Sabtu, Ogos 15, 2009

Kita pula mengarut di tepi jalan nak hapuskan ISA, kata Naib Presiden Umno!.

Fikir dulu sebelum minta hapus ISA: Hishammuddin

KOTA BAHARU: Rakyat perlu berfikir dengan waras dan tidak terpengaruh dengan permainan politik dangkal sesetengah pihak sebelum meminta Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, dalam keadaan negara maju yang sebelum ini melaungkan demokrasi dan kebebasan bersuara pun sudah menerima pakai akta keselamatan seperti ISA, masih ada pihak di negara ini yang mengambil pendirian enggan menerima kepentingan akta itu.

"Di Amerika Syarikat pun sudah ada akta patriotiknya, United Kingdom pun sudah ada akta antiterorrisme, di Melbourne (Australia) baru-baru ini pun lima pengganas berasal dari Somalia (ditangkap). <<<== ini hujah sebagai orang Islam ka? belajar agama di mana? bukankah dalam Islam mengajar wajib 'adil' kepada rakyat. mesti dibicarakan... dunia pun dah tak boleh meyakinkan manusia, apatah lagi dengan Allah.. hisyamudin.. hisyamudin... :(

(Tetapi), kita pula mengarut di tepi jalan nak hapuskan ISA. Negara lain pun sekarang ini cari jalan bagaimana nak kukuhkan undang-undang yang mereka tak ada, tetapi kita ada. Janganlah kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar," katanya pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kubang Kerian di sini, hari ini.

Beliau mengulas kemungkinan negara berhadapan ancaman keganasan pihak yang ingin membalas dendam berikutan kegagalan menahan penjenayah paling dikehendaki di rantau Asia Noordin Mohammad Top.

--------------------------

Banyak lagi kerja mengarut Hisyamudin buat.. tapi demo yang tidak minta duit UMNO ini bukan sebarangan usaha.. ia bisa meng'aman'kan negara... 'ada ISA' adalah rasuah! ada Isa, UMNO terus boleh buat jahat kepada rakyat?

Tiada ulasan: