Sabtu, Ogos 01, 2009

ISA - 1 OGOS 2009, POLIS MULA TAHAN ORANG AWAM?

Tuan-tuan pernah pergi Kampong Memali, Baling?

Memali terkenal dengan Sejarah Hitam 1985, kematian orang kampong beserta Tuan Guru As-Syahid Ust Ibrahim Mahmud@Ibrahim Libya.. mati menegakkan agama Islam di hadapan pemerintah yang zalim!

Orang kampong bukan orang bandar.. lihat rumah lihat pakaian mereka pun bukan pengikut ajaran sesat! Tak pernah dan tak pandai nak menilai sama sekali mana satu penjenayah mana satu manusia yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara.. Ust Ibrahim guru agama, mengajar di kampongnya walaupun sebelum itu pernah bertugas di Pusat Islam (sekarang JAKIM).. kerana agamanya, dibunuh dengan kejam!

2004, menang kes Memali memihak kepada mangsa Memali! Dunia pun menghukum kerajaan, apatah lagi di akhirat dah pasti akan dibalas yang setimpal!

Muda-h-mudahan mereka pihak berkuasa yang masih hidup, akan bertaubat.. ingatlah air mata anak-anak, isteri dan kaum keluarga yang terlibat akan berdoa untuk KAMU! DOA AGAR ALLAH MEMBALAS APA YANG TERBAIK UNTUK SIAPA YANG ZALIM!

Isa diperkenalkan tahun 1960.. hari ni 49 tahun dianggap sebagai PENAMAT kepada akta zalim ini..

SO: DOAKAN PEJUANG ANTI ISA DI KL HARI NI, AGAR OBJEKTIF TERCAPAI! ALLAHU BERSAMA KAMU!

Tiada ulasan: