Bila ada program Saudara Mazlan Aliman (30 Januari 2009 hingga 2 Februari 2009) dijalankan di dalam Felda Umas dan Felda Sahabat, Lahad Datu, melenting orang UMNO di Felda hingga diarahkan 3 pegawai KPM turun menyiasat 2 ustaz yang 'konon' menjadi dalang dalam program yang tidak 'diizinkan' tersebut.


Majlis penutupan oleh En. Gasing, Ketua Pemuda UMNO Kalabakan dihadiri oleh pelajar dan ibubapa di Dewan Semai Bakti, Felda Umas. Sebelum itu, ceramah motivasi untuk ibubapa disampaikan oleh Ketua Jabatan HEP Institut Perguruan , Tawau. Antara isi ucapan Pengurus Umas 01, bagi pihak Pengurus Wilayah Sahabat ialah program dengan UMNO akan diteruskan! he he..

Baju kemeja yang dipakai oleh En. Gasing diambil dari arah belakang! Kemas baju, tetapi belum tentu kemas pelaksanaan Islam di bumi Sabah...

Penceramah dari IPG Tawau sebagai slot terakhir sebelum majlis penutup. Menarik, cuma tak cukup masa. Penganjur kurang lengkap alatan IT, jadi lambat mula majlis kerana mencari alatan tersebut pada saat-saat akhir.

So: orang gred Profesional pun ada bah jawatan dalam UMNO, tapi bila guru gred 41 ke atas nak tolong Pakatan rakyat, dia marah.. Menteri marah, UMNO marah.. adil ka? Dihantar lagi orang Kem Pelajaran Malaysia (KPM) menyiasat guru-guru yang menyokong PR. Apa dah jadi kepala otak orang BN?UMNO?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan