Rabu, Ogos 12, 2009

H1N1, TERKINI 44 KES KEMATIAN!



Enam lagi menjadi korban terbaru wabak selesema A (H1N1), termasuk dua orang bayi, menjadikan jumlah kematian setakat ini 44 orang sejak kes pertama pada 23 Julai lalu. Dua bayi itu seorang perempuan berumur 10 bulan dan seorang lagi lelaki berumur 12 bulan, lapor Bernama. Seramai 21 orang lagi dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Semalam enam kematian dilaporkan, sementara jumlah kes pula mencatatkan rekod tertinggi dalam satu hari - 270 kes, semuanya gejala jangkitan tempatan. Kerajaan menganggap wabak ini sebagai ancaman serius terhadap negara dan bercadang mengadakan kempen penerangan besar-besaran bagi membendungnya.

Tiada ulasan: