Sabtu, Ogos 15, 2009

TIMBALAN PERDANA MENTERI WAKIL PENGKHIANAT?

JOM KITA BERMAIN KUIZ, JAWAB SOALAN BERIKUT DENGAN AQAL BUDI YANG WARAS SERTA ILMU YANG ALLAH BERI:)

1. Siapa yang menjual tanah pribumi ini kepada bangsa lain atas nama pembangunan seperti Pulau Pangkor, Genting Hingland, tanah-tanah di Johor, tanah Kerpan di Kedah, tanah-tanah wakaf di Pulau Pinang dan sebagainya.
2. Siapa yang memberikan ekuiti (pemilikan) saham kepada bangsa lain atau orang asing ?
3. Siapa yang melenyapkan dana awam untuk kroni dan suku sakatnya, menggadaikan masa depan bangsa sendiri.
4. Siapa yang membunuh tulisan jawi sehingga anak-anak buta jawi.
5. Siapa yang memati dan memandulkan bahasa ibunda sendiri, Bahasa Melayu sebagai bahasa jagat dan nusantara, yang pernah menjadi lingua fransa satu ketika dulu.
6. Siapa yang memberikan kuota kepada bukan bumiputera untuk masuk ke MRSM dan Uitm.
7. Siapa yang menggadai kawasan Dun dan Parlimen yang majoriti Melayu-Islam kepada bukan Melayu.
8. Siapa yang merasuah rakyat dengan rasuah wang dan rasuah politik ?
9. Siapa yang menjalankan dasar PPSMI, yang merugikan anak-anak Melayu islam.
10. Siapa yang bersubahat dengan Amerika dan Israel, mengadakan pertemuan dan perjanjian ekonomi, perdagangan dua hala.
11. Siapa pula yang menyekat bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan mematikan institusi ulama.
12. Siapa yang membiarkan pemikiran Islam Liberal bermaharajalela di bumi ini ?
13. Siapa yang menggagalkan perpaduan Melayu dan Islam.
14. Siapa yang menghapuskan kuasa raja-raja dan mencabar kewibawaan dan imunisasi raja-raja.
15. Siapa yang membiarkan kebudayaan penjajah bermaharajalela sehingga anak-anak bangsa lupa kebudayaan dan jatidiri bangsa sendiri.
16. Siapa yang menghina dan merendah-rendah kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi juga mempertikaikan enekmen syariah.
17. Siapa yang menjual kepentingan negara kepada bangsa asing.

>> BN bimbang Pakatan Rakyat memerintah, duit dah sikit.. tak ada yang 'masyuk'.. he he.. :)=

Tiada ulasan: