Sabtu, Ogos 15, 2009

Bukan di Perancis sahaja... di M'sia pun!

Tutup aurat tak boleh masuk kolam



SEORANG model, Meccaa Laalaa menunjukkan pakaian mandi �burqini� dilarang pengendali kolam renang di Paris.

Mualaf Perancis cabar di mahkamah

PARIS: Pengendali sebuah kolam renang di Paris enggan membenarkan seorang wanita muda Muslim yang memakai 'burqini' daripada memasuki kolam itu kerana pakaian mandi yang dipakainya menutup hampir keseluruhan tubuh.

Larangan itu dilakukan ketika ahli Parlimen Perancis berdebat sama ada akan melarang burqa selepas Presiden Nicolas Sarkozy menyifatkan pakaian yang menutup bahagian kepala hingga kaki 'tidak dialu-alukan' di negara sekular seperti Perancis.

Akhbar La Parisien berkata, wanita itu yang dikenali dengan nama Carole, adalah warga Perancis yang memeluk Islam dan berhasrat untuk mencabar keputusan itu di mahkamah.

"Ini adalah satu bentuk pemisahan. Saya akan lawan bagi mengubah keadaan. Jika saya kalah, saya tidak menolak kemungkinan meninggalkan Perancis," akhbar itu memetiknya. Akhbar juga menyiarkan gambar wanita itu memakai 'burqini' yang dibelinya ketika bercuti di Dubai baru-baru ini. - AFP


>> di M;sia pun sama juga.. asal kolam mandi, dah terbayang kena bukak aurat lah.. lepas tu, tempat mandi lelaki perempuan bercampur macam di Hotspring, Ranau.. masya allah.. dah jadi sosial sangat suasana mandian di sana.. namun, kita merasa gembira jika dalam sebuah negara sekular seperti Perancis, lahir 1 permata yang sanggup menonjolkan akhlak dan aqidah Islam di mata dunia.. doakan dia menang di mahkamah dunia.. :)

Tiada ulasan: