Rabu, Ogos 12, 2009

H1N1, Mula menyerang istana Pahang?

Tengku Puan Pahang, lima anakanda hidap H1N1

Rabu 12 Ogos 2009

KUANTAN: Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan lima anakanda baginda dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAF) kerana dijangkiti Influenza A (H1N1).

Lima anakanda baginda yang berumur tujuh hingga 14 tahun, termasuk pasangan kembar yang berusia sembilan tahun dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu, manakala baginda dimasukkan keesokan harinya.

Pengarah hospital, Datuk Dr Ardi Awang ketika dihubungi, berkata keadaan baginda dan semua anakanda Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang sedang dirawat di wad diraja hospital berkenaan sudah diberikan antiviral.

>>> ulasan : kasihan ya.. agaknya kerana hal ini, kerajaan menambah STOK BEKALAN ANTIVIRAL TAMIFLU DAN RELENZA

[ Peruntukan segera RM20j beli Tamiflu, Relenza

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM20 juta bagi menambah stok bekalan antiviral Tamiflu dan Relenza sebagai langkah segera bagi mengawal penularan wabak Influenza A (H1N1) yang sehingga semalam mencatat 32 kematian dan 1,983 kes di seluruh negara.

Selain itu, kempen besar-besaran akan dimulakan minggu ini bagi memberi panduan dan menyedarkan orang ramai mengenai bahaya wabak itu.

Dua langkah itu diputuskan dalam perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, semalam.

Najib berkata, stok Tamiflu dan Relenza akan ditambah 10 peratus lagi daripada jumlah penduduk negara menjadikannya 20 peratus supaya lebih ramai rakyat mendapat suntikan antiviral itu.]


ULASAN : KALAU DIBERIKAN KEBAJIKAN DI ATAS, MEMANG ITU T/JAWAB KERAJAAN MANA-MANA PUN ATAS MUKA BUMI UNTUK RAKYATNYA, BUKAN KERAJAAN BN/UMNO SAHAJA KENA BUAT, RAMAI ORANG KAMPUNG MASIH KENA TIPU BAB NI..
KAH KAH! :)



Tiada ulasan: