Kelihatan ust Solah sedang menghidupkan api membakar dosa-dosa lalu! he he.. bakar kayu api peninggalan kontrak bikin surau...
pelajar muslim dan non muslim membantu membersihkan dalam dan luar surau.. pelajar non muslim lagi semangat berbanding orang kita... ust lokman abdul lateh tekong program pembersihan surau ini...
Gambaran surau dari Tingkat atas Blok A.. menarik juga surau ini.. biasalah zink biru, lambang kerajaan yang memerintah.. he he...
Pandangan dari simpang ke kantin sekolah... sumbangan RM200 ribu katanya untuk menyiapkan surau ini diberi oleh Yayasan Felda dengan dibuka tender dan dapatlah kepada En Idrus Kijan, peneroka Felda Umas (dikatakan ORANG KUAT PENGERUSI FELDA Tan Sri Dr Yusoff Nor dan ORANG KUAT DSP HJ ABDUL GHAPUR) sebagai kontrak menjalankan kerja-kerja yang memakan masa 2 tahun juga...
Akhirnya, tak lama lagi boleh digunakan khasnya bagi solat tarawih...
* kalau SPRM dan JKR masuk cek, mungkin ada yang akan mati sakit jantung... banyak spek kerja yang diragui tahap keselamatan dan kualiti material yang digunakan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan