Selasa, Ogos 04, 2009

HUKUM AZAN DALAM KUBUR?

Soalan : Azan di dalam kubur bagi si mati? Alasan : Ketika kita dilahirkan diazankan, apa salahnya masa kematian juga diazankan.

Jawapan :

1) Ia termasuk perkara bidáh

2) Nabi Muhammad saw tidak pernah lakukan. Sahabat-sahabat Nabi saw pon tidak pernah lakukan.

3) Orang mati tidak perlu diazankan

4) Tiada dalil dari Al-Quran dan hadis

5) Kitab ahkam al janaiz wa bidúha –Albani, azan di kubur bidáh. Ia tidak sama ketika lahir kerana ia mempunyai hadis di mana Nabi saw menyebut sunat azan di telinga kanan dan iqomat di telinga kiri.

Lagipun, alas an orang mati kena azan juga tidak masuk akal.Masa lahir kerana mengelakkan gangguan iblis syaitan dan agar lafaz itu sebagai lafaz yang mula-mula didengar oleh bayi. Sedang bila mati, terputus segala amalannya. Jenazah tidak dapat lagi faedah dari azan.

6) Tidak boleh, masyarakat di sini suka buat perbandingan. Ibadat tetap. Kalau boleh, sudah tentu Nabi saw dan para sahabat lakukan. Lagipun tujuan azan ketika dilahirkan adalah mengelakkan gangguan syaitan. Kalau dah mati, syaitan pond ah cabut lari.

7) Tak perlu, Nabi saw tidak pernah menyuruh dilakukan. Bukan sunat juga.

Tiada ulasan: