Selasa, Ogos 11, 2009

Ziarah Rakan Abang Peneroka Sakit Stroke (Darah Pekat)...

Kelihatan rakan-rakan yang datang menziarahi En. Rosli B. Roslan, Umas 3 yang baru 1 minggu lebih keluar dari hospital Tawau.. gara-gara banyak makan sayuran hijau seperti sawi, bayam, kangkung.. pelik-pelik juga penyakit ni.. kata DR: darah pekat, jadi tak boleh jalan darah.. kena kasi cair.. ada ubat hospital beri untuk cairkan darah..



Kelihatan di tangan En. Mustain, tepung Kolostrum yang dibeli oleh pesakit dengan harga RM180, glamour tepung ni kerana ianya banyak diguna oleh pesakit stroke... Import New Zealand bah, halal!

Kelihatan En. Rosli (kiri) sedang menceritakan detik-detik beliau dibawa ke hospital Tawau, ini kes ke 2 di Tawau melibatkan isu ' darah pekat. Beliau dirawat bagaikan bahan 'eksperimen' sahaja... tiub yang dipasang sebagai saluran makanan dan kencing, amat menyakitkan...

PENGAJARAN : JAGALAH KESIHATAN SEAWAL WAKTU YANG MUNGKIN, KERANA AKHIR WAKTU, RM 1 JUTA PUN TAK BOLEH MENEBUS HARGA 'KESIHATAN' YANG TERAGUNG DIBERI PINJAM OLEH ALLAH..

* ZIARAH INI KERAP DIJALANKAN ASAL SAHAJA MENDAPAT TAHU RAKAN-RAKAN DI FELDA YANG SAKIT TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK BAHKAN AGAMA... :)

Tiada ulasan: