadar RM300-350 setiap 112,635 keluarga peneroka berjumlah hampir RM40 juta.

7) Menaikkan sara hidup tanam semula untuk peneroka yang bersama FELDA daripada RM850 ke RM1000 sebulan bagi tahun pertama, RM1200 bagi tahun kedua, RM1300 bagi tahun ke tiga, dan seterusnya. Kenaikan terkini diumumkan pada 6 Februari 2008. Sebelum ini kadar sara hidup hanyalah RM500 sebulan.

8) Menumpukan kepada pembangunan usahawan peneroka dan setakat ini 35% (39,830 orang) menjadi usahawan dan mempunyai pendapatan bukan ladang dalam pelbagai bidang usahawan seperti industri asas tani, Satu Wilayah Satu Industri (SAWARI), pembangunan kraf, perniagaan runcit, perkhidmatan dan perusahaan kecil.

9) Dana pusingan Skim Insentif Usahawan FELDA (SIUF) sebanyak RM100 juta, skim pinjaman tanpa penjamin dan cagaran kepada peneroka yang ingin menjadi usahawan.

10) Memberi insentif / bonus tahunan setiap hujung tahun kepada peneroka yang menghantar hasil dan menanam semula dengan FELDA. Ini adalah suatu usaha penting bagi menghargai sumbangan peneroka yang terus bersama dengan FELDA. Pada tahun 2007, seramai 90,322 peneroka mendapat wang insentif / bonus berjumlah RM146.4 juta.

11) Membantu kerajaan Pahang dari segi menyelesaikan masalah air di kawasan rancangan dengan peruntukan lebih RM200 juta.

12) Membantu membasmi kemiskinan tegar di Sabah selama 5 tahun mulai 2005 melalui keuntungan operasi FELDA di sana.

13) Mengadakan Anugerah Belia FELDA Malaysia sebagai acara tahunan yang dikendalikan oleh Seranta bersama FELDA dengan kerjasama Majlis Belia FELDA. Ini adalah untuk mengaktifkan 317 persatuan belia di semua rancangan.

14) Pemberian tahunan sebanyak RM1000 untuk setiap 317 persatuan belia di rancangan dengan peruntukan setahun berjumlah RM317 ribu.

15) Mengumumkan 8 inisiatif / usaha / program dengan nilai RM78 juta setahun bagi memperkasakan generasi baru FELDA.

16) Mengadakan seminar dan program khas untuk wanita yang terdiri daripada pemimpin GPW / penerokawati.

17) Mengadakan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) untuk anak-anak cacat warga peneroka di seluruh kawasan rancangan yang terpilih. Setakat ini sebanyak 67 buah pusat PDK telah ditubuhkan di semua rancangan.

18) Membina MRSM FELDA di Trolak dengan dana RM103 juta dengan pelajar 1050 orang terdiri daripada 80% anak peneroka dan 20% kumpulan lain.

19) Mengembangkan sayap perniagaan ke luar negara dengan mengadakan kerjasama (JV) dengan syarikat TRT dan pembekal oleochemicals di Boston, Amerika Syarikat.

20) Membuka Restoran (D’Saji) di Mekah untuk memenuhi keperluan jemaah haji dan umrah serta meningkatkan jaringan perniagaan antarabangsa.

21) Membuka Hotel FELDA di Mekah dan di Kuala Terengganu.

22) Membuka ladang baru di luar negara (di Kalimantan, Indonesia) dan membantu penanaman sawit di Sierra Leone.

23) Menubuhkan Jabatan Pertahanan Awam (JPA 3) dan Skuad Waja FELDA sebagai menggalakkan semangat kesukarelaan.

24) Menubuhkan pasukan bola sepak FELDA United dan penubuhan Kelab Peminat dan mengadakan Piala FELDA untuk Futsal Peringkat Kebangsaan dengan kerjasama FAM selain melaksanakan Rally FELDA.

25) Telah membina 15 buah Kompleks Sukan Komuniti (KSK) yang lengkap dengan kemudahan gelanggang futsal, takraw, badminton, bola keranjang, bola jaring dan galeri penonton serta kafeteria. Cadangan adalah untuk membina KSK di semua 40 gugusan FELDA.

26) Meneruskan pembinaan 48 dewan serba guna dan prasarana awam yang perlu di setiap rancangan yang terpilih. << TAHNIAH!

27) Membina Feldajaya Utara di Trolak, Mempaga di Timur dan Serting di Selatan. Membina Feldajaya di 11 Wilayah bermula di FELDA Chini dalam Wilayah Kuantan
.
28) Mengusahakan agar FELDA menjadi pusat utama pembangunan kraf tangan dengan menekankan produk yang bernilai komersial serta berkualiti eksport.

29) Membangunkan perumahan untuk generasi baru seperti di Pasak, Keratong, Mempaga, Lepar Hilir dan Bukit Goh dengan kaedah pinjaman bank atau sewa beli kepada anak peneroka yang layak.

30) Melaksanakan projek keceriaan kampung untuk menjadikan kawasan rancangan sebagai komuniti dalam taman yang indah dan menjadi contoh kepada semua dengan hadiah RM1 juta untuk rancangan terbaik.

31) Memastikan gaji dalam sektor ladang FELDA adalah setaraf dengan amalan Persatuan Pengeluar Pertanian Malaysia (MAPA; The Malayan Agricultural Producers Association).

32) Memastikan petugas FELDA seramai hampir 23 ribu orang memenuhi piawaian Petunjuk Tahap Prestasi (KPI; Key Performance Indicator) agar prestasi keseluruhan organisasi atau syarikat dapat dipertingkatkan.

33) Mengadakan Muzium FELDA di Lurah Bilut dan Pusat SAWARI di beberapa tempat.

34) Pelancaran filem & drama TV berkaitan FELDA (Filem Bilut dan drama TV bersiri Dinasti Bilut).

35) Penubuhan Pusat Latihan Anak PERMATA Negara di beberapa kawasan FELDA (untuk anak 5 tahun ke bawah).

36) Mewujudkan Unit Kawal Selia FELDA untuk menyelaras dasar kerajaan yang berkaitan dengan FELDA serta menyusun semula Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri demi mengukuhkan hubungan antara warga FELDA dengan kerajaan.

37) Penubuhan Akademi FELDA untuk melatih petugas FELDA dalam bidang pengurusan dan mengadakan seminar khas kepada pengurusan yang tertinggi bagi menjelaskan hala tuju untuk gemilang di persada global.

38) Menyediakan pemberian bantuan RM10 ribu sebuah rumah untuk membaiki rumah-rumah peneroka yang daif dan menyediakan pinjaman hingga RM40 ribu untuk membaiki / membesarkan rumah peneroka biasa.

39) Memberi pinjaman RM10 ribu untuk miliki saham Koperasi Permodalan FELDA (KPF) dengan bayaran melalui pemotongan keuntungan dividen.

40) Menerbitkan Sisipan ‘ASPIRASI FELDA GLOKAL’ dalam akhbar Utusan Malaysia pada setiap bulan dan menyiarkan maklumat mengenai pembangunan dan isu semasa FELDA melalui rangkaian stesen radio Suara FELDA.

41) Membayar zakat FELDA & KPF yang semakin meningkat contohnya; RM8.9 juta (bagi tahun 2005) dan RM12.4 juta (bagi tahun 2006).

42) Meletakkan nama suami dan isteri dalam geran hak milik peneroka yang sebelum ini hanya nama suami sahaja.

43) Membantu kerajaan Negeri Sembilan dan Melaka dari segi menyelesaikan masalah air di kawasan rancangan dengan peruntukan lebih RM10 juta.

44) Menganjurkan Seminar Pegawai Masjid FELDA (SPMF) dan Majlis Tilawah, Pertandingan Nasyid & Syarahan Peringkat Kebangsaan FELDA untuk memantapkan hubungan dan persefahaman antara kerajaan dengan pihak Pentadbiran Masjid FELDA seluruh negara.

45) Membina kilang memproses pelepah sawit di Bukit Sagu, kilang menjana elektrik daripada buangan sawit di Sahabat dan Taman Rekreasi Air Panas di Sungai Klah.

46) Membaiki dan menaik taraf 245 buah masjid (RM50 ribu sebuah) di seluruh FELDA dengan kos RM12.3 juta dan sebuah komputer setiap masjid. << di Felda Umas, Tawau siapa dapat kontrak, macam mana kerja?

47) Membaiki dan menaik taraf 265 buah sekolah agama (dari RM100 ribu – RM 200 ribu sebuah) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM33.2 juta.

48) Pemberian tahunan sebanyak RM600 untuk imam 1 dan RM400 untuk imam 2 bagi semua 245 buah masjid. Peruntukan khas ini adalah sebanyak RM245 ribu setahun.

49) Mengadakan skim insurans berkelompok berkonsepkan syariah dengan premium tahunan RM9 juta ditanggung sepenuhnya oleh FELDA.

50) Pembinaan Menara FELDA setinggi 50 tingkat telah dimulakan pada 22 Januari 2008 dengan RM640 juta yang dijangka siap dalam tempoh 3 tahun lagi berhadapan dengan KLCC, Menara Berkembar Petronas yang tertinggi di dunia. << nilai yang YB Ahmad maslan sebut dalam parlimen baru-baru ini bercanggah?

Carta di mana unit SERANTA (FELDA) di bawah JPM! Bagus jika diurus dengan baik, cuma..

Carta JPM * http://seranta.jpm.my/page.php?78

INFO dari web Seranta FELDA! Seranta di bawah JPM!

SENARAI RANCANGAN FELDA - NEGERI SABAH


SENARAI NAMA AHLI PARLIMEN DAN NAMA AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
BAGI RANCANGAN FELDA NEGERI SABAH
 
*http://seranta.jpm.my/page.php?46


Kembali ke Senarai Rancangan FELDA
BILPARLIMENADUNFELDA
1P188. SILAM
YB. Datuk Samsu Baharun bin Hj. Ab. Rahman (UMNO)

Ketua UMNO Bahagian
YB. Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansor
N49. TUNGKU
YB. Tuan Hj. Mohd Suhaili bin Hj. Said (UMNO)
1. Sahabat 1
2. Sahabat 2
3. Sahabat 3
4. Sahabat 4
2P191. KALABAKAN
YB. Datuk Seri Hj. Abdul Ghapur bin Hj. Salleh (UMNO)

Ketua UMNO Bahagian
YB. Datuk Seri Hj. Abdul Ghapur bin Hj. Salleh
N59. TANJUNG BATU
YB. Datuk Hajjah Hamisah binti Samad (UMNO)
1. Umas 1
2. Umas 2
3. Umas 3
4. Umas 4

Isnin, Jun 28, 2010

Tambah 1,000 Pasti lagi pada masa depan! Selangor juara bolasepak dan Terengganu juara bolajaring Pesta Sukan Pasti Malaysia 2010 di Pulau Pinang!


Mohd Sabri Said   
KEPALA BATAS, 28 Jun: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani mahu Pasti dikembangkan menjadi 1,000 buah lagi pada masa depan berbanding hari ini yang mencecah 1,000 buah di seluruh negara termasuk Sabah.

Justeru itu, beliau berharap semua jentera Pasti negeri serta guru-guru supaya memastikan pusat asuhan itu terus matang dan cemerlang pada tahun-tahun akan datang.
Beliau juga berkata, Sukan Pasti Malaysia yang diadakan setiap tahun mulai tahun 2005 berjaya membuka mata masyarakat.

Ini, katanya kerana melalui sukan itu masyarakat tahu bahawa Pasti bukan sahaja mengajar Al-Quran dan pembelajaran awalan Islam lain tetapi mengambil berat soal kemahiran permainan sukan seperti bola sepak dan bola jaring sejak kecil lagi.  

Kehadiran Pasti, tambahnya, di tengah masyarakat kini kian menyerlah bukan kepada masyarakat Islam sahaja bahkan di kalangan masyarakat bukan Islam.

"Inilah nilai Pasti sejak ditubuhkan 20 tahun lalu di mana kemunculannya di tengah masyarakat berjaya mengubah senario politik dan anggapan Pasti semata-mata mengajar Islam dengan membelakangkan sebarang bentuk kesukanan terutamanya bola sepak yang menjadi sukan kegemaran rakyat negara ini," jelasnya ketika merasmikan Majlis Penutup Pesta Sukan Pasti Malaysia 2010 di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), di sini petang semalam.

Hadir sama menyaksikan pesta sukan kali keenam itu ialah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Yusni Mat Piah, Pengarah Pasti negeri, Mohd Asri Harun, Ketua Majlis Guru Pasti Malaysia, Puan Saadiah Abu Bakar serta kepimpinan Pasti yang turut memberikan sokongan padu kepada pasukan yang bertanding.
Terengganu bakal menjadi tuan rumah pesta sukan itu pada tahun depan.

Sementara itu, pasukan bola sepak Selangor sekali lagi menunjukkan taring apabila berjaya mengekalkan kejuaraan apabilan mengalahkan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir.
Pasukan merah kuning itu nyata gah di padang kerana sekaligus memenangi ketogari penjaring terbanyak, Adik Lokman Hakim dan pemain terbaik, Mohd Fakrulrazi Ahmad Shamsuri.

Piala kemenangan disampaikan oleh Ketua Pengarah Pasti Malaysia, Azrin Abdul Majid kepada semua pemain, juru latih dan ketua kontinjen Selangor.

Pasukan Perak menduduki tempat ketiga mengalahkan Terengganu dengan lambungan syiling apabila kedua-dua pasukan berkesudahan seri 7-7.

Dalam acara bola jaring pula, pasukan Terengganu menang besar mengalahkan Kedah dengan jaringan 10-1 bagi memastikan pasukan mereka paling hebat berbanding kontinjen lain.
Tempat ketiga Selangor yang mengalahkan pasukan tuan rumah juga dengan jaringan besar 12-1.

Bagi ketogari bola jaring, Adik Siti Ainun Majah Zulkifli berjaya menjadi penjaring terbanyak dengan 25 gol manakala Adik Adlin Aqilah Kamarulhisyam mendapat anugerah pemain terbaik.
Sebanyak 13 buah negeri mengambil bahagian iaitu Melaka, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Kelantan, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Terengganu dan Sabah.

Anak cabar Ahmad Maslan debat terbuka isu rezab Felda!


Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 28 Jun: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat secara terbuka berhubung isu kemerosotan rizab Felda.


Dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini, Mazlan berkata, jawapan Ahmad di parlimen berhubung faktor kemerosotan tersebut adalah sangat meragukan dan banyak tanda tanya.

"Saya cabar Datuk Ahmad Maslan buat debat intelektual tentang Felda, di mana-mana saya tak kisah.

"Kalau dia rasa dia betul, kata pendedahan kita ni salah, kita buat debat," katanya.

Turut serta dalam sidang media tersebut, bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong.

Ahmad sebelum ini mengakui rizab tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009.

Kemerosotan itu, jelasnya ekoran RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah peneroka, RM662 juta untuk bagunan baru Menara Felda.

Bagaimanapun, Anak berpendapat banyak keraguan di sebalik penjelasan tersebut.

Selain itu, Anak juga jelasnya akan membuat laporan polis berhubung keraguan mereka terhadap penjelasan kerajaan itu di seluruh negara sehingga hujung bulan ini dan sehingga kini tiga laporan polis telahpun dibuat iaitu di Temerloh, Kota Tinggi dan hari ini di Segamat.

Jika tiada sebarang respons dari laporan-laporan tersebut, Mazlan berkata perkara tersebut akan di bawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kita akan bawa semua wakil-wakil peneroka, anak-anak peneroka berhimpun beramai-ramai di hadapan pejabat SPRM.

"Kita akan serahkan satu dokumen lengkap salah guna kuasa oleh kerajaan, minta SPRM siasat.
Dalam pada itu, behubung RM2 bilion yang didakwa digunakan untuk tanam semula, Mazlan berkata Felda sepatutnya tidak mengalami kemerosotan, kerana mereka membuat pemotongan caruman RM40 setiap bulan bagi sejumlah 112,635 peneroka.

Jika dikira sejak kali pertama Felda membuat pemotongan tersebut sehingga kini, dan dilaburkan, beliau memberitahu paling kurang Felda mendapat RM3 bilion daripada tanaman semula.
"Ke mana pergi wang ini? Kita minta satu penjelasan dari Perdana Menteri," katanya lagi.

Bagi pinjaman perumahan pula, Mazlan yang juga generasi kedua Felda berkata, seramai 18,406 telah membuat pinjaman dari Felda.
Setiap peneroka, jelasnya diminta menandatangani satu borang serah kuasa dan dikehendaki membayar balik pinjaman dengan 2.5 peratus kos pengurusan.
"Peneroka akan membayar balik pinjaman tersebut antara RM200 hingga RM300 sebulan.

"Dia sebut Felda keluarkan RM603 juta, pada masa yang sama, berapa banyak kutipan telah dibuat oleh Felda atas skim pinjaman sejak 2005 hingga sekarang?" soalnya lagi.

Beliau turut mempertikaikan kewajaran Felda memperuntukkan RM253 juta yang didakwa untuk tabung kemiskinan Sabah, sedangkan anak peneroka di Semenanjung ini pun tidak diberi apa-apa bentuk kebajikan.

"Apa relevannya sebuah negeri seperti Sabah, yang mendapat geran setiap tahun, dalam bajet disalurkan peruntukan sekian banyak, tiba-tiba agensi seperti Felda yang mendapat peruntukan dari kerajaan awal dahulu untuk bantu rakyat, institusi ini pulak bantu kerajaan Sabah?" soalnya lagi.

Keraguan juga timbul berhubung sejumlah RM662 juta yang didakwa diperuntukkan untuk bangunan baru Menara Felda.

Menurut Mazlan, kenyataan Ahmad bahawa RM662 juta untuk bangunan baru tersebut juga bercanggah dengan kenyataan awal Datuk Seri Najib pada 2008.

Najib pada waktu itu memberitahu kos untuk bangunan baru tersebut adalah RM640.77 juta dan akan siap dalam masa tiga tahun.

ANAK akan buat laporan ke SPRM salah laku FElda!


NGO lapor pada SPRM isu FELDA
Jun 28, 10 12:08pm
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Julai dan menyerahkan "dokumen lengkap" dakwaan 'salah guna kuasa' dalam Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA).
"Kita minta SPRM buat siasatan. (Kerajaan) jangan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat," katanya.

Katanya, dokumen tersebut sebagai dokumen sokongan mengandungi jumlah pendapatan FELDA dan aktiviti yang dijalankan oleh 43 anak syarikatnya.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, tindakan itu susulan tiga laporan polis pada 23 Jun, 25 Jun dan hari ini - masing-masing di Temerloh, Kota Tinggi dan Segamat - berhubung dakwaan kepincangan dan salah urus agensi kerajaan itu.

Berpolitik: Gamis mahu pensyarah diambil tindakan. Pensyarah terlibat politik boleh, kalau UMNO? he he..


Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 27 Jun: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mahu pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil tindakan tatatertib kepada seorang pensyarah universiti itu yang menyertai Umno Jumaat lalu.

Presidennya, Mohd Idris Mohd Yusoff dalam satu kenyataan berkata, UKM perlu adil dan konsisten apabila sebelum ini turut mengambil tindakan tatertib terhadap empat pelajar Sains Politik yang terlibat dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor lalu kerana di dakwa melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

"Gamis mendesak pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan pendirian kepada seorang pensyarahnya Fadlan Mohd Othman yang secara jelas dan terang menyatakan kepada umum menyertai parti Umno," katanya.
-----------------
respon : sokong sangat pendirian Gamis!

Ahad, Jun 27, 2010

Zunar berkartun sehingga titisan dakwat terakhir

Ujar Zunar, meskipun buku dan majalahnya diharamkan, namun kerajaan tidak boleh mengharamkan mindanya.
"Saya akan terus berkartun sehingga ke titisan dakwat terakhir," katanya.

Semalam, kerajaan mengumumkan buku kartun 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun, terbitan syarikat Kinibooks - anak syarikat Malaysiakini telah diharamkan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

------------- respon : buku yang lebih teruk memusnahkan minda dan budaya orang Malaysia seperti Majalah Mangga.. dibiarkan tanpa diharamkan?

KERAJAAN SABAH AKAN TUMBANG PADA PRU 13?

KERAJAAN SABAH AKAN TUMBANG PADA PRU 13? PDF Print E-mail
Written by Admin   sabahkini.net
Friday, 25 June 2010 15:15
 

Oleh: HJ.WAHAB TIMPAI.
KAKITANGAN dalam Jabatan kerajaan digesa supaya mengurangkan kuasa berlebihan dalam politik sehingga rakyat merasa meluat kerana tidak mendapat layanan yang baik kerana berlainan ideologi politik.

Sombong, bongkaknya mereka yang berperanan dalam parti politik Barisan Nasional semakin menjadi-jadi menyebabkan rakyat tidak lagi berpihak sokongan mereka kepada kerajaan BN sekarang, sebaliknya, mula berpindah randah ke Pakatan Rakyat.

Dalam analisis rambang oleh Sabahkini.net di kawasan Tenom, rata-rata pendapat di kalangan professional, Kerajaan Sabah akan tumbang pada PRU 13.

Lihatlah gelagat ' TIDAK MENGHORMATI AGAMA ISLAM' di Malaysia!

TIGA Ratu Malaysia (dari kiri) Weena Marcus, J. Subathra dan Angelreena Lim pada majlis pelancaran mee segera terbaharu pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia, di Matrade, Jalan Duta, Kuala Lumpur, 25 Jun. - Utusan/MOHD. NAIM AZIZ
-----------------------
respon : Kerajaan mesti bertanggungjawab.. ini PAMERAN HALAL.. bukan Halal pada MAKANAN sahaja! Bukan Islam tidak akan menghina Islam jika kita tidak bertegas memaklumkan adat / hukum Islam sedang kita berkuasa.. kan kan

Jangan tertipu, bukan semua masuk UMNO jumpa PM! Mantan MB Perlis punya angkara?

Gambar Kontroversi
----------------------------------------------------

Bashir Ishak   
KANGAR, 27 Jun: Walaupun begitu gah Umno mencanangkan di media massa bahawa seramai 40 orang ulama muda telah menyertai parti itu kelmarin, namun maklumat yang diperolehi hanya sebahagian sahaja yang benar-benar berbuat demikian.

Sebaliknya pula, ada sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan Shahidan.

"Shahidan telah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka untuk tujuan politiknya. Mereka mewakili Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.

"Salah seorang mereka adalah tenaga pengajar di sekolah kita di Jejawi, Ustaz Wahab Abdullah. Dia bukan pergi serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas. Maklumat yang kita dapat bukan sampai 40 orang pun yang menyertai Umno," jelasnya dalam majlis ceramah di Markas Tarbiah PAS Padang Besar di Santan dekat sini malam tadi.
Ustaz Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (MADI), salah sebuah sekolah kelolaan PAS Perlis.

Felda Bangkrap? 4 akan disaman Felda.. nah!! Panas ni...

'Felda bankrap' - Suara Keadilan, Zaid disaman

KDN panggil Editor Suara Keadilan

KULIM 26 Jun – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memanggil pengurusan dan editor kanan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan untuk memberi keterangan berhubung penyiaran laporan berunsur fitnah berkaitan kerugian Felda.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, editor kanan akhbar tersebut dipanggil hadir ke pejabat KDN di Putrajaya, semalam.

“Tindakan ini dibuat berhubung penyiaran laporan tidak berasas dan tidak benar berkaitan Felda yang dikatakan mengalami kerugian besar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan 
Perwakilan UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu di sini hari ini.

Akhbar Suara Keadilan pada 22 hingga 29 Jun itu menyiarkan berita muka hadapannya dengan tajuk Felda Bankrap dan empat lagi artikel berkaitan dalam keluaran sama.

Berikutan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan semalam berkata, Felda akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suara Keadilan dan beberapa pemimpin parti itu kerana didakwa menyiarkan laporan berunsur fitnah.

Empat pemimpin pembangkang yang akan disaman ialah Datuk Zaid Ibrahim; Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Tan Kee Kwong dan Suhaimi Said serta Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Wahid Endut.
--------------------------------------------
www.malaysiakini.com/bm

Dalam sidang media di ibu pejabat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu di ibu negara, Ahmad menjelaskan mustahil FELDA di ambang bankrap memandangkan ia merupakan "pemilik tanah paling besar di dunia" dengan 23,000 kakitangan pengurusan.

Katanya, walaupun tunai syarikat itu berkurangan sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh empat tahun (sehingga tahun lalu), aset semasa dan tetap FELDA menonjak sebanyak RM6.2 bilion dalam tempoh yang sama.
Ahmad yang juga ahli parlimen Pontian berkata syarikat itu juga mempunyai pelaburan di pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Arab Saudi, China, India dan Australia.

"Kedudukan kewangan FELDA kini sangat kukuh berdasarkan nisbah-nisbah kewangan (financial ratios). Aset bersih FELDA sekarang berjumlah RM12.2 bilion," jelas Ahmad.

Sementara itu, Ahmad juga berpendapat, selain "dengki", motif di sebalik penyiaran berita siaran dalam Suara Keadilan itu dibuat ekoran FELDA diterajui perdana menteri sendiri.

"Sasarannya pada perdana menteri sendiri. Kedua, FELDA ini kubu kuat BN. Mereka (pembangkang) hendak pecahkan penguasaanBN," katanya.



Kerusi N58 Dun Merotai, Sabah timbul konflik?


Umno, LDP bercakaran kerana kerusi Merotai, Tawau
Jun 25, 10 3:34pm
Wanita Umno Bahagian Kalabakan kecewa dengan kenyataan Ketua Penerangan Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah, Albert Kok, yang menganggap Umno tidak menghormati semangat setia kawan dalam Barisan Nasional apabila menuntut supaya kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Merotai diserahkan semula kepada Umno.

Ketuanya Datuk Hamisa Samat berkata semua pihak dalam BN termasuk LDP sepatutnya menghormati keputusan menuntut kembali kerusi itu yang dibuat oleh 191 cawangan Umno Bahagian Kalabakan dalam mesyuaratnya baru-baru ini.

Felda: Tubuh jawatankuasa siasatan bebas! kenapa tidak menjawab...


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 26 Jun: Kegagalan kerajaan memberi penjelasan memerlukan satu siasatan menyeluruh yang dikendalikan oleh suatu jawatankuasa siasatan bebas di bawah Parlimen Malaysia perlu dibentuk dengan segera demi untuk menyelamat institusi Felda yang dibangunkan atas keringat dan tulang empat kerat peneroka.

Justeru, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, tindakan kerajaan dan Felda mahu menyaman akhbar Suara Keadilan dan beberapa individu atas isu yang dilaporkan adalah sesuatu yang mengejutkan.

Katanya, rakyat kususnya peneroka Felda sedang menanti penjelasan dan jawapan yang meyakinkan terhadap dakwaan atas isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan perbelanjaan wang Felda sehingga rizab tunai merosot begitu teruk sekali.
Tambahnya, rakyat ingin mengetahui apakah semenjak 2004 hingga 2009 Felda tidak menerima apa-apa bayaran ke dalam akaunnya.

Felda: Susut RM2.7 bilion atau RM8 bilion? oleh Datok Paduka Husam Musa



http://cetusan-hati.blogspot.com/   
Berapa sebenarnya rezab tunai Felda susut? 2.7 billion atau 8 billion?

Teliti kenyataan Ahmad Maslan di lobi Parlimen;

Speaking to reporters at the Parliament lobby later, Ahmad explained that Felda's cash reserve was at RM4.08 billion in 2004 but dropped to RM1.35 billion in 2009 - a plunge of RM2.73 billion over a five-year period.

He said that the difference was used for welfare purposes - RM2 billion for replanting crops, RM603 million for interest-free housing loans, RM253 million for the Sabah poverty eradication fund and RM662 million for the new Felda headquarters.



a. Baki pada akhir 2009 - RM 1.35 billion.
b. Baki pada akhir 2004 - RM 4.08 billion.


Antara tempoh 2004 sehingga 2009, adakah Felda tidak menerima apa-apa pembayaran? Semua ladang Felda tak ada hasil dalam tempoh lima tahun itu? Satu sen pun tak masuk?

Kenyataan Ahmad Maslan di atas seakan antara 2005 hingga 2009, Felda langsung tidak menerima sebarang wang dan wang berbaki hanya apa yang dibelanjakan dari rezab terkumpul sehingga 2004 tadi.

Mustahil!!

Maklumat tepat yang saya perolehi, antara tempoh 2005 hingga 2009, Felda menerima pendapatan tunai sejumlah RM 5.2 billion lagi!

Penerimaan tunai Felda adalah seperti berikut;

a. 2005 - RM 682 juta
b. 2006 - RM 697 juta
c. 2007 - RM 1.270 billion
d. 2008 - RM 1.70 billion.
e. 2009 - RM 830 juta


Jumlahnya menghampiri RM 5.2 billlion!

Jumlah ini perlu dicampur dengan baki 2004. Bila dicampur dengan baki 2004, jumlahnya ialah RM 9.28 billion!

Baki 2004 - 4.08 billion
Masuk 2005 - 2009 - 5.2 billion
Jumlah - 9.28 billion


Baki sehingga 2009 seperti kenyataan Ahmad Maslan hanya RM 1.35 billion.

Ini bermakna wang yang susut lebih dari RM 2.78 billion kerana jumlah semua rezab tunai Felda bersekali dengan baki 2004 ialah RM 9.28 billion ditolak dengan baki yang tinggal sehingga 2009 ialah RM 1.35 billion (RM 9.28 b tolak RM 1.35 b = RM 7.9 menjadikan jumlah sebenar yang telah susut dalam tempoh lima tahun ini ialah menghampiri RM 8 billion!

Mengenai perbelanjaan pula, perhatikan semula kenyataan Ahmad Maslan di atas. Senarai perbelanjaan sehingga wang itu susut adalah seperti berikut;

RM2 billion for replanting crops, RM603 million for interest-free housing loans, RM253 million for the Sabah poverty eradication fund and RM662 million for the new Felda headquarters.


a. RM 2 Billion untuk tanam semula
b. RM 603 juta untuk pinjaman perumahan tanpa faedah
c. RM 253 juta untuk program kemiskinan di Sabah
d. RM 662 juta untuk menara baru ibu pejabat Felda

Pertama : Menara Felda masih dalam pembinaan. Kenapakah bayaran penuh telah dibuat? Mustahil! Kalau masih berlaku, ia satu perkara yang sangat pelik.

Kedua : RM 2 billion untuk Tanam Semula.

Kenapa guna rezab tunai Felda?

Bukankah Felda mempunyai Tabung Tanam Semula? Bukankah Felda telah mengutip sebanyak RM 4 sebulan seekar dari kesemua 112,000 penerokanya untuk lima tahun? Tabung itu sudah mencecah hampir satu billion dan tanam semula tidak pernah menggunakan rezab tunai Felda.

Adakah kedua-dua kenyataan ini benar? Atau kedua-duanya salah?

Kedua kenyataan ini tidak benar adalah lebih menasabah.

Bermakna, Felda gagal menjelaskan ke mana wang tersebut telah lesap dan Felda juga gagal menjelaskan angka sebenar wang rakyat yang di jaga oleh Felda susut.

Jumlah yang tidak kecil. Semua perolehan ini adalah dari ladang-ladang getah dan sawit, samada mempunyai peneroka seluas 1.2 juta ekar di seluruh negara mahu pun tanpa peneroka sejumlah 800,000 ekar.

Jika keuntungan sebesar itu disumbangkan oleh ladang-ladang di Malaysia, apa jaminan pelaburan Felda di luar negara boleh menyaingi apa yang disumbangkan dalam negara?

Bila Datuk Najib memperkenalkan konsep Felda patut mengembangkan sayapnya menjadi pemain global, apa jaminan pengembangan itu akan menyihatkan Felda dan bukan untuk mencabut bulu-bulunya sehingga nanti menjadi burung tanpa bulu?

Setelah Felda melabur di Amerika dan Kanada dalam Twin River Tech masing-masing sebanyak RM 300 juta dan RM 500 juta, berapakah jumlah keuntungan yang telah dihasilkan?

Secanggih mana teknologi pemprosesan biji bunga matahari dan soya yang ada di kilang ini sehingga pelaburan Felda sedemikian besar?

Dengan RM 300 juta yang dibelanjakan dan pegangan 85% dalam TRT itu, mampukah Felda mengawal pengurusannya atau kita sekadar melihat dari jauh sebelum apa-apa terjadi terhadap wang kita sejumlah RM 800 juta itu tadi?

Jangan jadi seperti kita membeli syarikat motor oleh Proton dulu yang berakhir dengan dijual hanya satu euro!

Tidak semestinya bila Felda mempunyai kilang penapis sawit di sini, pengurusan penapisan bunga matahari nun jauh di Kanada juga kita boleh kuasai. Itu pun sebahagian kilang penapis Felda telah pun dijual kepada syarikat dari India untuk membolehkan Felda melabur tak kurang dari RM 688 juta pula dalam penternakan lembu untuk menghasilkan susu dan daging!

Apa istimewanya syarikat pembekal daging lembu (sebenarnya kerbau?) dari India itu tidak kita ketahui, sehingga selain dapat membeli kilang penapis, dapat pula menikmati diskaun belian minyak sawit mentah sebanyak USD20 per metrik tan sedangkan anak syarikat FELDA sendiri - Felda Vegetable Oil Product cuma diberi subsidi sebanyak RM20 per metrik tan.

Misteri! Lubang besar Felda?

Bagaimana kita rakyat biasa boleh membongkar misteri ini?

Datuk Paduka Husam Musa,
Exco Kerajaan Kelantan.

Dr Asri belum sertai parti politik.. setakat ini atau sampai bila-bila?


Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 26 Jun: Mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan antara ulama yang akan menyertai Umno semalam, hari ini menegaskan belum menyertai parti itu mahupun mana-mana parti lain.

Tegasnya, pendirian beliau tetap sama berpegang kepada prinsip Islam dengan menyatakan sokongan berdasarkan kebenaran dan fakta membatasi fahaman politik.

"Ingin saya tegaskan kepada rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik.

Jumaat, Jun 25, 2010

UMNO- ada ahli sokong ada ahli bantah JUDI.. haru biru puak-puak ni...


Roslan SMS   
APCOUMNO
------------------------------------
Isu judi bolasepak yang dilesenkan kepada Ascot milik jutawan Vincent Tan terus hangat diperkatakan. Saya percaya ramai yang tidak ambil pusing jika tokok-tokoh bukan Islam atau bukan Melayu yang mengeluarkan kenyataan tak kiralah menyokong atau menentangnya.

Malah di kalangan pemimpin politik bukan Islam sama ada dari BN mahupun dari Pakatan Rakyat, berbelah bahagi nampaknya. Ada yang menyokong, ada yang menentang. Lebih tepat lagi rata-rata pemimpin PR menentang, manakala ada juga dari BN yang turut menentang.

Yang menjadi pelik malah mengaibkan agama dan bangsa adalah apabila pemimpin Melayu Islam yang terpacul memberi sokongan dan mempertahankan kewajaran memberikan lesen judi ini.

Alasannya konon lesen ini tidak ada kena mengena dengan orang Islam. Konon seorang Pak Menteri berkata berjudi ini hak asasi bukan Islam! Berjudi ini cara hidup bukan Islam – “gambling had always been a way of life for the non Muslims in the country” (Rais Yatim).

Kalau Presiden PAS pengganas, sudah lama negara huru-hara... Ketua Pemuda Pas

sudah lama negara huru-hara

Harakahdaily.net 
KUALA LUMPUR, 25 Jun: Kalau Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang seorang pengganas, maka sudah lama negara ini menjadi huru-hara, tegas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar).

Baginya, jika Tuan Guru Abdul Hadi pengganas, sudah pasti ada kejadian membakar dan mengebom bangunan seperti yang berlaku di Indonesia dan Thailand.
Katanya, pengikut PAS dan penyokong Tuan Guru Abdul Hadi ada di mana-mana di Malaysia ini.

“Boleh dikatakan bukan setakat umat Islam, bahkan bukan Islam pun ramai yang menjadi penyokong beliau. Populariti beliau  lebih daripada  Perdana Menteri sendiri.

Kartun dan sentuhan Zunar ke atas kehidupan PM...

PAS sifatkan Najib takut kartun Zunar
Zunar Kartunis
Sekolah:
1969-1970: Sek Keb Sungai Tiang
!971-1974: Sek Keb Padang Durian
1975-1977 : Sek Men Sg Tiang
1977-1979: Sek Men Pendang
1980 : Sek Men Jitra
1980-1981: UTM, Jalan Semarak

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 25 Jun: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kasihan melihat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketakutan melihat penerbitan kartun-kartun karya kartunis popular Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataannya hari ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharamkan dan merampas buku kartun 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun.

Ketua Setiausaha Kementeri Dalam Negeri, Datuk Mahmud Adam berkata, buku yang diharamkan adalah Perak Darul Kartun, Isu Dalam Kartun dan 1 Funny Malaysia.

Syarikat Penerbitan Kinibooks yang juga anak syarikat Malaysiakini yang menerbitkan buku berkenaan berhadapan dengan ancaman hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Sebelum ini Zunar juga dilaporkan pernah memohon untuk mendapatkan permit penerbitan Gedung kartun, tetapi pihak KDN menolak.

Pemimpin Umno-BN yang menguasai Kerajaan tidak dapat menerima secara terbuka kritikan, sindiran dan satira yang dikemukakan dalam edisi kartun-kartun ini. Mereka terdesak untuk menafikan pandangan rakyat terhadap kezaliman, penyelewengan dan keangkuhan mereka.

PAS menyokong usaha Zunar dan Malaysiakini dalam memberikan gambaran alternatif kepada rakyat tentang Kerajaan yang selalunya digambarnya dengan imej positif sahaja melalui rangkaian media mereka, kata Idris dalam kenyataannya.

Katanya, rakyat perlu tahu apa yang kerajaan sembunyikan dari mereka.

Zunar yang juga mantan Ketua Pengarang Suara Keadilan diakui ramai pihak sebagai pengkartun yang mempunyai daya kreativiti satira yang luar biasa dan mampu mengoyahkan kedudukan dan imej Najib.

Kes Kapal Selam, Dasar-dasar Najib, Pergaduhan Pemimpin Umno-BN, Kezaliman mereka, rasuah dan sebagainya adalah antara perkara yang tidak mampu dijelaskan oleh Najib tetapi mudah diterjemahkan dalam bentuk kartun oleh Zunar.

--------------------------
yusz : 
dah beli buku Zunar.. best.. ya, betul.. satu cara berdakwah.. :)